Tuesday, August 28, 2012

Adakah itu isyaratnya?

Semalam mama bising-bising tanya, "Kakak bila nak letak gambar raya yang baru? Mama nak tukar profile picture nie".
Aku yang memang malas-malas sangat nak menunggu kat depan laptop pun jawap, "La, hari tu mana ada gambaq mama sorang-sorang, dengan papa ada la".
Mama jawab pula, "Ala, kalau mama tukar gambar, papa mesti pakai baju yang sama ja. Bila papa nak pakai baju baru nie". 
Aku pun jawab lagi, " Mama buat la awal-awal baju untuk papa. Tahun depan kita pakai baju baru, sedondon dengan mama, colour hijau epal ka", cadangan aku bagi dekat mama sebab aku tau papa memang suka warna hijau. 
"Hah, depa dok kutuk-kutuk papa na" papa baru masuk rumah dari reban ayam kesayangan. 
"Tu la next year kita tempah awai-awai sikit" mama sambung tengok FB. 
"Tak payah tunggu tahun depan pun tak pa nie raya haji ni, boleh buat dah la. Nak tunggu orang tu kawen tak tau bila, papa dengan mama nak pakai sedondon" papa jawab, sekali aku yang kena.
Apa lagi aku pun sanggah, " Tak payah tunggu kenduri kawen la nak pakai baju sedondon" aku sengih saja terus masuk bilik siap nak mandi.

Papa tak pernah cakap pasal nikah kahwin dengan aku, tak pernah sekali pun. Yang selalu cakap hanyalah mama, dulu walau pun aku pernah kawan dengan seseorang ni pun papa tak pernah cakap apa pun pasal nikah kahwin. Adakah papa dah bagi isyarat bahawa aku dah boleh mula cari calon, dah sampai waktu untuk aku berkahwin? Mungkinkan papa pun teringin dah nak ada cucu sendiri bila asyik dukung cucu saudara dia? Aku memang suka berfikir dan terlalu berfikir sampai terbawa dalam mimpi. Moga nanti sampai waktu untuk aku bertemu jodoh yang terbaik untuk aku

SELAMAT MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA KAWAN-KAWAN!

Usia kini sudah mencecah 24 tahun, kata tok-tok "kalau kami dulu dah ada anak 4", tapi sekrang bukan macam dulu. Orang dah tak berebut nak kahwin awal, sebab banyak lagi benda yang boleh dibuat dalam hidup selain kahwin. Bukan bermakna diri ini tak nak kahwin, tanya pada sesiapa pun mesti nak kahwin, tapi pada diri ini masih lagi ada banyak benda yang di cari. Semakin ramai-ramai kawan-kawan yang melangkah ke alam rumah tangga. Lepas raya, ada dua kenduri kahwin Dr Zulhelmi dan Subri kedua-duanya rakan sekelas waktu zaman sekolah tingkatan lima. Tak sangka masing-masing dah nak buka buku kehidupan yang baru. Doaku moga mereka bahagia. 

Aku juga bakal menghadiri satu majlis akad nikah seorang sahabat baik di Ipoh, 31 Ogos nanti. Doa juga aku panjatkan moga persediaannya berjalan lancar. Bukan tiada rasa cemburu, aku akui selalu aku rasa cemburu, namun kadang terfikir sendiri aku masih belum bersedia. Tanpa calonnya, tanpa pendapatan sendiri, tanpa perancangan hidup, bagaimana aku harus menukar status ini. Ini juga urusan DIA, maka aku berpegang teguh DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sebagai anak sulung banyak lagi hal lain yang perlu aku titik beratkan. Kepada mereka yang telah pun bergelar suami atau pun isteri orang aku yakin dan pasti mereka sudah punya perancangan yang rapi tentang hidup yang perlu mereka lalui.

Hati juga kadang-kadang teruja melihat status-status kawan-kawan yang bertukar di FB. Kadang-kadang di muat naik juga gambar-gambar hari bahagia mereka, aku tumpang gembira buat mereka. Namun di sebalik perubahan status itu terselindung pelbagai tanggungjawab dan beban yang harus di pikul. Aku juga sangat cemburu melihat mereka mengendong anak sendiri, aku perlu bersabar satu hari dengan izin dariNYA, pasti aku juga akan mengecap kebahagiaan itu. 

Khusus untuk kawan-kawan yang bakal atau sudah pun melayari alam rumah tangga di ucapkan SELAMAT MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA! Sentiasa sabar dengan dugaan yang datang, sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan di beri rasa ketenangan dengan kehidupan yang sentiasa mencabar.

Thursday, August 23, 2012

Madah dan kerenah...

Ada satu hari tengah menyapu sampah dalam rumah, sambil-sambil di temani iringan musik dari Klasik national kegemaran papa aku terdengar suara Ramlah Ram mendayu-dayu mendendangkan lagu ni. Sedap pula rasa dan bukan lagu pasal-pasal cinta.Bagusnya lagu ni sebab ada banyak nasihat, bahasa melayu pun terpelihara. Bagus juga untuk anak-anak muda dengar. Jom layan:


Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa

Helang-helang buana
Janga lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa

* :
Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya

Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Ooo.. Penyair atau pujanga
Bermadah kelana
Dunia begitu jua
Dahulu mahu pun sekarang
Tiada berbeza
Puck pangkal hati jua

Kalau emas emas jua
Dibuang tetap berharga
Kalau besi besi jua
Kan karat akhirnya

Dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya

Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Amin Sahab ) 


Wednesday, August 22, 2012

Suasana hari raya! (part 2)

Jom jenguk sesi fotografi kami di pagi raya lepas solat sunat Aidil Fitri!

teachers in the house!!!
the warriors with mama and papa


our sweetheart!

we are family!!!

us!

the little sister...
brother!

from left: Cik, Abang, Adik, Kakak
the little one...



we are the happy siblings...

Suasana hari raya! (part 1)

"Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira"

Lagu suasana hari raya dendangan Anuar Zain dan Elena  masih lagi berkumandang, syawal baru mencecah usia 4 hari, namun bagi aku yang kurang sahabat, syawal terasa kosong. Namun begitu kedatangan satu syawal tetap di raih dengan rasa gembira dan bersyukur kerana telah berjaya menyudahkan ramadhan, semoga amalan sepanjang ramadhan di terima oleh Allah. 

Berbalik kepada sambutan syawal kali ini, seperti biasa tiada yang terlalu istimewa, kami sekeluarga tidak pernah aku rasa penat membakar kuih raya, merebus ketupat, atau membakar lemang atau mengacau dodol yang ada cuma kuih raya beli. Cuma yang istimewa hari raya, mama pasti memasak hidangan istimewa seperti nasi ayam, tomato, beriani atau apa saja enis nasi yang kami ingini. Tahun ini kami beraya dengan nasi ayam, buat para tetamu mama merebus ketupat segera ADABI. Buat si kecil yang datang beraya yang hanya mahu mengutip duit raya kami sediakan bungkusan-bungkusan berisi gula-gula, jeli, coklat bersama duit raya. 

Hari raya kali ini sambutannya tetap seperti biasa, jadual tidak pernah berubah sejak kematian tok di kampung. Kalau dulu sewaktu arwah Tok Tom masih lagi ada, kami sekeluarga akan pulang awal 2 hari sebulum raya, sama-sama berkumpul dan iftar di kampung, setelah arwah tok meninggal kami pulang ke kampung mama beraya bersama Tok Cik, namun kini Tok Cik juga telah tiada, makan kami berhari raya di rumah sendiri. Raya tanpa tok disisi terasa amat berbeza, tiada yang menyambut, tiada yang bertanya khabar, tiada juga duit raya. Namun mujur juga tok wan masih ada, walau tok wan tak seperti tok, sekurang-kurangnya masih ada memori di kampung. 

Bagi keluarga seperti kami yang tak punya banyak saudara cukuplah berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama. Kadang-kadang kata tok wan masih ramai saudara kita, namun dengan kepesatan pembangunan dan kesibukan masing-masing semakin tidak kenal saudara sendiri. Susah juga hidup di zaman berteknologi ini. Terasa indah pengalaman berhari raya sewaktu masih kecil. Namun bagi aku hari raya tetap di raikan kedatangannya dengan ceria. 

Walau usia sudah mencecah 24 tahun namun aku masih lagi gembira bermain bunga api dan membakar mercun, dengan lampu yang digantung indah di hadapan rumah. Namun begitu suasana kadang menjadi terlalu bising dengan bunyi mercun yang keterlaluan. Hari ini tidak lagi seperti dulu anak-anak hanya singgah ke rumah semata-mata ingin mengutip raya, hilang sudah tradisi kunjung mengunjugi. Mereka sudah lupa tradisi nenek moyang untuk menziarahi jiran tetangga, yang ada di fikiran berapa duit raya yang mampu mereka kutip.  

Raya kali ini juga tak lupa kami sekeluarga bergambar kenangan kerana bukan selalu kami dapat berkumpul, walau tiada sesiapa pun antara kami yang berkahwin namun lantaran masing-masing menyambung pelajaran, maka hari raya hari kami berkumpul dan bertemu kembali menyambung kasih. 
 

Wednesday, August 15, 2012

Raya is coming again!!!

It's already 26 ramadhan, and this is my second year spending my whole ramadhan at home. What a blessful ramadhan. Becoming a little sister in this house replacing the little one, but he'll be back this afternoon. i got everything that I want from mama and papa. What a nice holiday but after all who knows what will happen next year. I might be sent for posting to a far place from the house ( which I hope no) and maybe I'll not be having enough time to break the fast with my family, so I'm enjoying every moment I have now with them. What I like about this ramadhan is that I can just tell what I want and when its time to break the fast, it's on the table. Since I am trying to lose some weight, I'm not eating any rice, of course I need something else to replace the carb, so grill chicken is my favourite. Everyday papa will buy me the chicken from the bazar. Even if I don't ask for it papa will still buy it for me, even mama always ask papa to buy it special for me. Well for now, if someone ask me about my favourite food, it will be the grill chicken. Since now it's already come to nearly to the end of ramadhan all of my sibling will be back. I know they'll get what they ask from papa and mama. But for me, I've already got many things I want throughout this ramadhan, there's is nothing I want anymore. It will be nice when all of us can gather together and celebrate this coming Syawal. Who knows what will happen in the future, so we just need to enjoy every moment we have together. So for now I'm waiting for them to come back and brighten up this coming syawal.

Saturday, August 4, 2012

Terlalu merindui saat itu...

I woke up this morning, realizing that I miss them very much. Rindu sangat sampai termimpi-mimpi. Risau sangat sampai termimpi-mimpi. And I am too excited that I drag it into my dreams. Terasa mimpi itu sangat real sampai bila terjaga terus terbayang-bayang masa yang dah di luangkan dengan mereka. Maybe because I just got a message from one of them inviting me to join the iftar after a long time.

 I don't know whether they are just ignoring me because I am also ignoring them, but although I feel that I am ignoring them, but in the end I still keep thinking about them. Tak lama sangat since I join the club tapi banyak yang di pelajari, banyak juga memori yang terlakar. Sungguh sangat-sangat rindu, terasa macam nak turun UIA semata-mata nak duduk semeja and buka iftar with them. Tapi mesti la rasa segan juga nak jumpa those guys sebab dah lama tak jumpa dan tak keep in touch with them. Kadang-kadang jumpa dekat kedai makan lepas balik sekolah pun rasa awkward. Memamg ada pendapat dan pegangan yang bercanggah tapi ikatan yang pernah ada tetap juga akan terasa bila kita kehilangan ikatan tu. 

Almost two years doing some activities with them, I cannot easily forget all of those things that I had done together with them. Dengan latihan, dengan jamuan, dengan iftar, dengan segala majlis ijazah, dengan program-program, kem dan macam-macam buat aku terasa dekat dengan mereka-mereka. Tapi sebab bila join dengan mereka-mereka I need to give full commitment yang surely aku tak boleh nak bagi terpaksa pilih priority in my life. Tapi dalam hati mereka-mereka tetap ada dalam hati. Bermula di situ juga aku jumpa kawan-kawan baik. Memang aku tak akan pernah lupa persatuan ni.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia akan sentiasa ada dalam hati aku, akan sentiasa mempunyai tempat dalam memori aku, sebab aku banyak belajar dari situ. Rasa terkilan tak dapat nak habiskan apa yang aku belajar, tapi apakan daya sekarang ni teringat nak habiskan tapi dah tak dak kawan, semangat pun turun naik. Tinggal lagi sikit pun kalau nak di habiskan tapi aku tak tau kalau satu hari nanti aku bertemu semula dengan semangat yang hilang, dan aku meneruskan apa yang aku tinggal. Apa yang pasti sekrang ni, aku sanagt ridnu mereka-mereka yang aku pernah kenali sepanjang aku  dalam persatuan ni.