“Aulia” Zafira yang baru sampai menyeru nama sahabatnya yang sedang terbaring di katil itu. “Aulia sedikit berpaling mendengar suara Zafira di situ. Dengan susah payah dia cuba mencapai tangan Zafira. Zafira mampir ke depan mencapai tangan yang pucat dan sejuk itu. “Aku minta maaf atas semua kesalahan sepanjang kita bersama. Halalkan segala makan minum aku sepanjang kita bersahabat.” Zafira hanya tersenyum dan mengangguk. Dia meramas-ramas tangan Aulia. Aulia turut mengangguk dan tersenyum payah benar kelihatannya. ‘Aku pun sama. Sabar Aulia. Aku doakan kau cepat sembuh.” “Aiman, jaga Fira tau. Aku pun minta maaf juga dekat engkau. Atas semua kesalahan atau perbuatan yang pernah aku buat selama ini.” Kepada Aiman Ihsan pula dia memandang. Aiman juga mengangguk perlahan hanya pandangan sayu di lemparkan buat Aulia Haziqah yang sedang terbaring lemah. “Abang, Ika minta maaf. Sorry for everything. Terima kasih sebab sudi layan kerenah Ika. Sentiasa ada di samping Ika mengharungi semua ni. Ika sayang abang. Terima kasih sebab sabar dengan Ika selama ini. Thank you very much.” Ilham yang duduk di sebelah Aulia tersenyum dan mengusap kepala Aulia. Ibu Aulia hanya mengesat air mata. Ayahnya pula mula menanaman kesabaran mengerti masanya untuk Aulia pergi makin hampir.
“ibu, halalkan makan minum Aulia. Susu ibu yang Aulia pernah minnum. Ibu, Aulia harap ibu redha dengan Aulia. Maafkan semua kesalahan Aulia. Maafkan Aulia sebab banyak menyakiti ibu. Aulia sayang ibu sangat-sangat.” Aulia terbatuk seketika. Semua muka kelihatan cemas. Aulia makin sukar bernafas. Digamit tanganya kepada adik-adiknya yang berdiri berhampiran ibu. Ilham yang tadi duduk menghadap Aulia sudah bangun memberi peluang kepada keluarga Aulia untuk bersamanya buat saat-saat terakhir. Kedua-duanya mendekat. Ditarik tangan amar, cuba untuk mengucup pipi mulus itu, Amar yang faham terus mendekat membiarkan pipinya di cium satu-satunya kakak yang amat disayangi. Giliran Amir pula mendekat di pegang tangan Aulia dan di ciumnya, dia juga mendekat membiarkan dirinya di kucup Aulia. Ada air mata yang mengalir, walaupun dia tak berapa memahami situasi itu namun dia sedih melihat Aulia yang sedang terbaring sakit. “Ayah. Aulia minta maaf. Aulia dah banyak menyusahkan ayah. Terima kasih sebab membesarkan Aulia. Terima kasih untuk segala-galanya yang ayah dah lakukan untuk aulia. Bahagia terasa oleh Aulia. Keluarganya kini mengelilinginya saat itu. Ayah di kiri, ibu di kanan dan adik-adiknya di situ. Zafira, Aiman dan Ilham mula beransur keluar apabila melihat Aulia yang memejamkan mata, mungkin cuba untuk berehat. “Ika, abang keluar sekejap. Nanti abang datang lagi. Ika rehat la” sebelum keluar sempat dia berbisik. Puan Salsabila yang mendengar mengangguk dan turut tersenyum buat Ilham. Faham bahawa pemuda itu juga amat memahami Aulia dia juga sumber semangat buat Aulia. “Ada apa-apa makcik panggil saya ye” turut berpesan kepada Puan Salsabila.
11
Guruh yang tiba-tiba berdentum mengejutkan lamunan Ilham. Dia yang sedang termenung di meja biliknya mengingati saat terakhir bersama insan yang di amat sayangi. Aulia pergi saat dia dan sahabat dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing. Hasratnya untuk bersama Aulia di saat pemergiannya tidah tercapai. Namun dia tak pernah menyesal. Tahu benar waktu dan ketika setiap kehilangan itu telah tertulis. Dia Cuma mendoakan kesejahteraan Aulia. Sudah 6 tahun peristiwa berlalu. Masih juga dia tidak dapat melupakan kenangan bersama Aulia. Cita-citanya yang pernah di kongsi bersama Aulia telah tercapai. Dia kini seorang doktor. Memberi khidmat dan tenaga kepada yang memerlukan. Esok hari konvokesyen itulah yang membuatkan dia makin teringatkan arwah Aulia Haziqah. Kerana janji yang pernah di buat kepada Aulia Haziqah. Janjinya dia ingin melamar Aulia Haziqah di hari konvokesyenya. Air mata yang basah di pipi diseka. Dia bakal mengharungi hidup bersama Ainul Mardiah. Bidadari yang telah bisa mengubat luka di hatinya, gadis yang sama-sama belajarnya denganya. Namun kenangan bersama Aulia Haziqah tetap kemas tersimpan kerana Aulia Haziqah pembakar semangat saat dia jatuh dulu dan kerana semangat Aulia Haziqah dia terus berdiri sebagai seorang lelaki yang tabah dan Berjaya. Setiap memori yang pernah terlorek terus di simpan kemas. Pedoman mengharungi sebuah perjalanan kehidupan.

No comments:
Post a Comment