Friday, September 7, 2012

Aduhai guru...

Kebelakangan ni, aku terbaca ada banyak rungutan-rungutan pasal cikgu-cikgu. Ramai yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu. Sebagai seorang bakal cikgu aku rasa sangat sedih. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, itu saja aku rasa yang dapat menggambarkan segala rungutan-rungutan tu. Mungkin mereka hanya melihat pada yang segelintir sahaja dan menyalahkan semua pendidik kerana kesalahan yang seorang itu. Jom tengok apa yang mereka-mereka kata: 





Mungkin ada lagi mereka-mereka yang lain di luar sana yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu, tapi janganlah biadap sampai macam tu sekali. Kalau mereka dulu tak belajar dari cikgu-cikgu siapakah mereka hari ini. Memang tak di nafikan ada guru-guru yang tak berdedikasi seperti yang di katakan mereka, tapi setiap profesion pun pasti ada yang kurang berdedikasi. Tak semestinya bekerja hingga lewat malam, mereka itu bekerja dengan baik.

Aku di lahirkan dalam keluarga pendidik. Mama dan papa kedua-duanya adalah guru. Mama merupakan guru mengajar subjek Bahasa Melayu dan Inggeris. Aku merupakan seorang pelajar asrama sewaktu di sekolah menengah, apabila balik bermalam di rumah aku pasti inginkan perhatian sepenuhnya. Tapi ketika itu mama yang mengajar pelajar-pelajar UPSR seringkali ke sekolah untuk mengajar anak-anak muridnya. Hinggakan kadang kala aku rasa terabai, dan aku pernah juga salah sangka yang mama lebih sayangkan anak muridnya dari anak sendiri.

Ketika perjumpaan waris, mama dan papa memang tak pernah hadir ke sekolah atas komitmen mereka masing-masing kepada sekolah. Aku sering menangis mengenangkan peristiwa itu. Begitu tinggi rasa amanah mereka kepada anak didik masing-masing hinggakan anak sendiri di tinggalkan. Tapi kini aku mengerti, amanah yang di beri perlu di jaga. Aku rasa berkat keikhlasan mama mengajar anak-anak didiknya, alhamdulillah kami adik-beradik juga di kurniakan kejayaan.

Tak perlu rasanya mereka yang lain merasa dengki dengan guru-guru kerana sebenarnya tugas guru tak semudah yang mereka bayangkan. Dengan kerenah dan perangai anak-anak sekarang tugas guru menjadi semakin berat. Bukan ingin aku bidas mereka, kadang-kadang ibu bapa melepaskan seratus peratus tugas untuk mendidik anak-anak kepada guru. Cuba bayangkan kalau ada 1000 pelajar di sekolah, mampukan guru-guru untuk menegur setiap salah laku anak-anak didiknya.  Guru juga punya tanggujawab sendiri di rumah.

Tidak seharusnya guru-guru dan para pendidik disalahkan andai anak-anak tidak berjaya, ada seribu satu sebab mengapa mereka gagal. Persekitaran, teknologi, bahkan mungkin juga kerana kurangnya didikan agama dan pegangan hidup. Berhentilah menuding jari, bukan masanya untuk kita menyalahkan orang lain, carilah penyelesaian. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Rasanya andai masing-masing fokus pada tanggujawab sendiri, maka masalah ini akan selesai. Kalau ingin menegur juga ada caranya. Orang Melayu punya adat dan budi bicaranya jangan terlalu lantang mengkritik kerana mungkin satu hari nanti, segala kritikan dan kutukan itu terkena pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment