Tuesday, August 28, 2012

SELAMAT MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA KAWAN-KAWAN!

Usia kini sudah mencecah 24 tahun, kata tok-tok "kalau kami dulu dah ada anak 4", tapi sekrang bukan macam dulu. Orang dah tak berebut nak kahwin awal, sebab banyak lagi benda yang boleh dibuat dalam hidup selain kahwin. Bukan bermakna diri ini tak nak kahwin, tanya pada sesiapa pun mesti nak kahwin, tapi pada diri ini masih lagi ada banyak benda yang di cari. Semakin ramai-ramai kawan-kawan yang melangkah ke alam rumah tangga. Lepas raya, ada dua kenduri kahwin Dr Zulhelmi dan Subri kedua-duanya rakan sekelas waktu zaman sekolah tingkatan lima. Tak sangka masing-masing dah nak buka buku kehidupan yang baru. Doaku moga mereka bahagia. 

Aku juga bakal menghadiri satu majlis akad nikah seorang sahabat baik di Ipoh, 31 Ogos nanti. Doa juga aku panjatkan moga persediaannya berjalan lancar. Bukan tiada rasa cemburu, aku akui selalu aku rasa cemburu, namun kadang terfikir sendiri aku masih belum bersedia. Tanpa calonnya, tanpa pendapatan sendiri, tanpa perancangan hidup, bagaimana aku harus menukar status ini. Ini juga urusan DIA, maka aku berpegang teguh DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sebagai anak sulung banyak lagi hal lain yang perlu aku titik beratkan. Kepada mereka yang telah pun bergelar suami atau pun isteri orang aku yakin dan pasti mereka sudah punya perancangan yang rapi tentang hidup yang perlu mereka lalui.

Hati juga kadang-kadang teruja melihat status-status kawan-kawan yang bertukar di FB. Kadang-kadang di muat naik juga gambar-gambar hari bahagia mereka, aku tumpang gembira buat mereka. Namun di sebalik perubahan status itu terselindung pelbagai tanggungjawab dan beban yang harus di pikul. Aku juga sangat cemburu melihat mereka mengendong anak sendiri, aku perlu bersabar satu hari dengan izin dariNYA, pasti aku juga akan mengecap kebahagiaan itu. 

Khusus untuk kawan-kawan yang bakal atau sudah pun melayari alam rumah tangga di ucapkan SELAMAT MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA! Sentiasa sabar dengan dugaan yang datang, sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan di beri rasa ketenangan dengan kehidupan yang sentiasa mencabar.

No comments:

Post a Comment