Sunday, October 16, 2011

BIARKAN!

Benarkan hati berkata,
Benarkan segala rasa,
Benarkan getar di dada,
  Ingin aku berkata benar,
  Ingin aku menutur bicara,
Yang senada dengan hati,
Yang berhubung dengan rasa,
Yang bernyawa dalam dada,
  Tapi aku tak mampu,
Kerana yang senada itu menyakitkan,
Kerana yang berhubung itu memeritkan,
Kerana yang bernyawa itu melukakan,
  Biar tak senada,
  Biar tak berhubung,
  Biar tak bernyawa,
Asal tak menyakitkan,
Asal tak memeritkan,
Asal tak melukakan.

No comments:

Post a Comment