Friday, December 27, 2013

Dan.... tahun baru datang lagi... sesi mengenang apa yang tertinggal...

Dah pun masuk 27 Disember 2013, berapa hari saja lagi kita akan masuk pula ke tahun baru masihi 2014. Tak sedar pun masa berlalu. Tambahan pula tahun ini macam-macam yang berlaku dalam hidup aku. Rasa macam banyak benda yang aku buat tahun ini. Biar aku ingat balik apa yang aku buat sepanjang tahun ini.
Awal tahun, bulan Januari sampai Mac, aku jadi guru sementara dekat SMAZ. Tak sangka aku berjodoh dengan sekolah dekat situ, walaupun cuma seketika, banyak yang aku belajar di situ. Aku kenal anak-anak hafiz dan hafizah yang mana aku rasa senang di dampingi mereka. Mengajar di SMAZ walau gaji tak banyak aku tetap gembira, belajar benda baru, mendapat tarbiyah dan bagi aku persekitaran yang menyenangkan, yang pasti aku bahagia. 

Hujung Februari, aku di panggil temuduga, jawatan PPPS DG41, di Institut Perguruan Tunku Bainun, Penang. Aku ambil cuti sehari dari mengajar. Seminggu lepas balik dari temuduga aku di panggil bertugas sebagai guru interim di SMSAH. Maka bermulalah sebuah kehidupan yang aku sendiri tak nampak akan kedatangannya. 1 Mac merupakan hari sepatutnya aku mendaftar di sekolah interim, namun sedikit kelewatan telah berlaku, 7 Mac aku baru menerima memo bahawa aku bakal di tempatkan di SMSAH. Ahad, 10 Mac aku hadir di SMSAH di awal pagi sewaktu perhimpunan pagi. Rasa diri ini kerdil, hanya aku seorang sahaja yang mendaftar di situ. Tanpa aluan, tanpa tunjuk ajar, aku menyesuaikan diri di SMSAH.

Aku sendiri mencari bilik guru, dan aku sendiri mencari tempat dudukku. Sungguh begitu sekali aku harus menyesuaikan diri. Namun mujur ada kakak-kakak yang peramah. Bertemu aku dengan Madam Rabitah yang kini aku jadikan sebagai mentor dan idola. Kak Ina yang baik hati dan sudi memberikan banyak tunjuk ajar juga telah membantu aku meletakkan diri ini sebagai seorang guru SMSAH

Aku mengenal Naowarat, guru praktikal di situ, kami jadi rapat dengan cepat sementelahan dia juga waktu itu tak punya kawan untuk berkongsi masalah. Selang 2 hari aku mendaftar aku di arahkan menjadi guru pengiring skuad olahraga. Aku terpana. Payahnya untuk aku terima tugas pertamaku ini. 3 hari di padang TATAR bersama Naowarat, aku jadi tertanya-tanya apakah tugas aku seterusnya. Benar bagai di sangka, seterusnya aku menjadi pula guru pengiring kem motivasi pelajar tingkatan tiga, setelah aku pulang berkursus dari Langkawi. Aku mula merasai kesibukan dan kepenatan guru SBP. 

Selapas itu, masih banyak acara yang aku lalui. Namun sokongan dari guru-guru panitia Bahasa Inggeris memberi kekuatan kepada diri ini. Dari tidak tahu langsung mengenai Choral Speaking, aku belajar bertatih. Malah aku juga perlu membantu peserta public speaking. Melatih itu aku tidak kisah, namun untuk aku membina hubungan dengan mereka itu yang sukar bagi aku yang sememangnya sukar untuk mendekati insan lain. Namun aku akhirnya berjaya juga. Pasukan choral speaking aku bimbing, walau tidak berjaya memenangi apa-apa tempat, aku kini ada sedikit pegalaman untuk aku pegang di tahun-tahun akan datang.

Aku belajar mencuri sedikit semangat Kak Iena dan team drama, aku kumpul semuanya. Tahun hadapan aku ada tekad aku sendiri. Namun di sini minat aku lebih bercambah ke arah sukan dan olahraga. Aku sebenarnya rela saja berpanas di padang, daripada di suruh menyertai ceramah atau bengkel. Kali ini tiga kali aku keluar membawa pasukan olahraga sekolah, setiap kali itu juga aku simpan kenangan-kenangan yang ada pahit, ada juga manis. 

