Wednesday, November 23, 2011

Antara hariku yang mendung...

Hari yang mendung bersama hati yang gundah. Aku yang gelisah bersama segala kerja yang berserabut untuk di selesaikan. Kerja saat-saat akhir amat-amat memenatkan. Padahal, kerja ni dah siap berminggu yang lalu. Tak tahu di mana silapnya, hari baru boleh buat persediaan terakhir, dan pastinya benda pasti akan jadi kucar-kacir bila buat saat akhir. 

Seboleh-bolehnya bila kita buat sesuatu mesti nak buat dengan sempurna, tapi bila dah terlalu dekat sangat benda tu nak , tak boleh nak buat elok-elok, ada juga yang tak jadi macam yang di rancang, jadi terpaksa buat apa yang terdaya saja.

Hari ini mungkin hari yang agak tak bertuah untuk aku. Mula dengan hari yang agak mendung, walau aku suka hari yang mendung, tapi hari mendung membuatkan aku mengantuk dan membuatkan kerja aku sedikit terganggu, agak sedikit terlambat dari yang telah di rancang, bila dan mula kerja, kerja jadi kucar kacir. Rancangan mengajar yang di rancangan sebulan lepas, tiba-tiba pula, tak masuk dengan rancangan yang baru saja dirancang semalam, terpaksa pula nak fikirkan aktiviti lain, dan terpaksa fikir juga impak segala pertukaran aktiviti dan tugasan. 

Makan tengah hari, tertinggal pula biskut dekat cafĂ©, bila nak ambil balik memang dan tak nampak rupa, erm, walau dekat university ada juga yang sanggup ambil benda-benda macam ni. Buat kerja, dan rasa sangat serabut. Masing-masing masih lagi memerah otak dengan kerja-kerja yang macam sikit tapi sebenarnya ambil masa nak disiapkan. Sepatutnya ada kelas pukul 2, terpaksa ponteng kelas. Bersalah yang tersangat kepada pensyarah, tapi kalau hadir pun tak mungkin dapat focus kepada apa yang di ajar. Petang balik, rasa macam dah tak ada tenaga. 

Malam kena bersedia untuk satu lagi pengajaran mikro untuk sesi pagi. Sesi individu, kelas tatabahasa (sound weird, but it’s actually teaching grammar for secondary school class). Rasa sangat takut, rasa sangat gelabah, rasa sangat tidak bersedia. Tak tahu apa yang akan jadi esok, hanya bersedia termampu mungkin, hari ini mungkin bukan hari yang baik untuk aku, tapi esok mungkin matahari bisa membawa sedikit keceriaan di hidup ini.

No comments:

Post a Comment