Sehari tanpa mereka, aku terasa sunyi. Mereka ibarat penyeri hidupku, hidup aku yang sunyi maka bagi diriku mereka adalah segalanya. Perpisahan itu satu lumrah setiap pertemuan. Siapa sangka hanya 4 bulan bersama mereka membina ikatan ini. Bersama aku menyulam kenangan dan melakar senyuman tanpa sedar aku lupa perpisahan itu akan tiba.
Walau tahu realiti pertemuan itu, namun aku leka dengan hakikat perpisahan yang hanya sekelip mata. Terasa baru semalam menjejak kaki ke sekolah itu, baru semalam aku cuba mengingati setiap wajah di kelas itu, walau baru semalam cuba mengingati nama setiap paras yang penuh cerita sendiri, namun hari ini aku sudah terpaksa berpisah dengan mereka. Waktu itu tetap berdetik walau kita tak sedar akan setiap yang berlalu. Usah di tangisi perpisahan ini kerana di sebalik perpisahan itu ada hikmahnya.
Mungkinkah menguatkan lagi ikatan ini, mungkin juga menyedarkan kita yang ada seharusnya sentiasa di hargai dan akdang perpisahan ini menyebabkan kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan buat kita. aku bersyuku di perkenalkan dengan mereka, aku gembira mengenali mereka. Dengan mereka aku belajar pelbagai istilah kehidupan, aku belajar mengharungi hari seadanya aku, aku belajar menjadi sabar, aku belajar menjadi tabah.
Aku jadikan perpisahan ini satu peringatan buat memandu hidup ini, buat aku mengharungi hidup dengan lebih berpengalaman. Terima kasih anak-anakku atas segala pelajaran bersama kamu. Terima kasih anak-anakku kerana sudi berkongsi kasih dengan diri ini. Terima kasih anak-anakku atas pertemuan yang manis ini. Usah ditangisi perpisahan ini.