Hari ini tatkala aku berjalan sendiri
berpayung dalam hujan lebat, tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Bukan kerana
melihat ada benda yang lucu, kerana dalam kelam malam dan hujan tak ada yang
menarik minatku untuk memerhati sekeliling. Tersenyum hanya kerana teringatkan
cerita lawak yang aku kongsi bersama teman-teman baikku. Tanpa mereka di sisi
pun aku mampu tersenyum dan ketawa, malah mampu juga menitiskan air mata.
Indahnya kenangan bersamamu sahabat-sahabat tersayang.
Ramai yang menjadi kawan namun tak ramai
yang dapat menjadi sahabat. Kenapa tiba-tiba mala mini dalam kesepian hari ini,
tiba-tiba teringat akan sahabat-sahabat yang jauh di mata. Rasanya bermula di
sekolah menengah aku mula mencari seorang sahabat. Dulu aku sangka aku telah
punyai sahabat, yang menemani di saat suka dan juga sepanjang jalan duka. Namun
akhirnya hakikat tak seindah mana,kerana mereka bukanlah permata. Aku sangka
mereka bisa menjadi teman yang membawa diri ini ke jalan keredhaan, menegur
seadanya kerana aku sahabat, namun akhirnya aku kecewa. Mereka bukan yang dapat
menjadi sahabat.
Di Taman Iilmu dan Budi ini aku temui
mereka-mereka yang aku gelar sahabat. Syukur padaMu Allah kerana bersama mereka
aku dapat mengharungi hidup walau kadang-kadang ada juga sedikit tersasar,
namun mampu juga saling mengingati. Melangkah kaki ke Khadijah college, bilik
504, aku temui mereka. Mereka yang mambantu aku berdiri di dunia yang penuh
dugaan ini. Najeeah Abdullah, Rohaiza Ibrahim, Zainab Ayob. Di pertemukan kami
dengan latar yang berbeza dan bersatunya kamu di bawah satu bumbung saat
masing-masing sendiri di bumi asing, membawa diri menuntut ilmu. Sahabat banyak
kengan kita yang tertinggal di bumi indah itu. Sungguh aku rindu segala apa
yang pernah kita tinggalkan. Hidup aku saat itu hanya bersama kamu
sahabat-sahabatku. Belajar mengenal dunia ini yang penuh pancaroba, sama-sama
kita menyokong satu sama lain, membantu satu sama lain. Berkongsi tawa dan
tangis, kasih sayang yang kurang kita cukupkan penuhi dengan rasa yang kita
ada. Maka kita bersama menyulam persahabatan yang aku rasa paling indah itu. Dan
tiba masa masing-masing terpaksa juga membawa haluan sendiri, Ija, G, Nab terima
kasih untuk kenangan indah yang pernah kita lalui bersama.
Khadijah College (Ija, G) |
Melangkah ke dunia university, satu demi
satu langkah aku mencari sahabat untuk sama berjuang. Aku temui mereka sebagai
mereka yang asing saat sama-sama mengharungi temuduga. Kini kami sahabat, yang
aku rasa perlu di kala suka juga di kala suka. Tak tahu bila kita bermula namun
kini hampir empat tahun berada dalam ikatan ukhwah ini membuatkan aku menghargai
apa yang pernah kita lalui bersama. Biar pun ada yang pahit juga manis namun
tetap jua kita harungi bersama. Kepada sahabat-sahabatku Yana, Nur dan Siti,
aku harap bersama kita terus harungi kehidupan ini. Jangan pernah kita
berpisah, dalam perjuangan ini aku harap agar ada yang sudi membawa aku ke
jalan yang lurus andai kata langkahku tersasar. Memori yang pernah kita lalui
dulu aku harap menjadi ingatan abadi kita.
Tasik Titiwangsa (Siti, Me, Yana, Nur) |
Miza, Kat dan Wany bertemu kita secara tak
sengaja atas aturan yang Esa kerana ingin mempertemukan kita dengan latar
belakang akademik berbeza kita di satukan dalam ikatan ini kerana berkongsi
minat. Yang aku tahu silat cekak itu Berjaya juga menemukan aku dengan
kamu-kamu yang aku anggap sahabat diri ini. Dulu ada juga perasaan tidak puas
hati kepadamu sahabat, namun kini di sebalik kebencian itu rupanya ada yang
indah tertulis untuk kita. Indahnya rahsia di sebalik pertemuan kita sahabat. Bersama
kita melakar sejarah dan kenangan indah yang mawarnai hidup sebagai pelajar di
sini. Ternyata silat cekak itu membawa kebaikan jua dalam hidupku. Momen yang
kita lalui kini aku harap menjadi yang indah dan ceria juga di dalam hidup kamu
sahabat-sahabatku.
Miza's birthday celebration (Me, Miza, Katy, Wany) |
Dan sahabat-sahabatku, aku doakan moga kita sama-sama sentiasa berada di
dalam Rahmatnya. Semoga kita sentiada diberikan hidayah dan nurnya. Semoga
ukhwah yang terjalin ini akan terus melakar warna-warna ceria di dalam hidup
kita. Semoga kita dapat saling mengingati dan membimbing.
No comments:
Post a Comment