Tuesday, August 28, 2012

Adakah itu isyaratnya?

Semalam mama bising-bising tanya, "Kakak bila nak letak gambar raya yang baru? Mama nak tukar profile picture nie".
Aku yang memang malas-malas sangat nak menunggu kat depan laptop pun jawap, "La, hari tu mana ada gambaq mama sorang-sorang, dengan papa ada la".
Mama jawab pula, "Ala, kalau mama tukar gambar, papa mesti pakai baju yang sama ja. Bila papa nak pakai baju baru nie". 
Aku pun jawab lagi, " Mama buat la awal-awal baju untuk papa. Tahun depan kita pakai baju baru, sedondon dengan mama, colour hijau epal ka", cadangan aku bagi dekat mama sebab aku tau papa memang suka warna hijau. 
"Hah, depa dok kutuk-kutuk papa na" papa baru masuk rumah dari reban ayam kesayangan. 
"Tu la next year kita tempah awai-awai sikit" mama sambung tengok FB. 
"Tak payah tunggu tahun depan pun tak pa nie raya haji ni, boleh buat dah la. Nak tunggu orang tu kawen tak tau bila, papa dengan mama nak pakai sedondon" papa jawab, sekali aku yang kena.
Apa lagi aku pun sanggah, " Tak payah tunggu kenduri kawen la nak pakai baju sedondon" aku sengih saja terus masuk bilik siap nak mandi.

Papa tak pernah cakap pasal nikah kahwin dengan aku, tak pernah sekali pun. Yang selalu cakap hanyalah mama, dulu walau pun aku pernah kawan dengan seseorang ni pun papa tak pernah cakap apa pun pasal nikah kahwin. Adakah papa dah bagi isyarat bahawa aku dah boleh mula cari calon, dah sampai waktu untuk aku berkahwin? Mungkinkan papa pun teringin dah nak ada cucu sendiri bila asyik dukung cucu saudara dia? Aku memang suka berfikir dan terlalu berfikir sampai terbawa dalam mimpi. Moga nanti sampai waktu untuk aku bertemu jodoh yang terbaik untuk aku

No comments:

Post a Comment