Friday, February 11, 2011

Rindu waktu dulu.

Pernah terfikir sewaktu kecil dulu, masih samar dalam ingatan ini bahawa aku ingin cepat dewasa kerana menjadi dewasa itu membuatkan aku bebas melakukan apa saja yang aku inginkan. Namun ternyata telahan hati seorang anak kecil itu amat salah. Kerana hanya apa yang aku pernah fikirkan dulu langsung tidak sama dengan reality yang kini aku lalui. Aku tersenyum sendiri membayangkan andai apa yang pernah aku inginkan itu tercapai dan pastinya aku bahagia. Namun apa yang terjadi bukanlah segalanya indah. Menjadi dewasa itu banyak cabaranya. Sesungguhnya aku merasa fikiran dan bayangan sewaktu kecil itu hanyalah sebuah bayangan indah yang serba positif dan andai kata kita dapat menjadi sepositif itu apabila dewasa nescaya kita akan bahagia dengan apa jua yang kita lalui. Namun seiring dengan perubahan usia kita semakin berfikiran negatif jadinya dunia ini menjadi semakin tidak indah. The grass always looks greener outside but it is actually only because of the illusion and we think that other are always better then ourselves. Menjadi manusia kita kena sentiasa bersyukur apabila kita fikirkan tentang RAHMAT kurniaanNYA, tapi kalau kita belajar kita kena selalu bandingkan diri dengan orang yang lebih pandai dari kita sebab dapat elakkan kita dari takbur. Kesimpulannya kadang-kadang kita kena toleh ke belakang dan ada waktu kita kena pandang ke depan. Jadi waktu zaman kanak-kanak kita tak akan pernah tengok ke belakang sebab bagi kita there are no reason to look back at things that already happened. Tapi sekarang bila kita rasa hidup terasa susah nak di tempuh kita selalu toleh ke belakang dan tersenyum dengan segala kenangan yang pernah buat kita nangis dan ketawa. Tapi walau macam mana pun kita cuba kenang segala peristiwa pahit manis yang kita lalui kita tetap juga terpaksa lalui reality yang ada depan mata. Dan ada hanya sebuah angan-angan untuk kembali gembira macam zaman kanak-kanak, tapi kita kena belajar bersyukur sebab masih ada peluang untuk cipta banyak kenangan baru yang indah dan juga bersabar dengan apa yang kita hadapi sebab setiap kesabaran hamba Allah itu ada balasannya. Kita perlu positifkan fikirankan kita dan terus melangkah ke hadapan walau apa jua rintangan yang kita hadapi kerana setiap rintangan dan cabaran datang bersama sebuah pengalaman yang tak ternilai harganya.