Tepat pukul 6 Aulia melangkah keluar sambil memimpin tangan Amir manakala Amar kelam kabut mengambil baju yang entah di mana letaknya setelah dia mandi tadi. “Cepat nanti along tinggal” Aulia mengertak Amar yang sedang berlari-lari anak ingin mencapai tanganya. Dia hanya tersenyum sendiri. Melihat gelagat si kembar ini dia memang tak kering gusi, malah si kembar ini banyak menceriakan harinya yang makin malap. Tanpa mereka Aulia pasti kesepian dan kesunyian. Tangan kirinya memegang beg kertas yang ingin di serahkan kepada Aiman. Dia ada menyiapkan beberapa tanda mata kepada sahabat-sahabatnya andai kata dia pergi dalam masa yang terdekat.
“Man, tolong tengok-tengokkan Fira ek. Dia tu cepat sangat give up. Selalu cepat nak give up bila tak dapat buat something. Sekarang ni tak pe la aku ada, boleh tolong dia, kalau aku dah tak de nanti kau kena tolong dia. Kau mesti tau dia macam mana, dah dua tahun kau dengan dia. Ilham pun sama juga. Aku tau dia kuat tapi kadang-kadang kesedihan tu dia kena kongsi juga dengan someone ok. He ‘s very strong and he is the first person will be by my side where ever or whenever I need him but sometime he can be very fragile. I love him so much and hope for a better life for him.” Aulia berjeda sementara menarik nafas perlahan menghembuskannya. Aiman hanya memangdang wajah Aulia yang tunduk menguis sesuatu di kakinya. Faham dengan setiap kata-kata Aulia yang disampaikan padanya. Seolah-olah satu wasiat buatnya. Sebolehnya dia tak ingin bercakap tentang itu namun itu kehendak Aulia dan dia punya hak. Hamper saja ada air mata yang menyapa tubir matanya. Aulia mengangkat wajah memandang wajah Aiman yang hanya diam sedari tadi.
“Aiman Ihsan kau dengar tak apa yang aku cakap tadi. Ke aku kena ulang semula” cuba menyelami sekeping hati itu. Masih juga kebisuan yang berteman di bibir sahabatnya yag berwajah keruh itu. Aiman Ihsan mengangguk perlahan mengukir senyuman pahit. Aulia turut diam, duduk di bangku berteman angin petang yang kadang kala ganas bertiup namun suasana tetap juga teduh dan mendung.
Kedengaran esak kecil yang pecah dari sebelahnya. Aiman yang sedang melayan perasaan sedikit tersentak. Dia beralih duduk bersila mengadap Aulia yang sedang tunduk menutup wajahnya.
“Aulia!” di sentuh bahu Aulia perlahan.
“Aulia, jangan nangis, please. Kau kan kuat. Tabah.” Dia mengangkat wajah Aulia. Basah. Air mata itu melemahkan jiwanya. Dia tak kuat melihat air mata seorang wanita tumpah di hadapannya.
“Man, aku tak boleh nangis depan mama, dekat rumah, depan Ilham. Aku dah janji sekarang aku dah tak boleh nak tahan lagi. Man, aku cuba untuk sabar, tabah. Depan semua orang aku berusaha untuk terus senyum tak mahu orang lihat aku lemah sebab aku Aulia yang kuat boleh buat apa saja. Tapi sekarang aku lemah, Man. Banyak benda yang aku tak boleh buat. Aku bukan Aulia yang dulu lagi. Aku bukan Aulia yang serba boleh lagi. Aku Aulia yang lemah.” Ada sendu di hujung kata. Esaknya makin kuat. Aiman hanya terpana. Ini kali pertama Aulia menangis di hadapannya. Dia selalu mendengar cerita Ilham yang Aulia selalu menangis namun belum pernah dia melihat Aulia menangis begini. Dia hilang punca tak tahu apa yang harus dilakukan.
“Nangis la Aulia, kalau itu yang boleh membuatkan kau tenang. Bukan aku suruh kau terus menyerah dan tenggelam dalam perasaan macam ni tapi hanya itu memberi sedikit ketenangan dan kelegaan. Aku ada, Ilham and Zafira tetap akan bagi sokongan Lia.” Di kesat perlahan air mata yang masih lagi bertamu di wajah sendu itu.
“Thanks” bahu Aulia ditepuk-tepuk perlahan, menenangkan perasaan yang gundah. Kini yang tinggal hanya esak kecil, Aulia beg kertas yang di bawa olehnya. Di serahkan kepada Aiman.
“Dalam ni ada something yang aku buat. Dah ada nama. Untuk kau, Fira and Ilham. Kalau aku dah tak de nanti, baru kau agihkan. Tanda kita pernah bersahabat.” Aiman menyambut huluran Aulia, di kerling isi beg kertas itu.
“Dah la jangan nangis lagi dah. Kejap lagi kau balik rumah, mak engkau marah aku pula.” Aulia hanya ketawa kecil. Aiman sedikit lega dapat membuat Aulia ketawa. Moga senyum dan ketawa itu akan menemani Aulia hingga akhir hayatnya.
