.Aku dan dia banyak bezanya. Ketara bezanya,
kerana dia lelaki dan aku perempuan. Dia di lahirkan sebagai anak bongsu
keluarga dan aku seorang kakak sulung. Zamannya juga berbeza, aku di zaman
kesusahan dan di zaman yang sudah merasa hidup senang.
Saat aku dulu menangis
mengenang rumah nan jauh di mata, sedih melihat kawan-kawan lain makan dan
bersuka ria bersama keluarga namun dia senang di ulit mama, setiap minggu di
lawati bersama makanan dan apa saja yang diperlukan.
Saat dulu permintaan ini
sering tertunda dan dia dengan mudah meminta dan menerima. Waktu aku dulu,
penat mengejar bas, berebut tempat duduk, bertukar bas untuk pulang ke rumah
dan untuk kembali ke asrama dan dia hanya cuma perlu menutup pintu kereta di
hantar hingga ke pagar asrama.
Saat aku dulu duka menahan air mata kerana
teringin jua di lawati mama, dia hanya perlu menelefon menetapkan waktu dan
tempat berjumpa di hari Jumaat dan Sabtu. Aku dan dia, bezanya jauh, 10 tahun
membuatkan jurang itu juga jauh.
Kami yang jauh berbeza, kami yang jauh
terpisah zaman namun bernaung dalam satu payung kasih sayang. Kadang muncul
rasa cemburu namun apakan daya segalanya telah berlalu. Walau aku menyalahkan
mereka, semuanya tetap kenangan yang sama.
Aku hanya mampu berfikir segalanya
sudah tertulis indah, terkarang cerita yang terkandung makna yang tersembunyi yang aku sendiri tak
tahu, namun suatu hari nanti pasti akan
terserlah jua hikmahnya.
No comments:
Post a Comment