Tuesday, June 30, 2015

Aku Ingin Kembali

kembali di sini

Lama aku menghilang dek kerana kesibukan yang datang. Aku sangka dalam seketika akan hilang juga kesibukan itu, tapi hampir 3 tahun kesibukan itu seolah tidak pernah surut. Menjadi aku, menanti waktu rehat yang panjang sedikit mustahil. Dan rehat yang ada itu aku gunakan sebaiknya. Betapa aku menantikan cuti hujung tahun ini. Pastinnya aku ingin kembali menulis, menggarap kembali minat dan mungkin juga bakat yang lama terpendam.

Friday, January 2, 2015

Bila tiba- Ungu




Lagu ini seolah kena dengan situasi kini, memujuk dan mengingatkan aku pada kenyataan kehidupan. Tiada sesiapa jua yang mampu lari, saat ketika dan waktunya tiba.

Rasaku saat itu...

Hospital=kematian... Aku tak mahu kaitkan kematian dengan hospital, sebab banyak kelahiran juga berlaku di hospital. Tapi selama hampir 3 minggu papa di hospital, aku dah dikejutkan dengan dua kematian. Ya, kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Kadang aku terfikir mana satu yang lebih menyakitkan, sakit yang lama dan mati atau kematian yang mengejutkan. 
Kematian yang mengejutkan itu adalah satu ketakutan kepada yang di tinggalkan kerana kita akan melalui saat yang sukar untuk mengakui, menerima dan redha dengan kematian itu, Sakit dan mati, untuk yang menghadapi ini, mungkin telah sedikit bersedia menghadapi pelbagi kemungkinan termasuk kematian.
Di hospital, selalunya apabila pesakit tiada lagi harapan untuk hidup, doktor akan memaklumkan kepada waris supaya mengumpulkan semua ahli kelurga terdekat. Anak-anak, isteri atau suami, ibu atau bapa. Bagi yang muslim, mungkin doktor menasihatkan supaya di adakan bacaan yasin dan sebagainya. Namun, saat itu terjadi di hadapan mata, apa yang aku rasakan.
Malam kejadian papa diwadkan, waktu itu pelbagai kemungkinan bermain difikiran aku. Semuanya yang buruk-buruk. Di usia 26 tahun, masih senndiri, aku masih banyak bergantung pada papa walau tanpa aku sedari. Malam itu, aku kuatkan semangat. Sedikit air mata pun tak mampu aku titiskan kerana bagi aku, aku kekuatan buat adik-adik yang lain. Saat mama, setia di samping papa, aku yang harus memainkan peranan. Menjadi utuh walau dalam apa jua keadaan. 
Mama juga saat itu membayangkan kepada kami, supaya bersedia dalam apa jua keadaan, termasuk menghadapi kehilangan itu. Jantung bagai hilang rentaknya, lantai terasa tak terjejak, namun aku gagahkan segalanya. Aku yang sulung, andai aku tak kuat, bagaimana adik-adik. Berada di rumah, masing-masing sepi, aku tak mampu menelah setiap fikiran mereka. Adik yang bongsu sebelum ini belum pernah menunjukkan sikap yang susah hati, jadi sepi. Aku memahami perasaan dirinya. Adik yang tengah menangis sebaik kami sampai di rumah. Seorang adik, masih lagi diperantauan. Fikirku saat itu bagaimana untuk aku sampaikan berita padanya, supaya cepat pulang.
Ternyata pagi itu, dia tenang menerima berita. Aku berdoa dalam hati, walau apa yang terjadi supaya sempat dia pulang. Seolah aku beroleh sedikit kekuatan darinya. Pagi itu, saat panggilan mama masuk dan menyuruh kami 3 beradik segera bertolak ke hospital aku jadi gelisah. Kata mama, sejak sampai di hospital papa di tempatkan di "red zone". Malah dia juga tidak di benarkan masuk menanti papa. Aku mungkin bukan seorang jururawat mahupun doktor, tapi bagi aku merah itu tandanya "alert". 
Melihat wajah murung mama mengkhabarkan berita tentang papa meretakkan hati. Ternyata mama juga mengumpul kekuatan dari kami adik beradik. Masing-masing perlu berdiri teguh, menerima apa saja kenyataan. Kami masuk, seorang demi seorang. Dengan pelbagai wayar di badan papa, aku tak mampu bertahan lama. Seketika cuma aku tega berdiri di situ, dan mengundur pergi. 
Doa tak putus-putus kami panjatkan. Diberikan kesembuhan, di berikan kemudahan segala-segalanya untuk papa. Berat untuk aku memikirkan kematian, hati menepis walau secebis lintasan itu, tapi sebagai muslim yang percaya padaNYA, aku perlu menerima. 
Namun, saat papa diusung ke wad, dengan keadaan yang stabil, aku jadi sedikit lega. Allah berikan masa untuk aku terus berbakti kepada papa. Namun, pelbagai dugaan datang. Satu-satu masalah di kesan dan aku jadi takut semula. Kerana, aku tidak mendapat gambaran yang jelas tentang keadaan papa, kerana saat itu tiada sesiapa pun yang datang untuk menerangkan segalanya kepada kami. Maka kami berserah, kami inginkan yang terbaik buat papa.
Hingga kini, papa masih dalam rawatan. Keadaan makin stabil, tapi aku mahu pun sesiapa saja tak mampu menduga apa yang akan terjadi. Dalam hati perlu bersedia menerima kehilangan. Berita yang satu waktu nanti, akan aku terima juga. Walau sebaik mana pun rawatan, wala sehebat mana pun yang merawat, saat terhentinya takdir hidup kita, tak pasti tak mampu untuk menangguh walau sesaat. 
Aku, mama, masing-masing cuba bersedia. Aku sendiri, yang sakit pasti mati, yang sihat juga akan mati. Tinggal menunggu saat dan ketika. Jangan di fikir yang sihat itu, tak mungkin mati, jangan juga di fikir yang sakit itu yang akan pergi dulu. Sesungguhnya Allah punya rancangan palig sempurna buat kita.
Cuma tinggal kita, bagaimana cara untuk menerimanya. Redha dan berserah. Percaya kepada takdir qada dan qadar yang telah tertulis. 

