Thursday, March 7, 2013

Menerima dengan syukur...

2 minggu lepas dalam usrah kami ada bincang tajuk bersyukur atau redha, aku tak pasti, tapi rasanya dua-dua benda ni saling berkaitan. Selalunya apabila kita redha dengan sesuatu maka kita menunjukkan kita bersyukur dengan sesuatu biar pun kita rasa sesuatu yang terjadi seperti perkara keburukan kepada kita. Namun begitu sebenarnya kita pasti adanya sebab yang munasabah dan sesuatu yang tersembunyi untuk kebaikkan kita di sebaik segala kesukaran yang kita lalui.

Kebelakangan ini, aku terasa sangat bersyukur dengan apa yang DIA telah kurniakan pada diri ini. Seringkali saat lalai dan terlalu suka dengan nikat ini aku jadi terlupa bahawa hanya kepada DIA sebenarnya yang layakaku mohon kesyukuran ini. Terasa aku berada di dalam rahmatnya. Mungkin juga berkat doa ibu yang tak pernah putus-putus untuk kebahagian anak-anaknya. 

Dalam kegembiraan dan nikmat ini kadang aku takut aku jadi lalai dan leka dengan apa yang DIA kurniakan hinggakan aku terlupa untuk bersyukur. Aku mohon di kurniakan sahabat-sahabat yang akan sentiasa mengingatkan aku apabila aku terlalu leka dengan nikmatMU. Aku takut aku sebenarnya tak layak merasai kenikmatan ini. Adakah nikmat ini untuk menguji aku. Semoga aku tak lalai, semoga aku sentiasa mengingati dan bersyukur dengan nikmatMU.

Andai aku hitung semua nikmatMU maka terasa malulah aku kepada dirimu. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang telah ENGKAU namun aku masih lagi kurang bersyukur. Aku mohon kepadaMu jangan engkau lalaikan aku dengan nikmat ini, dan ENGKAU jadikan aku golongan yang sentiasa bersyukur padaMU dan sentiasa mengingatiMU.

Sekolah baru, new school but still in Jitra...

Setelah hampir separuh hari di JPN Kedah mendengar taklimat kami akhirnya di berikan memo untul lapor diri. Memo di sampaikan oleh pengarah pendidikan sendiri, En. Mansor bin Lat. Lutut aku rasa lembik, lama menunggu nama aku di panggil dengan sejuk lagi dalam dewan Al-Farabi tu. Tambah pula kejutan pagi waktu mendaftar masih terasa.

 Hati berdegup kencang, there are butterflies in the stomach bak kata omputih. Elok aku nak sain nama just like everyone, aku dapat satu kejutan, what is that? Aku tertengok nama aku silap ka? Absolutely not. I was listed under boarding school together with other 8 candidates. Even though it is only interim, but still, is there no one else to be put in the boarding school. 

 Aku dah gelabah, mula sms mama, mama kata ok la, senang sikit. Ya, senang nak ajar or senang dengan budak-budak aku tak pasti, tapi hati aku bergelora dengan risau. Bukan nak bezakan anak-anak dekat boarding school dengan sekolah biasa, tapi katanya budak-budak boarding school ni pandai-pandai belaka. Aku ni belajar pun kat SMKA saja, walaupun dah 4 tahun belajar untuk mengajar, aku tak rasa aku layak nak ajar budak-budak ni. Nanti sampai satu masa aku takut, parent will come and complaint to the school about me. 

Tapi dalam hati mengharap alang-alang dah dapat sbp, biar la dapat SM Sains Kubang Pasu, terasa la tak gerun sangat. Aku buka memo dengan tangan yang shaky macam orang parkinson dah. YEAH, it's not KUBANG PASU SCIENCE SCHOOL but it's mama's old school nama lama JENAN, or SMSAH or SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM. Aku terpinga-pinga, tak tau nak cakap apa, sampaikan bila kawan tanya aku hanya mampu tunjuk memo.  

Memang la  meluruhkan jantung. Bakal melaporkan diri 9 MAC depan, aku pun tak tau apa perasaan aku sendiri.Obviously nervous, confuse, lack of confident and confounded. I hope I can do well, and try the best to deal with the challenges.

Tuesday, March 5, 2013

Bakal berubah arah...

Setelah tiba-tiba nama tercalon sebagai seorang calon Interim, aku meletak jawatan berkuat kuasa 24 jam. Gelabah tiba-tiba tengok nama keluar, sebab tak dapat pun panggilan dari JPN macam cik Dina. Tapi hati tetap tak senang, cuba semak dekat laman KPM, sekali keluar nama. Takut juga kena di arahkan bertugas di seberang laut, tapi alhamdulillah, aku hanya di suruh menyemak di JPN Kedah, walau jauh mana pun, masih lagi di Kedah. Namun getar hati ni, masih tak reda, sebab belum lapor diri dna semestinya belum tahu dan maklum di mana aku bakal bertigas kali ini. Masih menanti dan berfikir di mana sekolah atau kawasan yang kekurangan guru bahasa Inggeris. Di kawsan pedalaman mana, apakah nasib aku di sana, di mana harus aku tinggal, bagaimana hari-hariku yang mendatang. Tapi apa yang menggembirakan diri ini, sempat juga bercuti selama seminggu. Aku selesaikan segala kerja di sana hari Khamis lagi bersama surat letak jawatan aku serahkan kepada pengetua. Hari Ahad aku datang bersama semua kerja yang aku perlu siapkan  agar dapat aku tinggalkan dengan tenang. Selesai segalanya, aku pulang dengan rasa dada yang lega. Namun hanya ada sesuatu tetap juga menganggu fikiranku, anak-anak yang aku tinggalkan. Mungkin aku gembira dapat menghayati cuti walau untuk beberapa hari ini, namun di hati ini tetap juga terfikir anak-anak yang aku tinggalkan tanpa guru di sana. Moga mereka ke temu guru yang lebih baik dari diri ini. Itu saja yang aku mampu doakan buat mereka, hanya yang terbaik. 

Pray for LAHAD DATU...

We are here, we can still sleep peacefully, eat deliciously, smile happily and play blissfully, but we don't know what happen to our brothers and sisters there, at Lahad Datu. Some had already lost their love one, pray for them may they rest in peace. Although we are still enjoying our life here, without any feeling of worries but still as a Malaysian we should also think about our sisters and brothers who might be suffering and trying to find a safer place for their family. We might not have the power to do anything to stop the commotion but we might give some hopes and support for those who are living in the fear. The only thing we can do is to pray and hope for this thing to end quickly and may Lahad Datu return to be a peaceful place again.  

It’s my choice!


To take or to leave it, it’s my own decision. Don’t ever say anything; I had consulted that person in charge which I believe he may guide me to the right decision. It’s my destiny written by HIM, and I really believe it’s the best for me. Therefore, I hope everyone will happily pray for me as this is the path that I want to go on with. Sometimes people might see it as a bad thing because of the jealousy but there’s no need of the jealousy because you’ll never know when HE will grant you with the better opportunity. Sometimes HE takes something from you for reasons that you will never do, but we really need to believe that it’s the best for us. He might want to give you something better to replace what HE took from you. Never stop believing that there is always something good that has been planned for you. Don’t be jealous to others and never ever has any bad feeling or hatred when people get what you really want. You never know what is best for you. The only one who knows about it is HIM. So just pray to HIM, so that HE’ll grant you something good for you.   

Saturday, February 9, 2013

The bitter and sweet memories (versi hari sukan)


Done with hari sukan. Tak sangka pula masa cepat berlalu, minggu lepas boleh berkejar-kejar lagi atas padang, konon-konon jadi referee netball, latihan dengan anak-anak dengan berbaju kurung dan hari ini sedar-sedar dah dua hari, temasya sukan SMAZ berakhir.  Rasa happy yang teramat sangat sebab segalanya berakhir dengan selamat dan smooth. Aku amat berharap, anak-anak puas hati dengan hadiah dan cikgu-cikgu pun puas hati dengan cenderamata yang aku dan tempah. Lepas ni maybe dah boleh focus balik untuk mengajar. Kesian dekat anak-anak form 2 and form 3, dah banyak hari dah terlepas kelas, asyik cuti la ada program la. Sampaikan nak start PBS pun tak sempat lagi untuk form 2, sedangkan anak-anak form 1 dan settle band 1.

Berbalik kepada hari sukan, sebab sekolah tak ada padang yang sesuai untuk bersukan, maka terpaksa menyewa tempat di Sekolah Tunku Anum. Nasib la dekat jugak kalau buat dekat stadium ke, macam mana la minah rempit macam aku ni nak sampai sana. Pagi-pagi aku bangun awal macam biasa, siap dan keluar rumah untuk cari nasi lemak. Nak bersukan mesti kena makan dulu.

