Tuesday, March 25, 2014

Masa yag di kenang...

Ada ketika aku terkenang zaman aku belajar. Kenangan manis saat aku mula dewasa. Tapi aku mungkin tak macam orang lain yang anggap zaman sekolah menengah adalah yang paling indah. Bagi aku, tiada indahnya zaman sekolah itu, tak kira di sekolh rendah mahu pun di sekolah menengah. Mengapa? Kerana aku tak pernah temui sahabat sejati di sana. Aku ada kawan, tapi bukan sahabat. Aku sendiri terfikir mengapa aku tak temui seorang pun sahabat di sana. 
Tapi aku bersyukur, melangkah sahaja ke zaman universiti, aku di pertemukan dengan sahabat-sahabat yang aku dapat kenang hingga ke hari ini. Walau tak ramai, sebab aku bukan seorag yang boleh terus terbuka atau peramah dengan seseorang, aku perlukan waktu dan tak ramai yang memahami karektor aku. 
Mungkin ada ramai yang aku boleh kategorikan sebagai kawan, tapi yang bernama sahabat itu, hingga kini aku rindui. Dan kerana itu juga, hingga kini aku keseorangan terutama waktu cuti, kerana sahabat-sahabat aku semuanya jauh di daerah masing-masing.
Yana, di Sik, Siti di Pulau Pinang, NUr, di KL, Wany, di Klang, MIeza di KL dan Katy di Bangi. Paling dekat dengan aku G, di Alor Setar tapi apakan daya, kami pun jarang dapat berjumpa lantaran kekangan masa dengan kerjaya masing-masing. sungguh waktu itulah kekangannya. Waktu aku sibuk ke sana sendiri, aku tak punya aku terluang untuk aku sendiri, dan waktu aku bercuti sahabatku ini masih lagi sibuk bekerja. Aku memahami kerana kerjaya aku juga menuntut pengorbanan masa yang bukan sedikit. 
Sungguh ada waktu terlung seperti ini, aku jadi terkenang saat aku di universiti. Namun, walau ada juga aku terkenang rakan sebilik, aku tak tahu bilakah waktu dapat aku hubungi mereka kerana masing-masing sudah berkeluarga. Payah terasa untuk menjejak merek saat masing-masing sudah punya keluarga sendiri untuk di uruskan. Hanya aku maasih lagi menyepi diri.
Kenangan di UIA, terasa amat di rindui kerana aku tak punya banyak yang aku mampu kenangi.6 tahun membesar bersama label UIA itu menjadikan UIA seolh sudah sebati dengan hati ini. Di sebut saja Gombak, UIA itu dhulu yang aku bayangkan. Betapa besarnya kenangan aku dan UIA. Terbayang setiap ceruk UIA, dari bangunan pentadbiran hingga ke bangunan ekonomi, komplek sukan, masjid dan perpustakaan. Aku merindui segalanay tentang UIA. 
Andai di tanya yang mana satukah waktu yang paling aku rindui, tanpa teragak akan aku jawab zaman belajar di UIA. Sungguh indah, penuh dengan pahit dan manis. Semoga masih ada lagi waktu untuk aku kembali merasai zaman indah itu.