Wednesday, October 12, 2011

Aku dan kasih sayang.

Apa itu makna kasih sayang. Kasih dan sayang kalau ditukarkan ke Bahasa Inggeris kedua-duanya adalah LOVE. Tapi kenapa dalam Bahasa Melayu ia berlainan. Kasih mengikut kamus dewan edisi ke empat perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan pengharĂ‚­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; berasa sayang (akan), berasa cinta (akan). Manakala sayang bermaksud sayang; cinta, perasaan belas kasihan. Maksudnya sama, tapi bezanya sayang itu juga merupakan perasaan kasihan. 

Aku sebenarnya tak pandai menzahirkan sayang. Ada insan mereka mampu menzahirkan apa itu kasih dan  apa itu sayang. Mereka mampu menzahirkan dengan kata-kata. Manusia juga amat memerlukan kasih sayang yang di zahirkan melalui kata-kata terutama mereka insan yang bercinta. Aku tak pernah dapat melahirkan kasih sayang itu. Aku hanya mampu memendam di jiwa, hanya mampu menzahirkannya melalui setiap perbuatan. 

Aku tak pernah mampu untuk berkata I LOVE YOU atau AKU SAYANG KAMU kepada mereka insane yang aku sayang. Aku akan menjadi kelu sebaik saja aku berhadapan dengan insan-insan yang aku sayang. Maka kasih sayang itu tak akan pernah mungkin aku lafazkan. Terfikir di fikiran ini perlukah kasih sayang itu di zahirkan dengan kata-kata. Ikutkan hati ini, aku menjawab sudah tentu kasih sayang itu bukan hanya dengan kata-kata. Tapi apabila ia kena pada diriku, aku rasa kasih sayang itu kadang perlu di lafazkan. 

Aku hanya mampu menunjukkan kasih sayang dengan setiap perbuatan yang aku lakukan. Apabila aku seringkali bertanya khabar seseorang itu tandanya aku sayang pada dirinya. Apabila aku seringkali menelefon atau juga menghantar berita padanya, itu tandanya aku sayang padanya. Apabila aku bersusah payah demi seseorang itu tandanya aku sayang padanya. Apabila aku dengan rela menjadi pembantu bersusah payah ke sana ke mari maka aku sayang padanya. Apabila aku sentiasa ambil berat pada seseorang itu tandanya aku sayang padanya. Apabila aku marah apabila aku tak di maklumkan apabila terjadi sesuatu yang penting kepadanya itu tandanya aku sayang padanya. Kerana sayangku ini, aku ingin tahu segalanya tentang dia, aku ingin melakukan apa saja terdaya untuk membuat dia gembira dan tersenyum, aku akan sentiasa mengingati dirinya. Sayang aku ini tak mampu aku tonjolkan melalui kata-kata. Sayang ini hanya mampu aku zahirkan dengan setiap perbuatan ini.

No comments:

Post a Comment