Usia sudah bertambah setahun lagi. Sudah 22. Apa yang aku dah buat sepanjang 22 tahun aku hidup. Sedih bila fikirkan, nothing that I have contribute. Mungkin usia yang bertambah ini mematangkan diri. Syukur padaNYA, masih lagi di beri peluang untuk bernafas di bumi ini. Mungkin di beri peluang untuk terus beramal dan memperbaiki diri. Semoga aku menjadi lebih baik. Sempena bulan ramadhan ini, mungkinkah ada cahaya. Aku ingin menjadi lebih baik. Ingin menjadi lebih lembut hati, but is it possible. Berazam untuk memaafkan apa yang telah lama tersimpan di hati, berazam untuk tidak lagi menyimpan dendam. Sesungguhnya aku seorang pendendam. Bukan senang untuk memaafkan setelah ahti terluka lantas saat terbuka pintu hati untuk memaafkan dan melupakan segala yang telah lama tersimpan, aku ingin bersyukur. Terasa amat bersyukur kepada Dia yang telah melembutkan hati ini dan membuka hati ini untuk menjadi seorang pemaaf. Semoga tahun ini membawa lebih kegembiraan kepada hati ini. Semoga aku menjadi lebih tabah dan kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Semoga hati yang terluka ini akan sembuh juga. Ya Allah, Ya Tuhanku syukur padaMu kerana di berikan kehidupan dan kebahagian ini, semoga aku lebih mensyukuri apa yang telah Engkau berikan. Amin.
No comments:
Post a Comment