Maaf, aku tak mampu katakan hanya kamu di
hati ini, kerana ada yang lain tetap aku ingin letakkan di hati ini, Penciptaku,
Rasulku, Ibuku, ayahku, keluargaku, semuanya di hati ini. Aku juga tak mampu mengatakan kamu yang satu
di hati ini kerana adanya Allah yang menciptakan diri ini dan Rasul yang bisa
membimbingku di hati ini, juga ibu yang melahirkan diri ini, ayah yang memberi
kasih sayang, keluarga yang mengasihi diri ini, semuanya ada di hati ini. Malah
kamu bukan juga yang pertama di hati ini kerana yang pertama tentu saja dia
yang Esa, bukan juga kamu yang kedua kerana adanya Rasulku, malah bukan yang
ketiga kerana ada ibu yang aku kasihi. Aku sendiri tak pasti kamu di tangga
yang ke berapa.
Maaf dari hati ini kerana tak mampu
meletakkan kamu yang utama, tak mampu menjadikan kamu yang penting, menjadikan
kamu yang segalanya. Maaf hati ini bukan hanya untuk kamu. Maaf hati ini di huni
kamu sepenuhnya. Maaf ada yang lebih utama untuk aku letakkan di hati ini.
Tapi, walau bukan hanya kamu di hati, tapi
tetap kamu ada tempat yang istimewa di hati ini. Walau bukan kamu yang satu di
hati ini, tapi tetap ada satu tempat yang istimewa di hati ini. Walau kamu
bukan yang pertama di hati ini, tapi tetap ada tempat yang istimewa di hati
ini. Maka, tak usah kau gusar atau resah, walau hati ini telah terisi, walau
hati ini telah penuh, walau hati ini telah berpunya, kamu tetap punya tempat
yang istimewa, ruang yang kosong hanya untuk kamu huni.
No comments:
Post a Comment