Bengkel Digital Story Telling Animation juga punya kenangan indah buat diri ini. Pasukan kami berjaya mengalahkan KUPSIS yang di katakan musuh tradisi sekolah kami. Anak-anak gembira, aku juga gembira, kemenangan tanpa di duga itu lebih lagi memberi impak indah dalam hidup kami berempat. Malah aku rasa, sepanjang di situ aku banyak belajar pelbagai ilmu, tak kira dari mentor-mentor di situ malahan dari anak-anak yang ternyata lebih arif dengan ilmu perkomputeran. Moga ada lagi program seperti ini di masa akan datang. 

Aku juga menyertai bengkel di IPDA, sedikit bengkel bekal untuk aku memotivasikan diri. Tahun ini banyak pengalaman pahit yang aku lalui. Entah kenapa, aku terasa tak serasi di sini. Masih juga aku cuba menjadi positif, ya aku masih lagi sehijau daun. Perlu lebih kuat menghadapi semua ini. Dugaan menjadi guru itu bukan mudah. Ramai yang berkata kerja guru itu mudah, tapi ceritanya tak sama seperti dulu. Aku ikhlaskan hati, biar apa saja mereka ingin katakan namun tak sesiapa juga yang mampu menilai hati ini melainkan DIA yang ESA. 

Semoga tahun depan membawa sinar kepadaku. Dengan harapan yang tinggi ingin berusaha lebih kuat, aku tinggalkan yang pahit di sini. Biar aku simpan yang manis buat motivasi diri ini, moga saat aku bersedih kala nanti, ada yang mampu buat aku tersenyum dan menjadi pendorong aku kembali bangun. Kerana ini jalan yang aku pilih untuk masa depanku. 


Tuesday, October 29, 2013

SPLG, SPPBS, Soft skill, E-profile, apakah gerangannya ini????

Di akhir tahun ini terlalu banyak "e" yang perlu di isi. Aku guru baru yang masih hijau ini menjadi semakin keliru. Apakah gerangan semua jenis "e" ini. SPLG adalah update tentang personal information of the teachers together with all of the courses attended for the whole year. SPPBS pula is where we key-in our PBS data. E-softskill, this one thing that I don't really understand. You need to key in the data, to evaluate your students' soft skill. E-profile is under SPLG, to update teacher's data on the skill, personal information and all courses for the whole year. One more "e" E-operasi, rasanya lebih kurang macam e-profile sebab update pasal personal information and the courses that had been attended. Before this ada SAPS juga perlu di isi, markah untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Lepas ni aku pun tak tahu apa lagi "e" yang akan muncul, dan untuk catch up with all of this bukan la mudah. Aku belajar sikit-sikit sejak MAC, dan kini aku dah rasa sedikit berpengetahuan tentang semua jenis "e" ini. Semoga sempat la aku settlekan semua jenis "e" ini sebabnya bukan mudah nak menembusi talian ini. Berharap agar semua guru-guru seperti akku bersabar dengan kelembutan dan kelambatan talian semua jenis "e" ini.

The new bloom friendship with the hint of happiness...

We were just an old friend from the primary school and suddenly we met again a month ago. Without any notice we became close, in this era nothing is impossible. He is now staying there in KL and here I’m comfortably staying with my mother at Jitra. Never do I imagine that we’ll meet again like this and become a good friend who we can share our feeling. At this moment he was a big comfort to me. Meeting coincidently like this the feeling of awkwardness had disappeared just by his friendliness. I never thought that we can share stories and laughter like this. But he made it happen. But for a while contacting via instant message makes us feel good. He text me and I text him back just like a very best friend with a lot of care and attention. 

Looking back then, he was actually one of the naughtiest boys in my class. There were only 33 of us in the class and there were actually a lot of naughty boy there. But he as I remembered a boy who was quiet as I know, but he did his naught and slickly work without the noticed of us. He was a shy boy I guess, because he rarely spoke with the girls. So, when we had the chances to contact among each other again, I asked him about the fact. He clearly admitted to me that he is shy with the girls. He is not as friendly as other guy might be. 

