Aku ingin menangis meluahkan segala yang terpendam. Aku ingin menangis melampiaskan segala yang terbuku di hati ini. Aku ingin menangis kerana aku ingin menyatakan apa yang tak mampu aku katakan. Aku ingin menangis kerana dalam tangisan ini mengandungi segala rasa. Aku ingin menangis kerana yang tak terungkap dapat aku luahkan segalanya.
Kerana tangisan itu ubat hati ini. Kerana air mata itu kekuatan untuk hati ini. Kerana tangisan memberi aku satu semangat baru. Kerana air mata itu mampu membasuh segala luka dan lara. Kerana tangisan itu adalah anugerah buatku. Kerana air mata itu umpama hujan menyejukkan hati ini. Kerana tangisan itu menyegarkan jiwa ini. Kerana air mata itu mencurahkan segalanya.
Air mata itu bukan hanya tanda kesedihan. Air mata itu bukan hanya tanda kedukaan. Air mata itu bukan hanya tanda kelukaan. Air mata itu bukan hanya tanda kesakitan. Air mata itu pelbagai warna. Air mata itu satu kekuatan. Air mata itu satu kenangan. Air mata itu satu rahsia. Air mata itu satu rasa. Air mata itu satu kenyataan yang menyakitkan atau melukakan, yang menggembirakan atau yang mengharukan.
Bagi aku tiada kelukaan dalam tangisan. Tiada kesakitan dalam tangisan. Tiada kedukaan dalam tangisan. Tiada keharuan dalam tangisan. Tiada kegembiraan dalam tangisan. tiada kesukaan dalam tangisan. Melainkan titisan kenangan, kekuatan dan kegigihan.
No comments:
Post a Comment