Al-Fatihah, buat Kak Zuraini Lokman. Pemergian
yang mengejutkan ramai. Semoga Abang Wan Zul tabah dan kuat demi Irsyad. Mendoakan
yang terbaik untuk arwah. Buat mereka yang merasai kehilangan itu, semoga
sentiasa bersabar dan reda dengan pemergian ini. Sudah sampai untuk dia pergi
dulu sebelum kita, sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia. Kita yang tinggal
harus meneruskan hidup, menjadi lebih kuat, menjadi lebih tabah, sentiasa
mendoakan kesejahteraan buat dia.
Harap urusan pengebumian selesai tanpa
halangan dan rintangan. Sesungguhnya melihat sebuah kematian itu mengingatkan
kita pada ajal. Maka kita seharusnya mengingati mati kerana kita tak tahu bila
pula ajal kita akan tiba. Usia itu hanyalah angka, tak kisah tua atau muda,
andai tiba saat dan ketikanya, pasti akan di panggil olehnya. Sentiasalah memohon
keampunan dariNYA.
Sedih, walau aku bukan kenalan rapat arwah,
tapi kerana ikatan ukhwah yang terjalin, aku terasa kehilangan itu. Melihat si
kecil yang baru saja mencecah usia 2 bulan, aku jadi sebak, dia tak akan
mungkin mengenali ibunya. Aku harap dia membesar menjadi anak yang soleh. Aku intai
wajah kusut Abang Wan Zul, siapa lagi yang mampu tersenyum saat mengangkat
jenazah isteri sendiri, terlalu sebentar hidup arwah bersama dengannya. Aku melihat
mata seorang ibu yang kehilangan anaknya, biar reda, namun masih mampu aku
lihat kesedihan itu. Ada air mata galak ingin menitis melihat setiap wajah
murung ahli keluarga arwah, namun apakah air mata itu dapat memberi kekuatan buat
mereka. Dan seharusnya kita yang perlu memberi semangat dan kekuatan buat
mereka. Hanya doa yang mampu aku iringkan buat dia yang telah pergi.
Ya Allah, Semoga K.Zu di tempatkan di
kalangan orang-orang yang beriman. Semoga di ampunkan segala dosa-dosanya. Tenanglah
dia di sana. Amin.
Kerana kehilangan itu pasti maka kita perlu
sentiasa bersedia. Maka kita seharusnya menjadi kuat, walau tak mudah, walau
tak senang, namun hanya itu yang kita
mampu saat kita hadapi kehilangan itu.
No comments:
Post a Comment