Wednesday, November 30, 2011

Aku dan cinta!

Kenapa perlu merana apabila orang tolak cinta kita? Kenapa perlu rasa hidup kosong, kenapa perlu merasa hidup itu sunyi, kenapa perlu merasa hilang segalanya sedangkan yang hilang itu hanya seorang yang tidak menyayangi kita, padahal masih ada yang sudi menyayangi kita seadanya kita. Mengapa perlu menagih pada yang tak sudi sedangkan masih lagi ramai yang menanti untuk menyayangi kamu seadanya dirimu. 

Sebenarnya, aku tak faham dengan orang yang tak faham bahasa, bila orang cakap, “AKU TAK SUKA KAU”, tapi masih lagi terhegeh-hegeh nak menunggu, menjadi bodoh menyiksa diri sendiri, merindu pada yang tak sudi. Sudah-sudah  la menunggu, merintih, mengharap pada yang tak sudi. Cari seseorang yang nak menerima kita seadanya kita, buat apa nak sakitkan hati biar orang lukakan kita. Buka minda, buka hati, tak payah jadi buta, cinta bukan segalanya dalam hidup kita. Hilangnya cinta tak semestinya kita hilang hidup dan nyawa kita. 

Bercinta tak semestinya bersama, kita tak pernah tahu siapa jodoh kita, jadi bila cinta, tak usah terlalu cinta, dan bila sayang tak payah nak sayang mati. Kita tak boleh terlalu berharap dan kita tak boleh terlalu yakin dengan cinta kita. Andai kita bukan di takdirkan untuk dia yang kita sayang, macam mana sayang pun, macam mana setia kita pun, macam mana cinta mati pun kita pada dia, kita tak mungkin bersatu. Lepaskan dia pergi, biarkan dia pergi, bebaskan dia pergi. Biar dia cari kebahagiaanya, biar dia cari kegembiraannya, biar dia cari kebebasannya.

 Gembiralah untuknya, kerana dia temui jua cinta hatinya, bahagia hatinya. Dan kita, pergilah menjauh, pergilah mengubati hati yang terluka, pergilah mencantum hati yang retak, ubatilah hati yang sakit, buat apa memendm rasa luka, buat apa membiarkan diri tenggelam dalam rasa. Sesungguhnya banyak lagi yang menanti, banyak lagi hati yang terbuka untuk cinta kita, banyak lagi hati yang sudi mengasihi kita, tak guna mennagis lagi tak guna merintih lagi. 


*luahan hati, yang rimas dengan orang-orang yang tak boleh nak move on dengan hidup after cinta kena reject. Come on, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Aku tak faham sangat dengan orang yang konon cinta mati. Kalau kau mati kau rasa orang yang tinggal kau tu nak tolong ingatkan kau ke? Please la. Menyampah tiba-tiba, dengan orang yang tak faham bahasa walaupun dah guna bahasa melayu standard. Sesakit mana pun hati kau, hidup perlu di teruskan cari someone yang ikhlas untuk kau. Sesungguhnya hidup tak berakhir dengan berakhirnya sebuah cinta.

No comments:

Post a Comment