Saturday, September 1, 2012

Selamat Pengantin Baru, sahabatku sayang!

Semalam tanggal 31 Ogos 2012, lebih kurang pukul 6 petang, Cik Salzlizawani telah sah menjadi isteri kepada Fakhrul Azizi sekaligus menjadikan beliau menjadi orang yang pertama menukar status antara kami berempat. 

Kami berempat (Mieza, Waniy, Kat, Wany)
Seorang sahabat baikku telah selamat menjadi isteri orang. Majlis akad nikah yang dijalankan di masjid agak kelam kabut memandang terdapat lebih enam pasangan pengantin yang perlu dinikahkan oleh kadi. Pertama kali menghadiri majlis akad nikah, aku sendiri juga teruja ingin melihat bagaimana realiti sebenarnya sebuah majlis akad nikah.

 Selalu kelihatan di kaca TV pengantin akan menangis begitu juga dengan ibu bapa pengantin, aku kadang tak percaya mungkin itu cuma lakonan semata namun apabila berlaku di depan mata sendiri aku jadi percaya. Akal fikiranku masih lagi berfikir mengapa mereka menangis. Tatkala mendengar lafaz akad terima oleh pengantin lelaki aku juga jadi sebak. Mengapa? mungkin aku tahu selepas ini kami tak mungkin lagi jadi seperti dulu, Wany punya prioriti baru. Dengan sahnya lafaz akad, maka tanggujawab ke atas Wany oleh bapanya juga terlerai di gantikan dengan suaminya. Betapa agungnya lafaz akad nan satu itu. Aku mungkin juga tidak mengerti akan semua rasa ini kerana aku belum melaluinya, namun andai ada jodoh aku juga akan tahu perasaan Wany waktu itu. 

Baru saja Wany sah menjadi isteri aku sudah merasai perubahan statusnya bergelar seorang isteri, suami adalah keutamaan. Kini Wany telah pergelar puan, maka tinggallah kami yang masih lagi memegang status cik. Doaku buat Wany, semoga perkahwinan ini di berkati dan diredhai oleh Allah. Semoga Wany menggapai bahagia yang di cari. 

kami bersama pengantin baru!

Selamat Penganti Baru, sahabatku sayang! (diseludup dari http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3358892945628&set=p.3358892945628&type=1&theater



No comments:

Post a Comment