Sunday, October 14, 2012

Sekalung penghargaan buat mereka...

Dah selesai dengan urusan konvokesyen. Dengan bantuan keluarga tercinta serta sahabat-sahabat tersayang, berjaya melalui sesi konvokesyen dengan gembira. Walaupun penat untuk menyelesaikan semuanya, tapi sangat-sangat gembira dapat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang masa untuk sedikit penghargaan dan terima kasih buat semua yang telah sudi membantu dan meraikan diri ini di hari konvokesyen.

Perhargaan yang tidak terhinggan buat mama, yang telah bersusah payah melabur wang dan ringgit untuk memenuhi permintaan diri ini yang mengada-ngada inginkan sepersalinan pakaian khas untuk majlis konvokesyen yang gilang-gemilang. Juga mama yang menghulur wang ringgit untuk tiket, belanja segala keperluan sepanjang sesi konvokesyen di Taman Ilmu dan Budi, tanpa mama mungkin diri ini tak mungkin segembiran hari ini. Tak lupa untuk papa yang memeriahkan hari konvokesyen. Telah datang bersama mama ke taman Ilmu dan Budi bersama mama. Sangat gembira melihat senyuman mereka. Ucapan terima kasih tidak terhingga ke atas pengrobanan mama dan papa yang telah mengambil cuti selama dua hari untuk menghadiri majlis anakmu ini.Mungkin tak cukup dengan penghargaan ini atas susah payah mereka yang selama ini menjadi tulang belakang selama belajar di Taman Ilmu dan Budi ini. Diri ini akan sedaya upaya terus membuat mama dan papa bahagia, bangga dan gembira dengan diri ini. 

Buat sahabatku Salzlizawani, jutaan terima kasih juga buatmu kerana sudi membenarkan diri ini menumpang di bilikmu di mahalah Aminah. Jika tidak kerana kamu, harus aku pening kepala mencari tempat untuk menginap sementara wantu untuk menyelesaikan segala urusan dan hal-hal yang berkaitan. Semoga nanti kita akan bertemu lagi, dan ukhwah ini akan terus terjalin selama-lamanya. Andai tahun depan punya peluang dan waktu, kita bertemu lagi di majlis konvokesyen khas untuk dirimu. Buat kakak Miza, terima kasih mengembalikan memori kita sewaktu belajar dulu, cuma sayangnya agak kurang perhimpunan kita dengan ketidakhadiran Puan Wany bersama. Moga satu hari nanti kita berpeluang berkumpul bersama sekali lagi mengecap manisnya persahabatan ini.

Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang bunga dan anak-nak patung beruang yang comel, mama dan papa, abang Comot yang tak lupa kepada dayangnya, Arina dan Syida teman sebilik semester lepas, juga puan Salzlizawani dan cik Nik Khadijah, dan anak muridku Fais. Dulu aku selalu terfikir, siapakah yang sudi menyumbangkan bunga-bunga di hari konvokesyen seaktu orang lain menerima jambak-jambak bunga dari teman lelaki mereka, namun ternyata, masih ada yang sudi meraikan diri ini selain mama dan papa. Persahabatan itu ternyata lebih kuat dari cinta. 

Kepada mereka-mereka yang telah membuatkan aku gembira, terima kasih  di atas perhatian sekaliannya. Berharap nanti diri ini juga mampu mengembirakan kalian.

No comments:

Post a Comment