In contradictory, we had share a lot of things lately. As the time goes by we grow closer and closer. Right at this moment he is the one who I shared a lot of thing, even though we are actually apart but still it does not stop us from sharing and caring about each other. Until now, I know his work schedule, his favourite food, his attitude and start to understand him. He knows my work; he knows my problems and he also knows when I had a change of mood or if I’m angry or need to be persuaded. Without meeting each other, without seeing face to face we learn to read each other attitude and behaviour. 

I hope that we’ll be like this and grow closer. It’s a special relationship for me because although he is not my best friend who knows me well, he knows how to make me feel better. Thank to him, I have found someone to be my listener. I feel better with him by my side. Because we actually have different thinking and way of perceiving something I always learn new think when I had any discussion with him, so do him. 

I hope that this friendship will bring some happiness for both of us. The fact that I think this is just a miracle because we actually never care for each other before and now become closer. I never thought that we’ll be friend because we are so different and the dissimilarities are really wide but in the end we can sit together and laugh for the same reason. Just hoping that this friendship will last forever.

Friday, October 4, 2013

Sepasang kurung merah jambu...

Semalam sengaja mengemas almari baju, yang sudah penuh dengan baju-baju kurung hingga ada yang sudah tidak muat untuk di susun di dalam almari. Aku cuba mencari baju-baju yang aku rasa sudah boleh untuk aku turunkan dari penyangkut dan gantikan dengan baju yang lain. Satu demi satu baju aku selak, helaian demi helaian hingga sampai di baju yang hampir berada di hujung ampaian baju itu. Sepasang kurung merah jambu bercorak batik hitam. Tak sengaja tangan mencapai baju itu. Kiranya baju itu hampir menjangkau 7 tahun. Masih elok dan muat kerana aku sudah jarang memakainya, namun ada sebab sentimental baju itu masih lagi tergantung walau aku kini mencari ruang untuk menyangkut baju lain. 

Aku tarik baju itu dari ampai almari, aku sangkut pula di muka pintu almari. Lama aku renung kurung itu, ada memori yang tersimpan di situ. Baju itu membawa aku kembali ke zaman remaja yang penuh dengan keceriaan. Baju itu pakai ketika aku mengambil keputusan SPM. Punya kenangan yang manis juga pahit. Waktu itu hanya papa dan adik-adik yang menemani aku ke sekolah. Sedih rasa hati kerana mama tak dapat bersama. Mama terpaksa akur dengan urusan tugasnya. Waktu itu, debaran di hati usah di cerita, sekeping roti canai pun tak mampu aku hadam. Ini keputusan menentukan masa depanku.

Aku bukan pelajar pintar harapan sekolah, maka aku tak mengharapkan keajaiban yang berlaku, aku cuma berharap keputusan SPM itu dapat melayakkan aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tambahan pula keputusan percubaan juga tidak dapat dibanggakan. Aku sampai ke perkarangan sekolah mungkin lebih kurang 10 pagi. Masih lengang sekolahku itu. Masih ramai kawan-kawan yang belum sampai. Di kantin aku lihat sudah ada yang menanti, debar itu makin terasa, aku tak mampu lahirkan getar itu. Tiada perasaan untuk turun dan berbual dengan rakan-rakan walau ketika itu sudah hampir 4 bulan kami tidak bertemu bertukar cerita. 

Aku menanti dan terus menanti, waktu dan ketikanya tiba. Aku lihat ada juga guru-guruku yang turut cemas hanya senyuman menyapa mereka insan yang banyak membentuk dan mengajarku erti kehidupan ini. Lebih kurang 11 pagi, jam yang berdetik terasa lambat sungguh. Aku yang menanti ini terasa mati akal. Akhirnya aku lihat guru-guru kelas tingkatan 5, datang dengan fail dan pen di tangan. Ada mekar senyuman yang menyapa kami yang menunggu penuh debar ini. Aku kini duduk bersama rakan-rakan, berkongsi rasa cemas dan rasa yang tak mahu hilang dari jiwa. 

