It might be one of the sweet memories during this practical time. Mereka yang lain maybe tak rasa, aku dan Nur dah rasa. Sejuk tak terkata, lepas magrib baru boleh balik, tu pun lencun jugak. Esok sekolah lagi terpaksa juga meredah kesejukan dan kebasahan itu. Tapi aku hanya senyum sepanjang perjalanan kerana aku tahu inilah sebuah kenangan. Record book basah juga, text book lencun walau pun dah balut dengan plastic, sorry Kak Zuna, tak jaga buku ni elok-elok. First time balik dalam hujan yang agak lebat dari luar UIA, even kat UIA pun tak pernah nak redah hujan, sampai depan bilik dengan kebasahan. Kasut, baju, beg, jacket, semuanya terpaksa je jemur kat luar. Harap-harap tak demam la saya. Esok sekolah lagi. Walau pun esok semua bergembira kerana esok adalah weekend, namun sebagai pendidik tiada weekend untuk kami. Aku simpan kenangan ni sampai bila-bila. Bukan senang nak capai cita-cita kita. Bukan mudah untuk aku mencapai bintang di angkasa, maka segala kesusahan dan kepayahan terpaksa ditelan kerana di sebalik kepahitan pasti akan ada kemanisan jua.
No comments:
Post a Comment