Hari ni ada program dekat sekolah, lepas
solat zuhur semua anak-anak tingkatan 1 dan 2 semua ke dewan. Aku memang tak
maklum langsung apa aktiviti hari ini. Lewat sikit masuk ke dewan sebab ada hal
pulak, dengan hari ni tak berapa sihat, sepatutnya dapat cuti tapi sebab
teringat banyak lagi silibus nak kejar,
abaikan je cuti tu. Rupanya hari ni ada adegan-adegan sedih. Program kembalilah
anak soleh, lebih kurang la tajuknya. Cikgu pun apa lagi teruja juga, boleh ke
program ni sedarkan anak-anak aku. Selalu program macam ni ada adegan
nangis-nangis, memang la nangis sungguh-sungguh. Bukan anak-anak saja, cikgunya
pun. Bila cakap soal emak, memang air mata tak boleh nak tahan. Dah la hati
memag rindu sangat dekat mama, air mata macam tak nak berhenti. Tisu lencun kat
tangan.
Dewan bergema dengan suara tangisan, sebab
duduk dekat dengan anak-anak puteri maka memang sangat jelas esak anak-anak ni.
Yang lelaki tak tahu la. Boleh pula ada sesi minta maaf dengan cikgu. Rasa
macam tak layak pula duduk dekat situ, maklum la baru lebih kurang 3 bulan
mengajar, lagi pun bukannya cikgu betul-betul hanya memegang jawatan cikgu
pelatih. Datang anak dari satu kelas, nangis teresak-esak, janji akan buat
kerja, dah tak nak lawan cakap cikgu, terharu rasa hati, cikgu yang baru nak
berhenti nak nangis, sekali lagi menghamburkan air mata. Jatuh air muka nangis
depan anak-anak. Sungguh kuat macam mana pun tahan hati tak nangis, tapi bila sebut ja pasal mama, hati ni memang akan
terus sayu. Aku sangat rindu dekat rumah
sampaikan tak boleh langsung sebut pasal keluarga.
Harap-harap anak-anak berubah lepas ni, dah
tak nak keluar kelas dengan rasa sangat penat dan terfikir pasal anak-anak yang
tak nak belajar. Harap sangat anak-anak akan lembut hatinya, lepas ni semoga
lebih dengar kata. Dah tak lama pun masa yang tinggal untuk di habiskan dengan
mereka, semoga sepanjang kat sekolah ni ada benda yang mereka perolehi dari
cikgu yang baru belajar menjadi cikgu.
No comments:
Post a Comment