Ingin aku bicarakan soal cinta di hati yang
berpaksikan pada perasaan sayang. Cinta, hati dan perasaan tak mungkin dapat
untuk di pisahkan. Cinta datang dari hati dan dari hati jua wujudnya perasaan. Perasaan
berubah-ubah mengikut hati. Hati akan berubah sendiri seiring dengan masa dan
waktu, namun kita tak akan mungkin dapat mengubah hati hanya dengan nasihat dan
kata-kata.
Kerana asalnya cinta dan perasaan dari hati
, maka cinta tak mungkin dapat di ubah dengan sekelip mata hanya dengan kata-kata.
Dan perasaan juga tak mungkin berubah dalam hanya sedetik waktu. Ada pepatah
menyamakan hati manusia dengan laut, benar kata pepatah andai benar di amati,
walau berubah namun perlukan masa yang lama dan kita tak mungkin juga melihat
hati itu berubah.
Berbicara soal cinta juga sukar. Ada yang mudah
berubah cintanya, ada yang hingga seribu tahun pun tak mungkin dapat jua
berubah cintanya. Maka bicara hal cinta, hati dan perasaan tak mungkin dapat di
mengerti walau kita membaca jutaan buku, atau juga menyiapkan jutaan kajian,
atau juga tak akan pernah selesai dengan pelbagai teori. Soal cinta, hati dan
perasaan itu sangat unik. Walau manusia itu sendiri tak mungkin dapat
menyelesaikan masalah cinta, hati dan perasaannya.
Aku di sini, aku melihat mereka kecewa. Aku
melihat mereka menangis, aku melihat mereka merintih, maka apa yang ada di hati
ini. Aku hanya mampu melihat walau tak sejernih mana, mampu merasa walau tak
sepahit mana, mampu menangis walau tak sehebat mana, mampu merintih walau tak
sekuat mana. Aku tak mungkin akan faham, aku tak mungkin tahu apa di hati
mereka, aku tak mungkin menalah apa di hati mereka, walau sebanyak mana jua aku
melihat tangisan mereka, walau sebanyak mana pun aku melihat tangisan mereka,
walau sebanyak mana pun aku mendengar keluhan mereka. Soal cinta, hati dan
perasaan tak mungkin akan dapat aku selami selagi aku bukan mereka, selagi aku
masih aku.
Bukan tak ingin aku fahami, tapi aku maklum
walau sekuat mana aku mencuba untuk memahami mereka beban itu tetap jua tidak
akan pernah sama. Walau sebanyak mana aku cuba merasa sakitnya hati mereka, aku
tetap tidak akan sampai ke tahap luka di hati mereka. Maka aku ingin menjadi
pendengar setia, menyinari hari mereka yang suram, cuba mewarnai hari mereka
yang mula pudar, cuba menemani hari mereka yang sunyi. Aku tak mungkin memberi
nasihat kerana aku sendiri tak pasti apa yang perlu aku nasihatkan, aku tak
mungkin memberi semangat kerana aku tak pasti apa yang patut aku katakana, maka
yang tersimpan di hati ini, hanya perasaan kasihan, perasaan kesedihan,
perasaan hiba menyaksikan kesakitan itu, menyaksikan kelukaan itu, menyaksikan
bebanan itu.
Maaf tak mampu aku menyelami hatimu teman. Maaf
tak mampu aku merasai sakitmu teman. Maaf tak mampu aku menandingi deritamu teman.
Namun aku akan tetap di sisimu, namun aku akan setia di sisimu, namun aku akan
gagah di sisimu. Andai satu masa kau tak mampu lagi bertahan, kau tak mampu
lagi berdiri, kau tak mampu lagi tersenyum, aku masih ada menjadi pendampingmu,
aku masih ada menjadi tongkatmu, aku masih ada menjadi cahaya pada harimu.
No comments:
Post a Comment