Monday, July 22, 2013

Ramadhan ini...

Baru aku ingin lupakan derita-derita ketika aku baru melapor diri di sana, tapi ramadhan ini benar-benar menguji aku. Rasanya lebih baik aku katakan segala kerja ini menggangguku. Aku tak ingin mengeluh kerana aku yang memilih jalan ini, tapi hanya satu aku rasa bulan suci ini harus dihormati. Aku terfikir tiadakah waktu lain untuk menjalankan aktiviti ini. Masih ada, malah sebelum-sebelum ini ada masa yang terluang tetapi kenapa tak dilakukan aktiviti-aktiviti itu. Aku tak faham, YA, aku memang tak faham MENGAPA perlu bulan ini. 

Sedikit-sedikit semangat ini hilang. Bulan suci ini ingin juga aku mengejar rahmatnya dengan selesa tanpa lelah dan segala kegelisahan tapi kali ini tak mampu aku menumpukan sepenuh perhatianku. Aku jadi hilang dan tanpaku sedar ramadhan ini terlalu cepat meninggalkan diri ini. Akulah yang bersalah kerana tidak mengejarnya, namun ramdhan kali ini penuh dengan kegelisahan. Aku inginkan ketenangan seperti tahun-tahun dulu.

Baru kini aku menghargai zaman belajarku. Ingin aku terus menimba ilmu di bumi itu. Bilakah masanya aku dapat menjadi seorang pelajar lagi. Ingin malayari hari-hari tanpa kerisauan. Ingin mencari kembali segala memori yang tertinggal. Aku merindui segalanya tentang bumi itu. Malah ramadhan di sana juga memberikan aku satu ketenangan walau ketika itu aku sibuk dengan pelbagai kerja. 

Mengharapkan ada yang mengerti, mungkin bagi mereka segalanya sudah terbiasa. Tapi aku masih terlalu baru, aku masih mengharap bulan ini dihormati seperti aku ingin menghormatinya. Sayang terbiar dek rasa ini. Ramdhan aku tak tahu bakal datang lagi atau tidak buat diri ini, tapi masih sempatkah diri ini mengejar sisa-sisa bulan barakah ini?  Ramadhan jangan kau pergi...

Tuesday, July 16, 2013

Betapa beruntungnya saya..

Ramadhan kali ini adalah yang ketiga kalinya aku berpuasa di rumah. Bermula 2011, 2012 dan sekarang 2013. Maybe for the few years later pun akan berpuasa dekat rumah. Bila aku posting dekat dengan rumah dan aku duduk di rumah aku memang sangat beruntung. Beruntungnya aku berbanding kawan-kawan lain yang kena terbang ke Sabah dan Sarawak, berbanding mereka yang kena naik bot pergi sekolah. 

Sebenarnya banyak untungnya aku. Duit gaji aku walau tak banyak cukup untuk simpanan sebabnya aku tak perlu nak sewa rumah, tak perlu nak bayar bil elektrik, tak perlu nak bayar bil air, tak perlu nak bayar bil internet, banyak yang aku tak perlu. Sekarangnya ni apa yang aku bayar hanya bil astro. Ye la bila aku stay kat rumah aku minta papa pasang lagi satu decorder, aku pun nak jugak lepak depan TV bila malam-malam penat dengan kerja sekolah.

Duit makan pun aku selalunya hanya makan kat sekolah saja, makan dekat rumah mama yang beli. Aku hanya tolong tambah sikit-sikit kalau apa yang tak cukup bila aku keluar shopping dekat pekan Jitra. Sekarang aku nak beli satu kereta untuk kegunaan aku sendiri. Sebelum ni memang la aku pakai kereta pi sekolah, tapi kereta mama. Dengan adanya kereta sendiri hidup aku lagi senang, maklum saja bila musim hujan kesian kat papa nak pi sekolah. 

Untungnya aku lepas hampir 10 tahun berjauhan dengan family aku akhirnya balik juga duduk dirumah, barangkali berkat doa mama yang takut anak-anak kena buang jauh dari Kedah. Tahun depan sorang lagi bakal bekerja. Aku tak tau kalau adik pun bernasib naik macam aku, kalau dia pun dapat Kedah dan boleh stay kat rumah, meriah la rumah kami. 

Dengan segala rasa untung ni, aku bersyukur sangat-sangat kepada DIA yang menjadikan semua ini. Memberikan aku kebahagian ini, yang memberikan aku ketenangan ini. Tanpa DIA apa pun tak mungkin terjadi. Walau aku selalu leka, walau aku selalu lalai dan kadang aku jauh dari DIA, DIA tetap memberikan aku kebahagiaan. Ya Allah terima kasih atas kegembiraan ini, semoga aku menjadi hamba yang sentiasa berterima kasih padaMU. Jangan ENGKAU uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Peringatilah aku bila aku jauh dariMU.

Dilema ini datang lagi...

Masih Wani yang sama, dan di lema yang serupa. Apa? Benda tak akan datang bila Miss Wani terlalu sibuk but the season has come again. What season?? Musim nikah kahwin, musim cute, innocent, little baby dilahirkan. Kawan-kawan semakin maju dalam hidup mereka, berdua, bertiga, berempat. Aku masih "bersatu". Kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan universiti banyak yang sudah punya pelan kehidupan sendiri. Punya suami, punya isteri, punya anak. 

Ok, dalam usia aku yang 25 ni aku rasa macam masih muda, maklum saja aku baru saja dapat kerja tetap. Banyak lagi sebenarnya yang aku nak capai dan nak buat, tapi in the other hand aku teringin juga nak macam kawan-kawan lain. Best juga tengok kawan-kawan holiday dengan their own family, I mean with their husband and children. Masing-masing pakat upload picture baby yang super cute, sihat and chubby. Update about their babies really make me feel excited. Sampaikan aku terfikir nak adopt a baby. But I know this not yet the time. 

Aku masih lagi terkapai-kapai dengan kerja yang agak banyak. Kadang-kadang nak basuh baju pun tak sempat. Untungnya aku yang masih lagi stay dengan mama. Ada juga orang yang tolong jaga makan minun aku. Tapi ada hati juga nak berdua dan bertiga. Rasanya fitrah la kot, dah sampai umur macam ni, manusiakan diciptakan berpasang-pasangan. Tapi di lema ni akan hilang lepas habis musim semua ni. Dan aku tak ambil kisah sangat pun pasal-pasal benda ni. Aku berdoa dan aku cuba ikhtiar juga, aku percaya nanti sampai juga masa untuk aku berdua, bertiga, berempat dan bermacam-macam. 

Semoga kawan-kawan yang bakal dapat baby, yang bakal bertunang, yang bakal berkahwin dipermudahkan urusan mereka. aku sebagai kawan mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku.