Maaf sahabat, bukan niat untuk aku menhilangkan semua memori yang pernah kita lalui bersama. Bukan niat untuk aku melupakan sebuah persahabatan agung yang pernah kita bina dahulu, namun apa yang ada di fikran dan di dalam hati ini hanyalah sebuah kenangan yang maha pedih. Aku tak ingin lagi melihatnya, tak ingin lagi mengingatinya malah tak ingin langsung terkenangkannya. Seringkali hati ini terluka dengan setiap kenangan yang pernah kita lalui dulu.
Maafkan aku sahabat, kerana yang tertinggal di hati ini hanyalah segala yang pahit tentang hidup kita dahulu lantas aku mengambil keputusan yang pahit itu biarlah terkubur. Pernah aku terfikir untuk memadamkan yang pahit itu dengan membina kembali kenangan yang manis, namun apa daya aku kini kita tak lagi memerlukan satu sama lain. Bukan kerana aku membenci tapi kerana tak ingin lagi merasa terluka dengan kehilangan sebuah ikatan persahatan.
Maafkan aku sahabat, kenangan itu tak mampu lagi untuk aku baja keran ia sebenarnya menghancurkan hati yang telah sekian lama berdarah. Kerana aku sendiri berdiri di titian kasih yang kita bina dulu maka aku tak mampu lagi untuk terus berdiri dan bertahan hanya kerana aku inginkannya, maka aku berhasrat berundur diri. Dan sebenarnya aku telah terlalu lelah mengharapkan persahabtan ini bercambah dengan bunga-bunga kasih.
Maafkan aku sahabat, kerana selama ini aku menyangkakan engkau juga sebenarnya mengharapkan persahabtan ini terus bersatu. Sangkaku engkau jga gigih mencari cara mempertahankan persahabtan ini. Dan aku sebenarnya salah. Aku seperti terlalu yakin bahawa kau juga mengharapkan agar hubungan ini terus erat, dan sungguh terluka hati ini tatkala kau menyatakan bahawa kau telah sedikit goyah dengan persahabatan ini. Lantas untuk apa lagi aku bertahan.
Maafkan aku sahabat, ingin aku melupakan segalanya kerana aku ingin warna hidup ini ceria bersama mereka. Aku tak ingin lagi mengingati warna kelam itu. Kerana ia menakutkan aku mengaharungi hidup ini. Kerana sesungguhnya aku bangun bersama mereka. Kerana aku cuba menjalur warna ceria bersama mereka. Kerana aku mula tersenyum walau dalam hati bersama mereka. Kerana mereka yang megubtai hati yang terluka ini. Kerana yang memberikan aku senyuman ini.
Dan maaf, kerana jauh di sudut hatiku tersimpan sedikit rasa lelah dan penat dengan apa yang pernah kita lalui dulu. Kerana jauh di sudut hati ini merana dengan segala tentang kita. Kerana jauh di sudut hati ini aku tak inin lagi mengenang apa yang pernah terjadi antara kita. Kerana aku tak ingin lagi derita.
No comments:
Post a Comment