“Balik jom. Dah enam setengan dah ni. Magrib sekarang ni awal la” Aiman bersuara. Dia melambai ke arah Najla, Amir dan Amar. Mereka berlari-lari anak menuju ke arah bangku yang di duduki Aiman dan Aulia. Tersenyum bahagia tanpa mengetahui keluh kesah di hati dua sahabat baik itu.
9
Lama Aulia di sejadah. Memohon keampunan dari yang Esa. Dengan kesempatan yang makin sempit ini kadang dia merasa gerun. Hatinya kadang-kadang mengira detik jantungnya berhenti berdetak. dia bangun setelah agak lama bersujud. Terasa kepalanya sakit seperti dihempas ke batu. Dia gagahi juga dirinya untuk bangun, terasa dadanya mula sebu, peluh dingin membasahi wajahnya. Kesakitan itu luar biasa sekali. Belum pernah dia merasakannya. Telekung dilipat dan disangkut di ampaian berdekatan tempat dia berdiri. Dalam samar-samar itu dia melangkah perlahan ke katil cuba mencari ubatnya. Sakit itu datang lagi tanpa dijemput dan tanpa tandanya. Dengan kudrat yang masih bersisa dia melangkah perlahan cuba berpaut pada birai katil, dan apabila dia berdiri segalanya kelikatan gelap dia terjelepok di tepi katil.
Puan Salsabila berasa hairan, sudah hamper pukul 10 malam, Aulia masih lagi belum turun. Selalunya pukul 9.30 dia akan turun minum susu sambil berbual-bual seketika sebelum masuk ke bilik untuk mengulangkaji.
“Amar pergi panggil along, suruh minum susu. Dari tadi belum turun-turun pun.” Puan Salsabila mengarahkan Amar yang sedang mengemas buku sekolah. Tanpa berkata apa-apa Amar berlari naik ke tangga menghala ke arah bilik Aulia.
“Ibu, along tidur dah, tapi dia tidur kat bawah” Amar bersuara dari atas. Puan Salsabila terus naik ke atas menyangkakan ada benda buruk yang mungkin berlaku kepada Aulia.
Melihat keadaan Aulia yang terbaring di sebelah katil dengan muka yang pucat dia cepat saja memangku kepala Aulia cuba memanggil nama dan menggoncangkan bahunya. Namun Aulia tidak juga memberi gerak balas.
“Amar panggil papa, sayang. Cepat sikit ok.” Melihat ibunya yang berwajah keruh Amar sedikit berlari mendapatkan papanya yang sedang menonton tv di tingkat bawah.
“Abang, Aulia!” Encik Suhail pula cemas melihat Aulia yang layu dipangkuan Puan Salsabila. Cepat dia mendukung tubuh anaknya meluru ke bawah.
“Awak siap la, ambil kunci kereta kita bawa dia ke hospital. Telefon Sufi kat sebelah tolong tengokkan budak berdua ni.” Encik Suhail cepat memberi arahan sambil terus melangkah ke kereta.
“Sufi, tolong tengokkan diorang berdua boleh, akak nak pergi sekali nie. Kalau nak bawa diorang pun susah pula. Akak minta tolng Sufi boleh?” Puan Salsabila berpesan kepada ibu Aiman. Aiman juga datang dengan tergesa-gesa apabila mendapat panggilan telefon dari ibu Aulia. “Jangan la akak risau, saya bawa diorang tidur di rumah saya ye. Akakk urus la apa yang patut, saya akan tengokkan diorang.” Puan Sufiah cepat saja menenangkan perasaaan jiranya yang telah di anggap seperti kakaknya itu. “Mak cik jangan risau. Saya pun akan tolong tengokkan doirang” Aiman pula mencelah. Dalam hatinya hanya debar yang menggila ingin tahu apa yang terjadi kepad Aulia. Sempat Puan Salsabila memberi pesan dan memeluk Amar dan Amir. Mereka hanya melihat pemergian ibu bapa seolah faham dengan keadaan yang sedang berlaku.
Telefon bimbit di poket Aiman bergegar. Dia yang sedang menenangkan Zafira segera mengeluarkan telefon, nama Ilham terpamer di situ. Dia mula merasa tidak sedap hati. Segera dia menjawab panggilan Ilham. Zafira hanya mendengar saja, dan kelihatan muka Aiman Ihsan berubah pucat dia makin hilang punca saat itu. Yang terdetik di hatinya saat itu pasti ada sesuatu yang berlaku pada Aulia. “Jom, Aulia nak jumpa kita dia dah makin tenat. Cepat sayang”.
Zafira laju saja melangkah, di kesat air mata yang basah di pipi ditarik tangan Aiman meminjam sedikit kekuatan. Dia cuba untuk kelihatan kuat di hadapan Aulia memberi sedikit harapan buat satu-satunya sahabat karibnya buat mengharungi sisa-sisa hidup.

No comments:
Post a Comment