Hati ini terasa kosong tidak dapat di lafazkan tidak dapat di madahkan. Jiwa ini merasa sepi tidak dapat diungkapkan. Tiada jua kata jua barisan ungkapan menggambarkan sebuah jiwa kini. Entah kenapa walau sekeliling diri ini bising namun tiada satu jua yang melekat di di hati, yang kedengaran hanya keriuhan tanpa hujung pangkalnya. Tiada jua sebaris kata yang dapat di tafsir. Seakan terlontar dalam dunia sendiri yang entah di mana. Tidak tahu jua di manakah dimensi sepi ini, tidak dapat jua di cari penghujungnya dunia sunyi ini. Terasa kelam dan lemas dalam dunia tanpa kata ini. Terasa hilang punca untuk mencari mengapa hati enggan terpujuk dengan segala dunia realiti masih lagi ingin berada di dunia sendiri. Dunia penuh khayalan dan bagi diri ini di situ aku dapat semua ketenangan, kegembiraan dan kebahagia ang tak mungkin di kecap di dunia yang nyata. Payah benar untuk memisahkan rasa ini dengan dunia ciptaan oleh khayalan minda ini. Kerana terasa dalam dunia ciptaan ini semuanya indah. Tiada yang dapat menyakiti tiada yang dapat memberi duka. Terasa panas dalam geluk-geluk kasih yang terbina indah di dunia fantasi penuh warna kasih sayang. Bukan jua penuh dengan kesensaraan, kedukaan dan kesedihan malah kelukaan seperti di dunia serba pahit ini. Yang pasti fantasi itu adalah khayalan yang serba indah penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Dan aku masih lagi tidak terasa ingin bangun dari mimpi dan khayal kerana segalanya indah, mendamaikan dan membahagiakan.
No comments:
Post a Comment