Tak tau nak kata happy atau tak bila Family Day dah habis sebab??? Ada banyak la sebab dia. Pertama sebagai setiausaha cik Syazwani kena buat report untuk program tu, yang second sebab banyak lagi benda lain yang Cik Syazwani kena fikirkan contoh moto yang belum lagi di baiki oleh cik abang mekanik, kuiz minggu ni, tiket bas nak rumah yang belum di beli, maybe banyak lagi kerja yang menanti untuk program iftar di rumah anak yatim untuk projek social work dan juga assignment literature yang perlu di submit minggu hadapan. Banyak benda yang perlu di fikirkan. Selain itu cik Syazwani juga masih belum pulih sepenuhnya kesan kemalagan seminggu lalu. Tangan masih lagi sakit sebab luka-luka belum betul-betul baik, lutut pun masih terasa sakit dan bengkak. Kesan dari itu tak dapat nak turun kelas silat malam isnin dan selasa ini. Walau pun hatinya meronta-ronta nak turun sebab nak dapat buah serang cepat-cepat. Berangan cik Syazwani ni, dia juga kalau boleh nak cepat practice untuk ambil sijil bukti penat lelah dia belajar silat selama berapa tahun ini. Sebelum grad pegang ijazah bachelor of education majoring in TESL, dia nak juga pegang sijil dan ambil ijazah silat, convo silat. Bila dah grad baru la macam perfect, ada dua sijil, untuk curriculum dan co-curriculum. Seimbang sikit akademik Cik Syazwani. Harap-harap dari apa yang Cik Syazwani dah buat dalam persatuan seni silat cekak ni, ada yang dapat membantu bila dah kerja jadi teacher nanti. Banyak yang Cik Syazwani fikirkan sebenarnya, tapi dia sebenarnya nak sangat rasa happy tanpa ada perasaan tertekan. Maybe ni juga last Family Day yang dia akan conduct mayb juga ni adalah program last yang ada untuk dia conduct. So, rasa happy sebab this Family Day bagi impak yang best untuk memori yang bakal di simpan kemas jauh dalam hati selama terlibat dalam persatuan kat university.
No comments:
Post a Comment