“Mama, Aulia promise this is the last activity. Please mama. My teacher knows about me and there will be no harsh activity.” Aulia merayu mamanya. Dia ingin turut serta dalam aktiviti bersama kawan-kawan lain. Aktiviti terakhir sebelum SPM dan STPM bermula. Untuk memberikan mereka sedikit rehat setelah berhempas pulas dengan percubaan yang baru saja berakhir.
“Are you sure? I think there will be such activity and if it so you will be joining all of it. Aulia
Telefon Aulia tiba-tiba bergetar. Jam menunjukkan pukul 11. Ilham yang menelefon. Sebelum dia tidur dia pasti akan menelefon Aulia. Dia akan bangun pukul 5 pagi semula untuk mengulangkaji dan juga sekali lagi menelefon Aulia untuk mengejutkan Aulia bangun untuk sama-sama mengulangkaji.
“Assalamualaikum.” Aulia memula bicara menyahut paggilan dari Ilham.
“Waalaikumsalam. Tengah buat apa? Harap tengah study. abang tengah study chem ni” “Ika tengah buat math mode, kertas exam tahun abang. Patut la abang dapat A, senang je.”
“Belagak la. Abang tahu la Ika memang terror subject tu.
“Tahu pun. Hehe. Esok nak bangun awal ke? Nanti abang miss call.”
“Ha, miss call je, kedekut la.”
“Erm abang kena safe la sayang oi, ibu dah top up 30 sebulan kena buat budjet la.”
“Ok. Ika faham la. Selalu pun abang miss call je. Tak kot, Ika nak tidur lewat sikit malam ni so esok bangun lewat sikit.”
“Ok, tak boleh solat ek. Selalu kalau tak boleh solat je Ika nak bangun lewat.”
“Iye. Abang…” Aulia diam seketika. “Mama didn’t give permission”
“For the activity?” Ilham di sebelah
“Abang dah agak la. Kalau abang pun maybe abang tak bagi Ika pergi. Ika kena faham mama. Hari tu dia ada cakap dengan abang, minta tolong tengokkan Ika kat sekolah. Tak pe la. Bukan ada apa sangat pun”
“Ika faham. Ika tak marah mama. Ika terima je.” Aulia juga saat itu merenung bulan yang sedang mengambang penuh. Cantik dan berseri.
“Good girl. Ika sabar la, ni semua dugaan untuk Ika. Maknanya Allah sayangkan Aulia Haziqah, sebab tu dia duga Ika. Allah tak akan beri dugaan kalau Dia tahu Ika tak boleh nak hadapi. Fahamkan?” Ilham memujuk lembut. Aulia mengangguk seolah-olah Ilham boleh melihatnya.
“Ok. Ika ok la. Ika tahu and Ika dan terima semua ni. Mungkin ada yang lebih baik menanti Ika kat
“Ok. Pergi la sambung study. Take care. Sweet dream. I love you sayang.”
“Ok, take care too. Sweet dream. Love you too.” Ucapan Aulia ibarat belati menikam hati Ilham dia takut menanti saat kehilangan Aulia. Entah sampai bila dia dapat mendengar suara Aulia mengucapkan kata-kata lembut memujuk dan merajuk. Mengucap kata-kata cinta. Dia menangis dalam hati. Merintih sendiri.
No comments:
Post a Comment