Lama terasa aku tak mampu meluahkan rasa
yang terpendam dengan nukilan oleh jemari ini. Bukan tiada cerita yang ingin di
kongsi namun, tidak sempat aku mencari ruang buat menitipkan rasa hati. Bukan kerana
waktu yang mengekang namun kerana rasa penat yang mencengkam. Terlalu banyak
ingin di luahkan hinggakan tidak tahu yang mana satu ingin di khabarkan dulu
dan akhirnya ia hanya terbiar di dalam hati nan kian terasa penat. Sungguh memasuki
alam kerjaya bukan suatu yang mudah. Untuk aku menyesuaikan diri dengan segala
kerenah dan gelagat mereka-mereka di sini. Dalam rasa lelah ini namun masih
lagi aku merasa suka. Emtah kenapa melihat mereka mengia saat di Tanya tentang
apa yang telah aku berikan membuatkan aku merasa puas dengan apa yang telah aku
lakukan. Namun saat aku terbaca wajah muram mereka, aku jadi resah juga. Aku masih
muda dan hijau, masih banyak yang perlu aku hirup dan kumpul untuk mengharungi
dunia ini. Moga perjalanan penuh liku ini mendapat redha dariNYA. Doaku semoga
aku sentiasa di rahmati dan diberkati.
No comments:
Post a Comment