Dalam payah kami melangkah juga ke dewas Muhammad Abduh, dewan yang menjadi saksi kami menjawab soalan SPM, saksi pelabagai telatah dan kerenah kami jiwa-jiwa muda. Aku lihat guru-guru sudah bersedia hanya menanti anak-anaknya datang menyambut dengan tangan terbuka. Dengan kurung merah jambu itulah aku menyambut slip keputusan SPM dengan gigilan di tangan. Suara guruku yang menyuruh aku duduk, terasa seperti angin. Aku seolah tidak nampak ada kerusi di situ, yang aku lihat hanya bilangan A di slip itu. Sekali ku kira, 2 kali ku kira, dan 3 kali ku kira dan aku mengangkat kepala. "Berapa A, Syazwani?" melihat aku memandang wajahnya itulah soalan pertama yang keluar dari bibir guruku itu. Dan yang mampu aku jawab, "7, cikgu" dengan senyuman guruku itu mengucapkan tahniah.Dengan ucapan terima kasih, aku tinggalkan meja tempat guruku itu duduk.

Aku berjalan dengan hati yang bercampur baur. Gembira, terharu, sedih semunya bercampur baur. Aku dekati papa dan adik-adik, slip aku berikan kepada mereka yang menanti. Sedang kawan-kawan lain masih lagi dengan debaran dan kekalutan rasa, aku akhirnya lega setelah slip di tangan. Cepat aku hubungi mama, keputusna itu harus cepat aku sampaikan. Dalam kekeliruan dan gelodak jiwa, aku berjalan mencari tempat yang jauh dan lebih tenang.

Di kerusi batu, di hadapan koperasi sekolah aku menangis. Aku sendiri ketika itu tak pasti untuk apa tangisan itu. Sesal kerana mendapat B untuk subjek Bahasa Melayu, sedih kerana tak dapat berkongsi rasa dengan mama, dan juga terharu kerana tidak percaya aku mampu mendapat A untuk subjek biologi. Puas sudah aku luahkan perasan, aku kembali ke kantin. Semakin ramai kawan-kawan yang hadir. Aku lihat, ada yang keluar dengan senyuman dan tawa ada yang keluar dengan  tangisan dan sendu di wajah. Aku sendiri masih dengan mata yang merah dan pipi yang basah. 

Mengucapkan terima kasih kepada guru-guruku yang telah banyak membantu, dan telah tiba mas aku meninggalkan tempat jatuh bangnunya aku. Setiap kali aku temui guruku, soalan yang sama pasti di tanya, aku dengan senyuman yang aku tak pasti bagaimana menutur dengan sopan lantaran hormat dan rasa berterima kasih yang teramat sangat kepada guru-guruku ini. Ada cikgu, yang menyuruh aku senyum, katanya dengan keputusan itu aku patutnya senyum bukan datang dengan tangisan dan mata yang berkaca.  

Mungkin itu cara aku luahkan rasa yang tersimpan. Siapa yang tahu rahsia di hatiku. Rasa terkilan dengan ketidakhadiran mama itu yang sebenarnya buat aku menangis. Aku tinggalkan dewan itu, aku tinggalkan sekolah itu dengan kenangan, aku tinggalkan temapt itu membawa seribu satu rasa dengan kurung merah jambu itu sebagai satu bukti, air mataku masih ada di situ. Sepasang kurung merah jambu itu mungkin pada pandangan mata mereka yang lain sudah layak aku simpan di dalam kotak, namun di mataku masih ada kenangan yang tak ingin aku padam di situ. Kurung merah jambu itu jadi saksi tangisku jadi saksi senyumku hari bersejarah itu.

Wednesday, October 2, 2013

It's the day!!!!

What day is that??? It's actually the first day for PMR and of course I'm quite busy today. Being the secretary for this examination make me feel like I'm the busiest person in this school today. I don't know fell like others don't care about this. Maybe because they are super seniors and don't really feel nothing with it. Where as for me it's the first time and I actually don't really know how to handle it. With the classes and everything today, I really feel like a teacher who is always concern about their needs. It is actually not because I know they are still other teachers who are concern about this. Feeding them and giving them moral supports are my job for now, with the family away from them they might feel very nervous and I know I should be the one who can maybe give them the feeling that there is someone who is really concern and care about them. At this moment moral supports and love are very important things. They should be taken care as a very fragile kid because the emotional is not very stable too because of the stress and pressure with the burden of the examination. 

