I just had a trip to Perak last week; it was actually a school trip with school teachers of SK Tunku Laksamana. Jalan-jalan walau tak jauh mana pun, best juga sebenarnya. Maklum saja la cuti asyik dok kat rumah ja, except keluar pekan Jitra cari barang-barang dapur and tengok Chik dekat hostel sana. Well, what a bored life. Tapi compare with the study at the garden of knowledge and virtue, this is the best. Dekat sini, rasanya dalam berapa bulan dekat rumah ni tak pernah lagi kot makan fast food segala bagai. Kalau dekat sana, weeked ja, kalau outing dengan mereka-mereka mesti ada menu fast food kalau dengan G, kena ada KFC, kalau dengan silat gang, mesti ada Domino, kalau dengan educationist pula tak kisah apa pun, sebab masing-masing tak kisah nak keluar duit lebih asal makan best, Pizza Hut, Secret Recipe, Chicken Rice Shop etc. back to the story about the trip. This was actually a trip organize by badan kebajikan guru, so maknanya trip dengan orang yang agak berusia la, lebih kurang 30 and above ( I guess so???). Sebab mama kesian pada beta yang tengah bercuti tapi tak jalan mana-mana, so dapat la juga jalan-jalan ke Perak.
The first destination was Bukit Larut. Konon-konon nak enjoy, mandi-mandi kat situ. Well bertolak dari sekolah lebih kurang 8.30 in the morning. Biasa la nak tunggu semua kumpul mana la boleh nak bertolak 7.30 on the dot. Dan berhenti rata-rata, dekat balai bomba Tunjang, dekta masjid ‘Ala, dekat traffic light dekat Tanah Merah and then straight away to RNR Gurun, for breakfast. Turun la aku bersama-sama mak cik-mak cik yang lain untuk breakfast, ada jumpa juga sekolah-sekolah lain, ada student from Tanjung Pauh, and sport school (Tengku Anum rasanya) and then a primary school from Kuala Nerang. Suka tengok that kid yang sangat excited sebab boleh jalan-jalan. Lebih kurang pukul 12 baru sampai dekat Bukit Larut. Bas pula tak mau masuk sampai dekat dengan main entrance dekat situ, terpaksa la masing-masing berjalan kaki and cikgu-cikgu yang lelaki kena la mengangkat luch ke tempat perkelahan. Kalau bagi orang muda remaja, nak jalan setakat 500, 600 meter naik bukit sikit tak ada la masalah, tapi bagi yang agak berusia,that was a problem. Sampai kat tempat tu, I was a bit shocked, dok bayang Bukit Larut ni gah sangat, at least better than Titi Hayun dekat Yan tu, tapi indah khabar dari rupa. Tempat dah la kecil, tab best pun. Tempat nak salin baju sangat la kecik, tak dak shower pun. Kan kalau lepas waterfall mesti la nak basuh-basuh badan, well nothing as good as I imagine, and the prayer room only can afford four people at a time.
Selesai sudah kewajipan kepada Khalid we went to a place where we wish, we can see some tulip, kalau tak silap dekat dengan perhutanan Perak kot. But I was so frustrated because that place was under construction. Sangat-sangat la frust sebab dari malam lagi dah dok terbayang nak ambik gambar dekat tengah-tengah bunga-bunga tulip yang banyak (ala-ala romantic gitu), tak pun boleh gak petik sekuntum bawa balik rumah. From there bas pun jalan la lagi, berhenti sekejap dekta Masjid sebab still ada yang belum solat. So, dalam perjalanan lebih daru dua marhalah jangan lupa, buat la jamak and qasar. Islam tu dah memudahkan kita. The next destination, tak ingat la pula apa nama tempat tu, tapi yang confirm, tempat jual and buat labu sayong. Sekali kali, imaginasi adalah lebih indah dari reality. Mati-mati ingat tempat tu some kind of a small factory where people make the labu sayong, tapi rupa-rupanya masuk dalam kampong saja, and that was some kind la perusahan kampong la, no such thing like the small factory. Tapi boleh la juga beli pasu tanak liat, and some miniature of the labu sayong for souvenirs. Hasrat hati nak tengok orang buat labu sayong pun musnah sama sekali, tanah liat pun tak nampak ini kan pula orang dok bentuk labu sayong. Dah banyak memborong, amboi la shopping sungguh cikgu-cikgu ni, dengan pasu la, labu sayong la, dengan periuk la.
Next station was Sungai Perak. I had cross over the Perak Bridge. Cantik la jugakan. Sampai kat situ boleh lagi nak shopping, ada hand craft and parang, pedang, sabit and golok. Of course la ada yang dok borong semua benda-benda tu, sebab they said it was cheap. Tak tau la, sebab memangtak pernah dok beli pun benda-benda macam tue. Snap gambar sikit-sikit sementara tunggu sapa-sapa yang gila shopping. Dah petang pun, dah penat juga. Masing-masing dah tak sabar nak move on to the next destination, it was on the way back.
Masa tu, ada la terimbau sikit-sikit kenangan mama zaman muda-muda dulu. Kata mama, jalan yang kami lalu tu, jalan lama yang dulu-dulu bas ekspres lalu before highway wujud. It’s was a bit scary kot, dengan pokok-pokok sawit. Kalau malam silap-silap tengok tingkap ada yang tegur. SERAM. Kami berhenti makan Mee udang dekat Kuala Sepetang, kata ketua rombongan meek at situ superb, ada udang besar-besar. Dah sampai kat kedai tu, masing-maing pun turun la dengan excitednya. Sebenarnya kedai tu, just kedai-kedai tepi jalan, tak dak la special mana pun, tapi yang tu tak kisah la kan asalkan sedap. Kami makan dekat Kedai mee udang Mak The. Memang best la kot. Dengan mee yang berasap, ada udang lapan ekor, yang boleh kata besar la juga. Ada dua jenis udang tau, udang laut and udang bela. Selalu yang jual kat market tu, udang bela ye, so kalau nak mee dengan udang bela harga dia Rm 6, kalau udang laut pula RM 10. Bukan selalu nak makan udang laut kan, pilih la mee dengan udang laut. Memang berbaloi la kot makan kat situ kalau nak banding makan dekat hotel sekali serve 50 ringgit and above tapi tak sedap mana pun, kat sini memang best. Dan dengan berakhirnya aktiviti terakhir itu maka berakhir la trip ni.
On the way balik singgah dekat RNR untuk tunaikan kewajipan maklum la kalau dah sampai rumah mana boleh nak buat jamak dah kan. So, settle kan dulu apa yang patut and then boleh la bertolak balik rumah. Bila jalan dengan orang tua-tua ni kita kena faham, masing-masing dah tak berapa nak tahan sangat nak kencing terpaksa la berhenti lagi dekat Gurun. Mengantuk la sangat dok tunggu. Dah singgah toilet tu boleh pula nak minum-minum kopi, dah malam la pak cik-pakcik tak boleh tidur satgi. Dengan segala banyak perhentian akhirnya sampai juga la beta kat rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Dapat la beradu dengan enaknya, dah memang tak ingat nak mandi pun, mengantuk sangat-sangat.
Sehari suntuk berjalan kat Perak tu, tak ada la banyak tempat pun kami sempat visit. Thank to mama sebab dah bawa jalan-jalan. And I think this was the first time I had a trip only with mama. Next year dengar kata ada trip to Langkawi, harap sangat aku tengah cuti boleh ikut lagi.
No comments:
Post a Comment