12 tengah hari esok akan bermulalah sebuah
lagi perjalanan ke daerah sepi itu. Hati ini terasa hilang dalam khayal yang
panjang saat cuba mencari arah yang harus aku tuju bagi menghilangkan segala
rasa yang bersarang di hati. Hati ini pasti tertinggal di sini, namun
perjuangan harus di teruskan, walau sunyi walau terasa sepi segala perjalanan
harus di teruskan. Demi sebuah tanggunjawab dan harapan aku harus tabahkan diri
menempuhi apa yang bakal berlaku di hadapan.
Bermula lagi perjalanan penuh kesepian ini,
sendiri aku lalui tanpa peneman yang memahami. Walau ada mereka di sekeliling
tetap juga aku menanggap aku sendiri kerana makna sebuah sendiri itu aku yang
tafsirkan. Yang mereka tidak tahu apa itu sepi aku dan apa itu sendiri aku. Kerana
sendiri dan sepi aku itu mungkin tidak sama dengan mereka, maka hanya berdiam
dalam kesunyian itu. Terpaksa lagi aku berjalanan tanpa penggantungan kerana
segalanya ternyata hanya aku sendiri.
No comments:
Post a Comment