Keluar dari kelas, memang rasa tengah panas. Panas sangat usaha aku yang bersungguh rasa tersia-sia oleh perangai budak-budak kelas. Aku dah banyak bersabar, aku sayang mereka, tapi apa yang aku dapat. Nak dengar cakap pun tak nak. Apa nak jadi dengan mereka- mereka ni. Sangat berterima kasih kepada mama yang sentiasa ada bila aku dalam situasi macam ni. Puas menangis, puas juga aku luahkan perasaan, rasa lega sikit. Baru rasa termotivasi baru untuk aku terus jadi guru yang baik. Aku nak jadi guru yang baik, tak nak jadi garang-garang, tapi ada pula yang tak pandai beza antara guru dan juga kawan. Memang aku sangat baik tapi jangan nak pijak kepala aku. Kenapa jadi macam ni, kata Nur aku terlalu berlembut. Aku dah tekad walau apa pun jadi, dan kalau jalan ini yang aku pilih, lepas ni, aku dah tak nak jadi cikgu yang baik. Biar aku jadi garang, biar bila budak-budak nampak aku semua lari sebab aku guru yang garang. Biarlah asal aku tak penat melayan kerenah budak-budak yang tak faham bahasa dan batas antara guru dan pelajar. Biarlah aku nak jadi singa pula. Dah tak nak senyum, dah tak nak bergelak ketawa dengan budak-budak sekolah. Aku ingat kalau cuba jadi kawan, aku boleh dapat pelajar-pelajar yang hormat dan hargai aku, tapi yang aku dapat adalah sebaliknya. Aku sangat sedih, dan aku sangat terkilan. Aku sabarkan diri aku sebab tinggal lebih kurang 4 minggu lagi untuk aku berada di sekolah ni. Berharap agar budak-budak ni berubah, lebih hormat kepada guru, lebih baik, dan lebih mendengar kata. Ya Allah berikan aku kesabaran, menempuh waktu yang bersisa ini.
Let me walk along this unknown path, let me see the pictures of this unknown world. One day I'll know what's life is all about!
Wednesday, May 2, 2012
Saturday, April 21, 2012
The fruitcake special was awesome!
Last night I had a great time with them
watching the awesome play, I can say. I really
enjoyed the moment, being with my friend and enjoying the show. Congratulation
for those Teaslians who were involved with the program, you guys had done a very
good job. I never thought that literature component is so pleasant but last
night gave me new view. I now realize that everything can be fun as long as we
want it to be fun. While watching them on the stage, I felt so jealous of them,
because I really want to join them doing the play. It was worth it for me to
spend my precious time watching the play. I think all of the students were
satisfied too, it might help them in their examination and at the same time
they can enjoy themselves with the play. The so call ‘actors and actresses’ were
all great. So, this is a memory during my final year semester and hoping that I
can spend more time with them and create a lot more new memories.
Thursday, April 19, 2012
Tangisan anak-anakku…
Hari ni ada program dekat sekolah, lepas
solat zuhur semua anak-anak tingkatan 1 dan 2 semua ke dewan. Aku memang tak
maklum langsung apa aktiviti hari ini. Lewat sikit masuk ke dewan sebab ada hal
pulak, dengan hari ni tak berapa sihat, sepatutnya dapat cuti tapi sebab
teringat banyak lagi silibus nak kejar,
abaikan je cuti tu. Rupanya hari ni ada adegan-adegan sedih. Program kembalilah
anak soleh, lebih kurang la tajuknya. Cikgu pun apa lagi teruja juga, boleh ke
program ni sedarkan anak-anak aku. Selalu program macam ni ada adegan
nangis-nangis, memang la nangis sungguh-sungguh. Bukan anak-anak saja, cikgunya
pun. Bila cakap soal emak, memang air mata tak boleh nak tahan. Dah la hati
memag rindu sangat dekat mama, air mata macam tak nak berhenti. Tisu lencun kat
tangan.
Dewan bergema dengan suara tangisan, sebab
duduk dekat dengan anak-anak puteri maka memang sangat jelas esak anak-anak ni.
Yang lelaki tak tahu la. Boleh pula ada sesi minta maaf dengan cikgu. Rasa
macam tak layak pula duduk dekat situ, maklum la baru lebih kurang 3 bulan
mengajar, lagi pun bukannya cikgu betul-betul hanya memegang jawatan cikgu
pelatih. Datang anak dari satu kelas, nangis teresak-esak, janji akan buat
kerja, dah tak nak lawan cakap cikgu, terharu rasa hati, cikgu yang baru nak
berhenti nak nangis, sekali lagi menghamburkan air mata. Jatuh air muka nangis
depan anak-anak. Sungguh kuat macam mana pun tahan hati tak nangis, tapi bila sebut ja pasal mama, hati ni memang akan
terus sayu. Aku sangat rindu dekat rumah
sampaikan tak boleh langsung sebut pasal keluarga.
