Rasanya 2,3 hari lepas, dapat invitation
from one of the friend for her engagement day. Malam tu sembang-sembang dengan roommate
sambil makan-makan buah-buahan, yang macam-macam, dan mula la nak bergosip. Kalau
dah perempuan, mesti tajuk-tajuk biasa la, artis, examination, makanan, and
sampai la masuk satu tajuk, berkeluarga!
Tajuk yang agak sensitive bila masuk usia
sekarang, bukan la sebab dah jadi anak dara tua or something like that cumanya
sekarang ni dah masuk musim-musim kawan-kawan mula berdua, berkeluarga,
berkahwin, bertunang, menukar status masing-masing, dari single kepada engage,
dari Miss ke Mrs. Dari seorang kepada berdua, kesimpulannya berdua denganmu
pasti lebih baik bak kata Acha.
Dan terkeluar juga la dari mulut cik Wani,
jealous la pula tengok kawan-kawan yang dah bertukar status ni. One of my roommate
asked me back, “Wani jealous tu sebab memang Wani dah ada rancang ke nak kahwin
umur-umur macam ni?”. That question make me think back. Betul la juga, kenapa
mahu jealous, melainkan aku pun rancang nak kahwin umur sekarang. Sebenarnya,
tak terasa sangat pun, sebab dalam kepala dah set kalau boleh umur
berapa-berapa baru nak nikah. So, still ada beberapa tahun nak sampai usia tu.
Cumanya bila tengok orang yang berdua ni,
rasa sikit perasaan cemburu tu sebab macam best ada orang care, ada orang yang
kita nak share feeling and macam-macam la. Tapi kalau fikir-fikir balik sungguh
tak matang sebab fikir pasal tu saja. Kenapa tak fikir pasal tanggungjawab
sebagai isteri, sebagai anak bila dah ada satu lagi family, bila ada anak nanti
tanggungjawab sebagai ibu, tambah-tambah bila kita berkerjaya. Berat sangat
kalau kita betul-betul fikirkan dari segala segi. Kalau dulu tak kisah nak
makan apa, or nak makan pukul berapa, after nikah, kena fikir cik hubby nak
makan apa, tak boleh nak ikut suka hati saja. Terasa berat sangat
responsibility after akad nikah.
Kesimpulannya, tak payah nak jealous sangat
pun, sebab masing-masing ada pros and cons, especially aku yang masih lagi
memegang jawatan pelajar sepenuh masa ijazah pertama. Lebih baik fikir nak
study, macam mana nak dapat result yang gempak,
or maybe nak graduate dengan first class, lepas tu fikir macam mana nak
stabilkan kewangan, lepas tu boleh la nak berseronok sikit-sikit, lepas tu baru
la fikir pasal nak hidup berdua. Lagi pun tak nampak lagi bayang-bayang calon,
jadinya just stay focus on the study and kalau dah kerja stay focus to my
career. BE HAPPY!
No comments:
Post a Comment