Friday, December 21, 2012

Bukan lagi seorang penganggur...

Rezeki yang datang memang tak terjangka. Aku memang tak mengharap apa-apa pun sebab memang dah lama aku hantar resume ke sekolah. Tapi 5 Disember aku di panggil untuk temuduga oleh pihak sekolah. Aku ingat temuduga tak ramai orang, tapi bila aku sampai, ada lebih kurang 20 orang yang di panggil untuk temuduga. Aku tak rasa terlalu tertekan nak dapat kerja dekat situ sebab aku tahu ada lebih ramai lagi orang yang perlu kerja dekat situ. Aku berserah saja, kalau ada rezeki aku dapat kalau bukan rezeki mungkin ada rezeki aku di tempat lain. Tapi lepas 2 minggu pihak sekolah telefon maklumkan bahawa aku dapat peluang kerja dekat situ. tak sangka langsung aku yang tak ada pengalaman kerja dan tak sehebat kakak yang lain dapat di terima kerja dekat situ walau pun untuk sementara. Aku sangka memang ramai yang dapat, tapi bila aku dah sampai dekat sekolah rupanya ada lebih kurang 8 orang sahaja yang di terima. Kadang rasa bersalah pula dengan orang lain yang tak dapat kerja, padahal yang datang kebanyakkan yang dah lama menganggur dan ada keluarga. Jadi bermula 19 Disember aku dah memulakan tugas di Pusat Pendidikan Al-Azhar. Terasa tanggungjawab berat sangat di sekolah nanti bila aku tengok segala visi dan misi sekolah bertambah pula aku baru saja habis program sekolah untuk terangkan segala macam pasal sekolah. Kini tugas berat menanti aku. Tak tahu bila aku akan di panggil temuduga untuk posting, selagi tak dipanggil aku akan curahkan segala ilmu di sini, memikul tanggujawab yang di berikan. Kini aku bukan lagi penganggur.

2 comments:

  1. Dengar kata bulan Mac nanti baru korang posting. Tu pun kalau tak berlanjutan macam kes kitaorang la. Wish you the best of luck! Kerja la sebelum dapat posting. Bagus cari pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you my senior.. yes, i'm working as a teacher now... who knows when will the time comes...

      Delete