Saturday, August 6, 2011

Sila rapatkan saf!

Balik dari masjid tadi, ni satu je benda yang dok terfikir dalam kepala. Tiba-tiba rindu sangat-sangat nak solat dekat surau SMKAS. Solat rasa tenang. Saf rapat-rapat, memang tak ada ruang syaitan-syaitan nak mencelah langsung. Indah sungguh kenangan, sebab sekarang ni bila dah dekat masjid, saf tak pernah nak betul-betul rapat.

Tolong la, mak cik-mak cik, kakak-kakak, adik-adik, saudari-saudari, puan-puan, cik-cik, sesapa saja di luar sana, kalau solat di masjid dan solat berjemaah, tolong rapatkan saf anda. Saf itu melambangkan ikatan kita umat Islam, kalau rapat-rapat, lurus, nampak la kita ni sehati sejiwa, kuat, bersatu padu tapi kalau saf kita renggang-renggang tak lurus, apakah impression yang kita boleh buat. Jangan nak pentingkan diri sendiri, “TAK BOLEH LA NAK RAPAT PANAS”, “TAK NAK LA RAPAT SANGAT NANTI TERSENTUH-SENTUH”. Kalau dah rasa tak nak panas jangan datang masjid, solat dekat rumah, buka kipas banyak-banyak, buka air conditioner sampai minimum biar sejuk, kalau tersentuh-sentuh pun bukan batal solat kau. Memang datang solat nak mengeratkan silaturrahim selain memang nak dapat pahala berjemaah. Dah kalau tak rapat saf terputus, kan apa pun tak dapat. Baik balik solat dekat rumah.

Kepada ibu-ibu pula, kalau anak kecil belum baligh jangan la letak dalm saf, terputus juga saf tu. Kesian dekat orang lain yang dok solat satu saf dengan anda. Anak-anak kecil elok la solat satu saf. Jaga la anak-anak jangan ganggu ketenteraman awam, bukan nak larang ibu-ibu dari datang solat dengan anak kecil, tapi kan lebih elok solat di rumah, dari terganggu kekhusyukkan dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya dekat rumah, tahu anak selamat, tahu anak tak ganggu ssesiapa.

Hadis Tentang Kepentingan Merapatkan Saf

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

(sumber:http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/04/pentingnya-merapatkan-saf-solat.html)


Hikmah Merapatkan Saff
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).

Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).


Sumber dari :
VirtualFriends.net

Mengapa saf perlu dirapatkan?

Seorang pakar fizik dari USA telah membuat kajian tentang mengapa Islam menitikberatkan saf yang rapat setiap kali solat berjemaah.

Dalam tubuh manusia, terdapat dua jenis cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.Keseimbangan antara cas-cas ini akan menyebabkan tubuh seseorang itu berasa segar dan bertenaga.

Setiap hari, kita melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga. Penggunaan tenaga akan menyebabkan berlakunya lebihan cas negatif. Cas negatif dapat dineutralkan jika kita bersentuhan dengan seseorang yang lain. Dalam Islam soal merapatkan saf ketika solat berjemaah amat dititikberatkan. Ketika merapatkan saf, bahu akan bersentuhan antara para jemaah. Jadi, ini sekaligus akan meneutralkan cas didalam badan seseorang.

Menyentuh bab rakaat dalam setiap solat.Apa hikmah rakaat dalam solat Subuh hanya 2 rakaat? Ini kerana pada waktu subuh, cas-cas dalam badan seseorang itu hampir-hampir seimbang. Oleh itu 2 rakaat sudah memadai untuk solat berjemaah(meneutralkan cas).

Pada waktu Zohor pula, banyak tenaga telah digunakan untuk melakukan kerja. Jesteru, 4 rakaat adalah memadai untuk meneutralkan cas di dalam badan. Begitu juga waktu asar setelah menyambung tugas. Waktu maghrib pula 3 rakaat setelah kita penat memandu untuk pulang dari pejabat.

Timbul pula persoalan di benak pakar fizik tersebut, mengapa pula solat Isyak 4 rakaat sedangkan selepas itu adalah waktu untuk tidur? Selepas diselidik, fahamlah pakar fizik tersebut bahawa umat Islam digalakkan bangun malam untuk qiamullail.

Akhirnya pakar fizik tersebut mengagumi betapa indahnya Islam. Segala ibadah mengandugi faedah yang tersendiri. Dengan taufik hidayah Allah akhirnya pakar fizik tersebut memeluk Islam.

(sumber:http://harubiru75.blogspot.com/2010/12/kelebihan-merapatkan-saf.html)

No comments:

Post a Comment