Saturday, January 7, 2012

P.A.N.A.S

tengok je gambar ni, terasa bahangnya
Tengok tajuk pun dah tau, memang sejak kebelakangan ni terasa sangat la panas. Terik panas, membakar, berkuap. Hari ini mengikut jabatan kaji cuaca, suhu dekat kawasan Gombak ni, mencecah 34 darjah Celsius. Tak pandai la nak cerita, tapi kalau boleh memang nak elakkan keluar waktu siang, walaupun dah petang tapi panas tu terasa sangat. Kalau malam, memang dah tak ada matahari tapi panas ni tetap juga terasa. Nak ulangkaji pun tak boleh nak fokus, kadang sampai sakit kepala sebab terlalu panas. 

Waktu siang, nak ulangkaji tak boleh nak fokus, nak tidur pun tak boleh, akhirnya duduk depan laptop buang masa, baca buku sikit, bermuka buku yang banyak, walau pun tak suka pun nak komen-komen status orang, atau mengemas kini status tapi suka mengintai mereka-mereka yang istimewa.

Jom kita kongsi sikit, apa yang kita boleh buat kalau cuaca terlalu panas sangat:

  1.  Kita boleh mandi. Alhamdulillah, dekat Gombak ni, walaupun cuaca panas macam mana pun, air tetap juga sejuk. Dapat melegakan kepanasan yang di rasakan. Jadi kalau sesiapa yang rasa panas boleh banyakkan mandi, tapi kena ingat juga jangan membazir.  
  2. Bila cuaca panas, kita akan cepat rasa letih, sebab kita kekurangan air. Jadi mari kita ramai-ramai banyakkan minum air kosong. Nak minum air lain pun boleh, tapi kalau minum air kosong baik untuk kesihatan, baik untuk buah pinggang dan juga awet muda. Jangan biar kita rasa kekeringan sebab cuaca panas, nanti kita juga cepat di serang penyakit, demam, batuk dan selsema. 
  3. Kurangkan aktiviti di luar rumah. Maksudnya bukan jangan keluar rumah langsung tapi kurangkan, kalau boleh tengah hari waktu matahari tengah mengambang tak payah la keluar, ni kena tujukan dekat budak-budak, kita kalau dah besar memang tak ingin la nak berpanas kecuali ada sebab tertentu. 
  4. Dan bila panas ada sesetengah orang sensitif dengan panas, boleh bawa payung, lindungi kulit supaya tak terbakar. Kalau yang rajin sikit pakai “sun block” banyak jual kat farmasi atau pasaraya. Kena jaga kesihatan, sebab panas yang terlampau boleh mengakibatkan kulit kita kena selaran matahari. Kan dah tak cantik. 
  5. Air barli, cincau dan kembang semangkuk boleh menyejukkan badan. Boleh minum kalau terasa panas badan tak hilang. Tak maklum apa sebenarnya yang terkandung dalam bahan-bahan ni, cuma dapat tahu dari petua mak-mak. Selalu kalau demam atau batuk-batuk yang orang cakap panas dalam, minum air ni, untuk sejukkan badan. Ada orang suka minum air cap badak. Mungkin juga boleh membantu.
Rasanya ni adalah cara-cara yang memang kita selalu buat bila panas. Akhir kata jaga kesihatan, sekarang ni masih lagi musim periksa buat mereka-mereka dekat universiti sana, jadi kena la jaga diri elok-elok. Kalau demamkan nanti menganggu persediaan kita. Elakkan berada dalam panas, minum banyak air kosong dan jaga kesihatan.

No comments:

Post a Comment