Hari-hari aku di Sungai Pusu banyak melakar sejarah baru dalam hidup sebagai seorang pelajar universiti. Kesusahan dan kesulitan yang aku lalui banyak mengingatkan aku pada sebuah pengorbanan dan sebuah kegigihan. Namun bagi aku kesusahan itu mungkin hanya sedikit, perlu aku fikirkan pada mereka yang lebih lagi kurang bernasib baik dari diri ini. Dan kenangan ini akan tercatat kemas dalam diari hati yang penuh dengan suka dan duka.
Tak semua yang berlaku dalam hidup ini akan berlalu dengan indah, ada juga warna kelamnya. Maka itulah yang mematangkan kita sebagai insan yang melalui kehidupan yang ada turun naiknya. Aku pasti suatu hari nanti aku pasti akan tersenyum mengingati semua kenangan ini. Aku tahu suatu hari ini, apa yang berlaku hari ini akan membuatkan aku bersyukur. Bersyukur kerana kesusahan dan kesulitan ini yang akan membuatkan aku lebih tabah, lebih matang, lebih bersyukur dan lebih bersedia.
Yang indah tak semestinya yang terbaik untuk kita, yang buruk tak semestinya terus membuatkan kita berduka, entah bila, yang baik itu mungkin membuatkan kita lalai dan buruk itu pula akan membuatkan kita lebih waspada. Yang baik hari ini mungkin mengundang duka di masa hadapan dan yang buruk mungkin mengudang suka di masa hadapan. Apa jua yang kita lalui hari ini harus kita syukuri dan jadikan iktibar, hidup dengan apa adanya kita. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita perolehi.
No comments:
Post a Comment