Wednesday, October 5, 2011

Guru, SEGALANYA!

Dulu aku selalu tengok cerita-cerita dekat TV, pelakon boleh jadi macam-macam. Boleh jadi cikgu, boleh jadi PM, boleh jadi doctor apa saja yang watak diperlukan. Tapi sekarang aku rasa bukan pelakon saja boleh jadi macam-macam, cikgu pun boleh jadi macam-macam. Aku baru sedar semua ni bila aku sendiri bakal jadi seorang guru, INSYAALLAH. Selalu ingat cikgu kerjanya senang ada banyak cuti dan tak kerja sampai petang. Menjadi anak seorang guru, aku jadi sedar, kerjaya guru bukan kerjaya mudah. 

“Cikgu, dia jatuh dekat padang” kalau salah sorang anak murid jerit macam tu dekat cikgu, secara tak sedar cikgu terpaksa jadi sama ada doktor, jururawat atau pun pemandu. Kenapa? Kalau sakit luka sikit-sikit, cikgu yang akan ubatkan letak minyak atau pun balut luka elok-elok, dah dapat jadi doktor dan jururawat. Kalau sakit teruk, kena bawa pergi hospital atau klinik, dah jadi pemandu macam pak cik yang bawa ambulan. Cikgu pun ada “ on call” juga ni selalu terjadi dekat warden asrama. Kadang-kadang kecemasan jadi dekat asrama, tengah malam sekali pun cikgu kena datang juga. Menjadi seorang guru bukan mudah. 

Cikgu juga bolah jadi polis trafik, sebab kadang-kadang bila ada majlis besar-besar dekat sekolah, terpaksa jaga lalu lintas juga, kalau sekolah menangan boleh la nak minta tolong anak-anak murid tapi kalau sekolah rendah, tak ada pilihan. Bila hari guru, cikgu juga boleh jadi pelakon atau penyanyi, buat persembahan di pentas sekolah.  Cikgu pun boleh jadi sangat sibuk macam PM, bila terpaksa pegang banyak jawatan lain contohnya jadi guru panitia, guru pusat sumber, guru buku teks. Sangat sibuk. Kepada cikgu yang mengajar kelas-kelas peperiksaan akan jadi bertambah sibuk bukan saja pada hari-hari sekolah tapi pada hari minggu. Kalau dekat nak periksa rasanya ada juga cikgu yang tak boleh tidur, risaukan anak-anak murid, bukan saja dari segi mental tapi juga fizikal. Banyak yang perlu dirisaukan.

Cikgu boleh juga jadi arkitek atau juga jurutera, ni terutama kepada guru-guru kemahiran hidup. Tukang jahit pun boleh jadi, kadang-kadang cikgu sendiri yang jahit langsir untuk pasang di kelas. Cikgu juga boleh jadi tukang masak, kadang-kadang bila ada jamuan ada yang gotong royong masak. Juru latih sukan pun boleh jadi, bila hari sukan semua cikgu turun padang, yang ada kemahiran mesti nak tolong murid-murid yang masuk pertandingan. Waktu tu, ada juga cikgu yang sangat aktif. Jadi cikgu juga kita kena bersedia jadi kaunselor berkaliber. Sentiasa bersedia dengar masalah anak-anak murid yang macam-macam. Andai kata ada apa-apa yang terjadi dekat anak-anak murid cikgu pasti akan ambil perhatian. 

Cikgu pun boleh jadi setiausaha atau juga kerani, kena buat laporan, segala surat, segala minit mesyuarat. Nak kena siapkan segala jenis port folio yang mesti kena ada dalam fail setiap bulan. Kalau awal-awal tahun cikgu boleh jadi macam pegawai bank. Kutip duit yuran dari pelajar-pelajar, simpan duit elok-elok. Kadang-kadang cikgu jadi penulis atau pengarang atau editor. Yang rajin buat material untuk PNP, contohnya karang surat atau cerita supaya sesuai dengan tahap anak-anak pelajar tersayang, kalau buat soalan periksa ada yang cuba edit atau ubah sikit-sikit soalan dari buku.

Menyandang tugas sebagai seorang guru bukan mudah. Perlu keikhlasan dan kesabaran yang tinggi. Bagi yang memang fikir hanya untuk kerja menyara hidup memang kadang-kadang akan rasa penat dan bosan. Aku ingin jadi guru yang iklas dan sabar. Aku harap satu hari nanti aku dapat buat yang terbaik dan tak pernah bosan dengan apa yang aku telah pilih. Semoga Allah sentiasa merahmati jalan yang aku pilih.

No comments:

Post a Comment