Thursday, August 5, 2010

biarkan dia pergi- 5

“Abang, Ika tak tahan macam ni. Ika bosan abang. Ika tersiksa.” Cuba dibendung air mata yang mahu mengalir laju. Namun kerana janji kepada mama yang tidak mahu dia menangis lagi dia bertahan. Ilham yang sedang menyambung kerja biologi yang diberikan guru memandang raut wajah bujur sirih milik Aulia.
“Kenapa sayang?” pendek pertanyaan Ilham.
“She asks me a lot of questions. And sometimes I feel like I can’t stand with her. She never satisfied with my answers.” Aulia berjeda sementara menanti reaksi Ilham.
“Abang dah cakap dekat Ika, just tell her about that thing, at least she’ll be more understanding and will not ask many questions anymore.” Ditatap lagi wajah Aulia yang murung penuh duka.
“Abang rasa kalau Ika cakap dengan dia pasal ni dia akan terima je. Abang pun tahu sendiri perangai dia. Nanti dia yang lebih emotional. Abang dia tak sekuat orang lain. Walau pun bukan dia yang kena hadapi semua ni, tapi dia yang akan teruk merana, tambah-tambah dia tahu dia tak boleh nak tolong Ika. Abang tengok tak macam mana dia waktu Aulia masuk wad hujung tahun lepas, dia yang teruk menangis dia yang tak lalu makan. Ika sanggup tak cakap dengan dia pasal ni asalkan dia terus bahagia.” Jauh renungan Aulia membuang pandang ke luar perpustakaan yang sepi itu.
“Abang tahu. Tapi Ika rela tanggung benda ni sorang diri. Ika sanggup biar derita Ika bertambah dengan keadaan ni. Ika sanggup ke? Abang dah cakap dekat Ika, jangan tanggung semua ni sorang-sorang. Abang ada, dia ada, Aiman pun ada. Kita sepatutnya berkongsi segala apa yang Ika rasa. You need to share all the feeling with us, honey.” Ilham meraup wajahnya. Geram dengan sikap Aulia yang sering kali ingin berahsia dengan Zafira dengan alasan Zafira akan merana, namun dia tak pernah terfikirkan tentang dirinya, tentang beban rasa yang dia sedang tanggung dan lalui sendiri. Berkenang semula air mata yang tadi mula menghilang. Benar! Dia amat tertekan seharusnya dia berkongsi segalanya dengan sahabat baiknya. Bukankah kesedihan akan berkurang andai kita berkongsi dengan sahabat. Namun dia tak kuat untuk berkongsi dengan Zafira tentang hal itu.
“Dah, dah. Jangan fikir sangat ok. Kalau Ika rasa nak cakap dengan dia nanti, Ika cakap kalau tak nak jangan fikir-fikir and the, most important thing you need to be really patient with her. Ika dah nak balik ke ni? Abang ada sikit lagi kerja nak siapkan.” Ilham menenangkan permata hatinya. Jauh di sudut hatinya dia merintih takut akan kehilangan insan yang disayangi olehnya, insan tempat dia berkongsi rasa tempat dia selalu melepaskan luahan hatinya. Aulia yang penyayang, Aulia yang penyabar dan Aulia yang pengasih penuh sikap keibuan kerana itu dia amat mencintai Aulia. Kelihatan Aulia hanya menggeleng kepala.
“Ika tunggu abang siapkan kerja. Kerja Ika semua dah siap. Bukan macam abang, malas.” Mood Aulia berubah tiba-tiba. Aulia pandai benar bermain dengan perasaan.
“Ye la abang yang malas. Ika tak nak tolong abang buat kerja ke. Tak tahu kerja abang lagi susah dari kerja Aulia” Ilham merungut perlahan. Aulia yang mendengar hanya tersenyum, seronok dapat mengusik Ilham.
“Ika tolong abang tengok abang buat kerja sudah. Abang ingat kerja Ika senang ke?” Aulia sedang membelek-belek bekas pensel Ilham yang berwarna merah jambu. Dia yang memberikan kepada Ilham, warna kesukaannya, dan dia telah mengugut Ilham untuk menggunakan bekas pensel itu, andai permintaan tak dituruti dia akan merajuk selama seminggu. Terpaksa Ilham melayan saja kerenah Aulia yang nakal.
“minggu ni Ika ada appointment?” soal Ilham stelah lama mereka membisu.
“Erm. Abang nak temankan tak? Lepas tu kita keluar makan. Ika rasa macam nak makan secret recipe la.” Dengan muka kasihan dia memandang Ilham. Namun Ilham sedikit pun tak memandangnya, tahu benar gelagat Aulia. Aulia masih lagi memandang Ilham yang seolah-olah tekun membuat latihan yang telah di berikan oleh gurunya. Lama dia merenung, Ilham yang sedar dia di renung sedikit mengangakat kepala.
“Dah la sayang. Kalau tak buat muka kesian pun abang temankan juga. Mengada la. Tapi mama and papa ikut juga ke?” Ilham bertanya pula.
“Ikut la. Abang nak ikut sekali pun boleh. Selalu abang ikut dengan mama and papa. Papa pun tanya juga abang nak ikut ke tak. Tapi kalau pergi dengan mama and papa kena hantar diorang balik dulu baru boleh pergi jalan-jalan. Abang drive la pergi sana la. Nanti Ika call ibu minta izin.” Jadualnya sudah boleh diingati oleh Ilham. Malah ibu dan ayah Ilham juag sedia maklum.
“Abang dah cakap dengan ibu. Dia cakap ok je. Lagi pun kereta ibu free je minggu ni. Ibu tak de class tambahan. Dia cakap kalau Ika nak ajak datang rumah sekali” Aulia tersenyum lagi. Senang dengan perhatian yang diberikan Ilham kepadanya, malah ibu Ilham juga suka kepadanya. Kata Ilham semua gara-gara kelembutan dan masakan Aulia yang enak. Hasil tangan Aulia memang susah di sangkal keenakannya.
“Ok nanti macam biasa abang datang rumah kita pergi sekali lepas tu kita keluar but make sure you get the permission from mama and papa ok.” Aulia membuka buku nota dan mula menulis sesuatu di dalam buku itu.

No comments:

Post a Comment