Harap-harap anak-anak berubah lepas ni, dah
tak nak keluar kelas dengan rasa sangat penat dan terfikir pasal anak-anak yang
tak nak belajar. Harap sangat anak-anak akan lembut hatinya, lepas ni semoga
lebih dengar kata. Dah tak lama pun masa yang tinggal untuk di habiskan dengan
mereka, semoga sepanjang kat sekolah ni ada benda yang mereka perolehi dari
cikgu yang baru belajar menjadi cikgu.
Wednesday, April 18, 2012
Maaf, aku akan pergi jua...
Mungkin kau sudah bosan,
Mungkin kau sudah jemu,
Namun aku,
Akan pergi jua nanti,
Akan hilang jua nanti,
Maka aku,
Mohon kau bersabar
Mohon kau bertahan,
Kerana nanti,
Suatu masa,
Suatu ketika,
Sampai nanti,
Masanya,
Detiknya,
AKU AKAN PERGI JUA
Saturday, April 14, 2012
Jangan cepat menghakimi mereka…
Kepantangan dalam diri aku, tak suka orang
menghakimi orang lain tanpa kenal orang tu. Aku sangat tak suka. Walau pun aku
tahu sebagai manusia memang kita akan selalu dan senang berprasangka,
terutamanya bila kita kita tengok yang buruk dan yang menjengkelkan. Tapi jangan
cepat menjatuhkan hukuman atau juga meghakimi seseorang sebabnya kita tak tahu
mengapa dan kenapa seseorang jadi macam tu. Contohnya dalam dunia aku, bila
tengok pelajar macam sangat suka tarik perhatian orang lain, mungkin golongan
ni ada cerita mereka sendiri. Jadi kita yang perlu dekati mereka dan ambil tahu
bukan menghukum anak-anak yang kadang-kadang hanya menjadi diri mereka kerana
ada sesuatu yang membelenggu mereka. Aku tak suka bila ada yang
sewenang-wenangnya menuduh dan mengatakan sesuatu yang buruk tentang anak-anak
ni semua bila mereka tak ingin pun nak ambil tahu pasal anak-anak ni. Seorang
kakak kat sekolah cakap kat aku, setiap tingkah laku dan kelakuan anak-anak ni,
mesti bersebab jadi kita tak boleh nak salahkan mereka. Fahami dan cuba atasi
masalah tu, bukan hanya menuduh dan mengata yang buruk-buruk. Sesungguhnya setiap
yang di cipta itu bersebab, maka sebagai insan yang di kurniakan akal fikiran
perlulah kita berfikir sebelum melakukan atau mengeluarkan sesuatu kenyataan.
Sunday, April 8, 2012
2 hari di rumah nan damai...
Walaupun balik hanya seketka, namun hati tetap terubat. Jauh sungguh aku bawa hati. Tapi apa pun tetap berbaloi. Walau esok bakal penat, tapi tak kisah, sebab dah rasa lebih baik dari minggu lepas. Tapi balik rumah ingat nak lupakan sekejap masalah anak-anak tapi akhirnya, tetap juga terfikir. Buku pun dah beli baru nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak tak tahu juga ibu mereka-mereka sangat penat dan tertekan hingga kena balik cari ubat dekat rumah. Damai hati ini dapat tengok muka mama dan papa, dapat jumpa abang dapat jumpa adik manja yang sangat dirindui. Walau sempat jumpa adik manja sekejap, tapi dah rasa terubat segala rindu. Menghitung hari nak balik rumah terus, lagi 47 hari dan semuanya bakal berakhir. Harap semuanya berakhir dengan baik. Amat berharap pengakhiran itu akan memberi kegembiraan buat diri ini. Apa pun sekarang kumpul segala kekuatan sebelum bertolak balik dengan bas pukul 11. Semoga perjalanan balik berjalan dengan lancar.
Sunday, April 1, 2012
Happy Birthday, MAMA!
![]() | ||||
| I'm baking cake for you! |
![]() |
| flowers for mama! |
dearest mother.
![]() | |
| hug and kisses for mama |
Subscribe to:
Posts (Atom)