Sampai kat sana, anak-anak semua dah sampai pun. Semangat aku tengok, dengan warna-warna yang menceriakan. Aku pun apa lagi mesti la cari anak-anak rumah kuning. Dengan kasut and long sleeve kuning lagi tu, melambai-lambai aku dekat anak-anak. Sampai je kat atas astaka aku tengok anak-anak dah pakai riben kuning atas tudung masing-masing, dengan hiasa untuk perarakan di padang. Macam best je riben kuning, apa lagi sekali dengan cikgu beriben kuning. That day aku tak kisah, menang atau kalah, aku Cuma nak anak-anak rasa happy and enjoy dengan sukan.

Gembira sangat tengok anak-anak bersorak untuk pasukan masing-masing. Dengan lagu rumah masing-masing, army yell, dan juga tepukan semangat membuatkan hari sukan Nampak meriah walaupun anak-anak tak ramai pun acara pun tak banyak. Rasa-rasa macam ada cameraman on that day. Maybe nanti boleh la cari gambar-gambar hari sukan buat kenangan. Walaupun rumah kuning, tak menang besar tapi cukup la dah puas hati dengan apa yang ada. Asalkan merasa juga anak-anak berhari sukan. Aku aku kenang hari sukan di SMAZ, Pusat Pendidikan Al-Azhar.

Sunday, January 27, 2013

YEAAAAA!!! musim sukan dah sampai....

Ok, tak payah nak suka sangat sebab musim sukan dah sampai sebabnya satu, sekolah kami hanya buat persediaan untuk sukan lebih kurang seminggu sahaja, dan setulusnya aku rasa sukan dekat sini sangat hambar. Aku, sebagai seorang yang masih muda remaja (muda ke aku?), terasa sangat la suka bila sebut bersukan kecuali satu saja, apabila aku di paksa lari seratus meter, acara yang tak masuk akal bagi aku. Aku  sebenarnya sangat gembira dapat berjalan dan menjayakan apa saja aktiviti luar kelas. 

Aku tak macam orang lain yang takut hitam dan tak suka panas, cuma ada batas kepada keadaan kudrat diri aku (biasa la mesti ada benda yang aku tak mampu nak buat, mungkin mampu buat tapi lambat sikit dari orang lain). Aku hairan kenapa orang tak suka dengan aktiviti luar kelas. Tolong senaraikan 10 sebab dekat aku. Tapi yang sedihnya kat sini, aku dah dapat rasa macam tak berapa nak meriah macam aku kat sekolah, dengan fakta, anak-anak kat sini ada sikit ja, dan juga sekolah yang tak punya padang. 

Waktu latihan yang sangat terhad, hanya seminggu untuk berlatih, pilih orang dan juga sedia segala macam benda untuk perbarisan. Sangat berbeza dengan sekolah dulu. Baru rasa nak bergembira sebab hari sukan, dan tadi aku dah mula rasa macam ada yang tak seronok. Apa perasaan anak-anak kat sini? Tak semua anak-anak mempunyai bakat dalam bidang akademik, mungkin ada anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan kalau dan macam ni, bila dapat di cungkil bakat anak-anak ini. 

Rindu waktu belajar dulu, walau dulu aku selalu mengelak untuk acara lari, tapi acara lain aku suka, tak kisah la perbarisan, lompat jauh, atau lompat tinggi, semua aku cuba, cumanya bila sampai waktu lompat tinggi aku lompat masuk bawah tiang, bukan lompat lepas tiang, tapi sekurang-kurangnya aku cubakan? Acara aku mesti la acara-acara padang, rejam lembing, lempar cakera dan lontar peluru. Nak kata aku olahragawati memang la aku bukan, tapi aku rasa seronok menjadi harapan rumah (hahaha... harapan ke?) Walau tak banyak pun pingat yang aku kutip tapi sekurang-kurangnya aku ada kenangan manis dengan hari sukan. 

Mungkin dekat sekolah ni, ada benda lain yang lagi seronok, aku tak bolah la nak merungut sangat. Mungkin anak-anak dekat sini pun tak kisah sangat dengan benda-benda ni, aku ja yang nak kisah lebih pun. Dengan semangat aku beli kasut sukan baru, tapi tiba-tiba cikgu-cikgu kat sini sikit pun tak semangat nak sambut hari sukan. Tapi tak kisah la macam mana pun, yang aku tau aku nak berseronok bila hari sukan nanti, mungkin kalau jumpa nak beli juga baju kuning. Walau pun aku dah ada pun baju kuning, tapi mungkin tak sesuai nak di pakai kat sana. Anak-anakku, ibumu ini akan sedaya upaya memberi sokongan kepada antum.