Tuesday, March 5, 2013

Bakal berubah arah...

Setelah tiba-tiba nama tercalon sebagai seorang calon Interim, aku meletak jawatan berkuat kuasa 24 jam. Gelabah tiba-tiba tengok nama keluar, sebab tak dapat pun panggilan dari JPN macam cik Dina. Tapi hati tetap tak senang, cuba semak dekat laman KPM, sekali keluar nama. Takut juga kena di arahkan bertugas di seberang laut, tapi alhamdulillah, aku hanya di suruh menyemak di JPN Kedah, walau jauh mana pun, masih lagi di Kedah. Namun getar hati ni, masih tak reda, sebab belum lapor diri dna semestinya belum tahu dan maklum di mana aku bakal bertigas kali ini. Masih menanti dan berfikir di mana sekolah atau kawasan yang kekurangan guru bahasa Inggeris. Di kawsan pedalaman mana, apakah nasib aku di sana, di mana harus aku tinggal, bagaimana hari-hariku yang mendatang. Tapi apa yang menggembirakan diri ini, sempat juga bercuti selama seminggu. Aku selesaikan segala kerja di sana hari Khamis lagi bersama surat letak jawatan aku serahkan kepada pengetua. Hari Ahad aku datang bersama semua kerja yang aku perlu siapkan  agar dapat aku tinggalkan dengan tenang. Selesai segalanya, aku pulang dengan rasa dada yang lega. Namun hanya ada sesuatu tetap juga menganggu fikiranku, anak-anak yang aku tinggalkan. Mungkin aku gembira dapat menghayati cuti walau untuk beberapa hari ini, namun di hati ini tetap juga terfikir anak-anak yang aku tinggalkan tanpa guru di sana. Moga mereka ke temu guru yang lebih baik dari diri ini. Itu saja yang aku mampu doakan buat mereka, hanya yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment