Sunday, November 13, 2011

Dengan keyakinan dan tawakal hanya padaMU...

Semalam tengah “face booking” tiba –tiba jumpa satu picture. Sangat-sangat membuatkan aku tersedar tentang hakikat sebenar, hidup yang aku lalui ini. Let me put it below. 




Kenapa catitan-catitan di picture tu menyentuh hati aku. Lately, bila orang tanya aku belajar lagi or dah kerja aku jawab still belajar. Dan bila ada yang tanya lagi, bila habis, aku dengan yakin jawab “next year dah grad”. Apa yang salahnya? Memang pun aku akan habis next year, will be graduating next year. Tapi aku lupa hakikatnya, kalau dia tak izinkan aku nak graduate next year aku tak mungkin akan graduate next year. Aku sedar tak sepatutnya aku terlalu yakin dengan apa yang aku katakan, aku terlalu yakin tanpa aku teringat tanpa keizinan DIA yang satu mana mungkin aku akan berjaya menamatkan perjuangan di taman budi dan ilmu ini. 

Aku terlupa, jika sesuatu bukan milik kita, walaupun mudah jalannya walau pun bersusah payah kita ingin mendapatkannya, tidak akan pernah jadi milik kita kerana ia memang bukan untuk kita. Ya Allah kerana aku terlalu yakin maka aku terus terlupa tanpa izinMU, aku tak mungkin mencapai apa yang aku ingini ini. Maka rasanya elok aku berdoa kembali mengingati DIA yang memberikan apa saja dalam hidup ini. Tidak perlu terlalu yakin, tapi bertawakal kepada DIA, setelah hampir enam tahun berhempas pulas untuk meraih satu kejayaan ini maka kini doa dan harapku, moga dengan izinnya dapat aku meraih kegembiraan itu. 

Sesunggunya aku berharap akan redhaNYA, moga perjuangan ini diberkati. Moga aku bertemu pengakhiran yang membahagiakan, yang menggembirakan buat perjuangan kali ini. Bersama dengan doa dan tawakal sesudah usahaku ini, aku akan yakin apa saja yang DIA berikan untukku pasti ada kebaikkannya.

No comments:

Post a Comment