Tuesday, March 25, 2014

Masa yag di kenang...

Ada ketika aku terkenang zaman aku belajar. Kenangan manis saat aku mula dewasa. Tapi aku mungkin tak macam orang lain yang anggap zaman sekolah menengah adalah yang paling indah. Bagi aku, tiada indahnya zaman sekolah itu, tak kira di sekolh rendah mahu pun di sekolah menengah. Mengapa? Kerana aku tak pernah temui sahabat sejati di sana. Aku ada kawan, tapi bukan sahabat. Aku sendiri terfikir mengapa aku tak temui seorang pun sahabat di sana. 
Tapi aku bersyukur, melangkah sahaja ke zaman universiti, aku di pertemukan dengan sahabat-sahabat yang aku dapat kenang hingga ke hari ini. Walau tak ramai, sebab aku bukan seorag yang boleh terus terbuka atau peramah dengan seseorang, aku perlukan waktu dan tak ramai yang memahami karektor aku. 
Mungkin ada ramai yang aku boleh kategorikan sebagai kawan, tapi yang bernama sahabat itu, hingga kini aku rindui. Dan kerana itu juga, hingga kini aku keseorangan terutama waktu cuti, kerana sahabat-sahabat aku semuanya jauh di daerah masing-masing.
Yana, di Sik, Siti di Pulau Pinang, NUr, di KL, Wany, di Klang, MIeza di KL dan Katy di Bangi. Paling dekat dengan aku G, di Alor Setar tapi apakan daya, kami pun jarang dapat berjumpa lantaran kekangan masa dengan kerjaya masing-masing. sungguh waktu itulah kekangannya. Waktu aku sibuk ke sana sendiri, aku tak punya aku terluang untuk aku sendiri, dan waktu aku bercuti sahabatku ini masih lagi sibuk bekerja. Aku memahami kerana kerjaya aku juga menuntut pengorbanan masa yang bukan sedikit. 
Sungguh ada waktu terlung seperti ini, aku jadi terkenang saat aku di universiti. Namun, walau ada juga aku terkenang rakan sebilik, aku tak tahu bilakah waktu dapat aku hubungi mereka kerana masing-masing sudah berkeluarga. Payah terasa untuk menjejak merek saat masing-masing sudah punya keluarga sendiri untuk di uruskan. Hanya aku maasih lagi menyepi diri.
Kenangan di UIA, terasa amat di rindui kerana aku tak punya banyak yang aku mampu kenangi.6 tahun membesar bersama label UIA itu menjadikan UIA seolh sudah sebati dengan hati ini. Di sebut saja Gombak, UIA itu dhulu yang aku bayangkan. Betapa besarnya kenangan aku dan UIA. Terbayang setiap ceruk UIA, dari bangunan pentadbiran hingga ke bangunan ekonomi, komplek sukan, masjid dan perpustakaan. Aku merindui segalanay tentang UIA. 
Andai di tanya yang mana satukah waktu yang paling aku rindui, tanpa teragak akan aku jawab zaman belajar di UIA. Sungguh indah, penuh dengan pahit dan manis. Semoga masih ada lagi waktu untuk aku kembali merasai zaman indah itu. 

