Lekaku dalam naungan kasih,
Tanpa sedar pelangi kan hilang,
Kau hanya pinjaman,
Memberi seri dalam hidup,
Kerana terlalu asyik,
Kau kan pergi jua,
Yang tertinggal serpihan rindu,
Lautan kasihmu yang menyirami,
Di dalam kotak-kotak memori,
Ku simpan kemas,
Nun di sudut hati,
Ada doa yang bertali,
Buatmu nun jauh di sana,
Moga bahagia bersama denganNYA.
tribute: arwah tok tersayang. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment