Sunday, January 20, 2013

Masalah kian menjelma…

Belum sampai sebulan rasanya dekat sekolah, aku mula di landa bermcam-macam masalah. Kalau waktu praktikal aku di landa masalah yang banyak datangnya dari anak-anak, tapi kali ini, masalah datang dari pelbagai cabang, dan anak-anak kali ini masih lagi belum mendatangkan masalah. Aku sudah mula pening kepala memikirkan soal PBS dan soalan ujian buat anak-anak. Aku yang tidak berpengalaman dan tiada pendedahan kepada alam peperiksaan setelah sekian lama meninggalkan bangku persekolahan, dan format juga aku rasa telah banyak yang berubah, kini terpaksa memikul tanggungjawab memimpin anak-anak yang bakal menduduki PMR. Terasa berat dan susah amanah nan satu ini.

 Aku juga memegang jawatan guru panitia dan juga guru penasihat kelab. Aku jadi pening kepala sebab ini adalah kali pertama aku cuba untuk menjayakan segala panitia dan kelab. Dulu bukan tak pernah buat kerja-kerja kelab dan juga panitia, tapi berada dalam selian guru penasihat lain, tapi sebab di sini aku satu-satunya guru Bahasa Inggeris, maka aku perlu berdikari. Aku boleh bertanya pada kakak-kakak di sini tapi kadang-kadang mereka sendiri keliru dan penig kepala dengan segala urusan yang perlu segera di selesaikan. 

Masalah juga apabila  ada anak-anak yang masih lagi tak dapat buku yang diperlukan. Bukan anak-anak saja yang tak dapat buku, cikgu menerima nasib yang sama. Jadi susah dan memenatkan untuk mengajar. Aku selalu bayangkan di sekolah anak-anak belajr hanya menggunakan computer, maka semua kerja boleh di muat turun oleh guru kepada anak-anak. Rasanya dapat mengurangkan penggunaan kertas dan juga mengurangkan beban anak-anak menyalin dan juga menjadikan pembelajaran satu proses yang menyeronokkan. Bukan aku terlalu berkira untu fotokopi kertas latihan, tapi sebagai seorang yang baru mula bekerja di mana harus aku cari kosnya. Untuk aku minta pada anak-anak, aku rasa kasihan dengan segala beban perbelanjaan yang terpaksa di tanggung. 

Aku amat berharap satu hari nanti system pendidikan di Malaysia akan bertambah baik malah bukan saja menjadi system yang hanya menghasilkan anak-anak yang berjaya dari segi intelektual, malah Berjaya dari segi kerohanian penuh dengan sifat-sifat terpuji, malah berakhlak mulia dengan nila moral yang tinggi.

No comments:

Post a Comment