Tuesday, December 31, 2013

A meaning of new year for me

For me, new year is just the change of the number, there is nothing has change except of course for my age but everything seem fine and normal. I don't really have the new year mission and vision because I don't really sure what to achieve. But for now, I just hope that I can be a real good teacher, at least better than this year. I'll be teaching 2 classes which will be taken the PBSMR this year and this thing actually make me wonder a lot. I just hope that I can improve my ways of teaching and also be a good mentor to my mentee. I'll try my best to take care of them and pay attention to their problems. Plus, I really want to ignore all the ignorant people around me. I want to live a positive life out of stress (really? is it possible?) There are a lot to ponder and they are actually a lot to improve. Finally, by the end of next year, I really hope that I can achieve something and be proud of it. Good bye, 2013. Welcome 2014, please be good to me.

Sunday, December 29, 2013

She's not available anymore...

One of my best friend during the university time has engaged.

Between the four of us she is the first one to move on to the next stage. While we are still searching for the right one. Congratulation to my dearest Nur Sa'adah, you look beautiful in that pink shawl.


Friday, December 27, 2013

Pudarnya sebuah harapan...

Maybe we need some time for our self. That's it. Mungkin kerana aku terlalu bergantung kepada dia maka terasa seperti aku hilang arah bila dia hilang. Aku terlupa bahawa dia bukan milikku dan dia tak selamanya mampu melayan dan bertahan dengan kerenah diri ini. Yang bersalah adalah aku. Dalam di lema yang dalam, aku kini terasa keseorangan. Muncul dirinya yang setia memberi nasihat dan juga pendengar setiap masalah. Mungkn dia kurang faham tentang situasi dan keadaan hidupku namun dia berusaha menjadi yang terbaik. Tapi sampai saat dan ketika dia pasti rasa jemu. Dia menjadi segalanya dalam hidup aku, tempat aku mencurah rasa, juga tempat aku mencari sedikit kasih kala ada rasa diri di sisih. Dia ada aura itu yang mengingatkan aku pada senyumku. Aku sebenarnya awal lagi sudah sedar akan batas antara kami, ada yang menghalang dari kami terus mendekat, namun aku tetap juga memegang hujung tali itu, agar dia tidak terlepas dan menjadi tempat aku bersandar. Kadang terasa kami umpama menyimpan harapan yang sia-sia, tapi aku masih lagi ingin menyimpan rasa itu. Payahnya memujuk hati yang sudah terarah kepada dirinya. Moga nanti kami ketemu jalan yang tidak menjauhkan kami, namun tidak juga terlalu mendekatkan kami. Aku tahu aku bakal terluka, dia juga bakal terluka. Kehadapan nanti, dia pasti ada kehidupannya sendiri dan aku dengan kehidupanku sendiri. Sama-sama mencorak warna bahagia di kehidupan sendiri.