All I can do, or the last thing I can do for them, is to be always there when they need me. Physically they might look healthy but inside of them who knows what actually they are thinking about. As for me, I act as their mother if they want it, because I had experienced it before my teacher who acted as one of the moral support for me. For me right now, there is actually nothing they want other than the moral supports and the positive thinking. Even if they cannot answer the questions and even if the questions are too difficult to them it is our task to help them to overcome it and to not easily overwhelmed with it. Tawakal and the prayer is also the vital things for Muslim students, it give them strength to go through with it even if it is very difficult and challenging. Their inner strength has been tested right now. Me! As their teacher will always pray for the best and not forgetting to believe in HIM.

Monday, September 23, 2013

Aku, mereka dan mereka...

Kebelakangan ni, banyak benda yang berlaku. Maksudnya dekat sini benda berlaku di sekolah, sebab hidup aku sekarang memang dan berkisahkan hidup di sekolah. Terasa macam kembali menjadi budak-budak sekolah cuma bezanya aku tak berpakaian sekolah macam anak-anak sekolah, dan aku ada lebih kuasa sikit, dari waktu aku belajar, namun begitu aku rasa jadi pelajar adalah lebih membahagiakan.

Menjadi cikgu yang selalu keluar jadi guru pengiring membuatkan aku mengenali dengan lebih rapat-rapat siapakah anak-anak di sekeliling aku. Budak-budak sukan dengan perangai budak sukan, budak-budak choral speaking dengan perangai yang macam-macam, budak-budak drama dengan perangai yang dramatik, budak-budak digital story telling dengan perangai yang penuh imaginasi dan macam-macam. Ada juga budak-budka yang aku bawa tapi still rasa kekok, sebab bukan aku yang latih. Macam masa aku ke simposium, masa aku ke program jom sihat. Tapi, sekurang-kurangnya aku kenal wajah-wajah yang selalu wakil sekolah.

Apa yang aku perasan kalau budak-budak sukan, hanya budak yang sama akan keluar sekolah dengan alasan wakil sekolah untuk sukan, olahraga, bola jaring, bola sepak, bola baling, rugbi. Ada 2 budak yang aku kenal, bola jaring, bola baling, olahraga hanya orang tu saja. Kalau English competition, public speaking, drama, choral speaking pun orang yang sama juga. Ada sorang budak, waktu nak lawan drama state level, dia masih lagi dekat Gunung Kinabalu, esok pukul 4 baru sampai sekolah dan terus dilarikan ke Kulim untuk drama. 

Kini hidup aku hanya berkisarkan kepada mereka sahaja. Anak-anak aku yang ramai. Mula-mula masuk dulu, olahraga, then public speaking, debate, simposium, choral spealing, drama, bola baling, story telling animation and tak tau juga apa lagi lepas ni. Merata-rata tempat aku berjalan bawa anak-anak, ada yang penuh suka dan duka. Dan sekarang apa saja social network aku status, picture, link selalunya akan berkenaan dengan mereka dan mereka ini. 

They are:
Fatin Fatiha dan Uwais for simposium

the hand ball team!

SMSAH debaters 2013
not the actor but the cook

choral speakers with Madam Rabitah, Madam Iena and me...




Something deep in my heart!

I just can't say anything and I almost cry the moment I get that letter. I don’t know why, maybe because right now I feel so stress out and suddenly when I already feel like the burden will be lifted soon, here come another thing and I don’t even have some time to breathe. It is cruel or what? I cannot complain to any one, I cannot say anything. It is just because I’m a new teacher. You need to this, you need to do that, you need to go there, you need to go here. Am I a robot or what? Don’t how I will survive. It has been like 7 month and I think I just smile when it was the school holiday. Even when it was school holiday, it was not my holiday.It was full, with the work matter, but still there are some people say that teacher don't do anything.

I do know it’s my job, my responsibility but how about others? Who just comes in and complain for everything and suddenly there is another people will be replacing them to do so call “not their work”. This is really annoying. Yes, I get my pay for doing all this thing but they also get the same payment as me, and even more than me, but how come they cannot accomplish their work just like others. Imagine if every people do their own work by themselves, everyone will be happy and everyone can work in harmony. No one will be stress and no one will be annoyed about this.


Is it because I’m not a marry lady than I need to do everything because others have their own family, kids, mother, father, grandfather, grandmother, etc. I DO HAVE A FAMILY, just like others. I do need to take care of my own things. I do want to be socializing like other people. Maybe someone needs to remind why I chose this path. I need some motivational quotes or stories for me to refresh and get my lost spirit. I just hope for some patience and strong will to survive this year!