Tuesday, July 17, 2012

Adakah aku kehilangannya?

Sedih hari ini, tengok kucing yang aku bela sejak dia kecil tak nak makan, tak nak minum walaupun setitik. Badan nampak kurus sangat, suara sangat perlahan, jalan pun tak larat, tapi kenapa dia tak nak makan. Menitik air mata bila aku tengok badan dia penuh dengan semut. Mata dia yang dulu bulat bersinar kini tak mampu nak di buka pun. Aku paksa dia makan, tapi dia lari masuk rumah. Dia duduk atas katil yang dia selalu duduk. Aku bawa dia duduk atas kerusi malas tempat dia selalu duduk sejak kebelakangan ni. Tak lama lepas tu, dia turun perlahan naik atas sofa tempat aku selalu tidur, dia duduk atas kain batik aku. Aku terfikir adakah waktu untuk dia dah hampir sampai.

 Aku rasa umur dia dah 9 atau 10 tahun,adakah dia dah terlalu tua. Hari ni aku sibuk tolong papa dan mama isi borang online, tiba-tiba aku tengok dia dah tak ada kat sofa, aku cari dia rata-rata keliling rumah, rupanya dia tidur dekat dalam bilik mama, dekat tempat dia selalu duduk mungkin sebab kat situ sejuk, lepas tu dia duduk pula dekat atas seluar papa. Mama cari seluar yang lama letak atas buaian, angkat dia letak atas seluar lama dan selimut dia. Petang tadi pak cik dan keluarga datang rumah, sambali aku sembang-sembang sempat lagi aku tengok dia atas buaian, tapi bila pak cik nak balik dia dah tak ada pula. 

Aku cari lagi, sebab aku sangat sedih dia tak makan langsung hari ni. Ikan rebus kegemaran dia aku letak depan mata dia sikit pun dia tak sentuh. Aku namapak dia baring dekat dengan pili air, aku biar dia dekat situ sebab mama kata dia mungkin nak tempat yang sejuk. Magrib, aku tengok dia ada lagi dekat situ, aku ambil seluar lama letak untuk dia tidur, aku letak bekas air depan dia, letak sikit air dekat muka dia, dia langsung tak nak minum. Masa insyak, dekat luar hujan rintik-rintik aku pun keluar lagi nak tengok dia, tapi dia dah tak ada kat tempat terakhir dia baring tadi.

 Aku dengan mama cari dan panggil dia sekeliling rumah, aku tak puas hati aku masuk rumah cari dekat tempat-tempat dia selalu baringm dia tetap tak ada. Masa dekat luar mama kata macam dengar suara lemah dia dekat dalam hutan tepi rumah, macam mana aku nak cari dia kalau dia dah masuk hutan. Mama kata kalau kucing nak mati, dia akan keluar dari rumah. Dia tak akan mati dalam rumah tuan dia. Aku sangat sedih, aku tak tahu adakah aku boleh jumpa lagi dengan dia, sebab aku sangat sayang dia. Dia teman aku waktu aku sunyi, aku selalu cakap dengan dia, kadang aku marah bila dia nakal tapi aku tetap sayang dia. Adakah aku telah kehilangan dia?

Tuesday, July 10, 2012

Sekali lagi rasa kecewa itu datang…

Hari ini, dengan tak ada kerjanya aku buka myiium portal sekali lagi mana tahu status dah tukar kepada ‘complete’ tapi kecewa pula, tetap juga tak tukar lagi. Kawan-kawan ramai yang Tanya pasal benda alah tu, tapi aku sendiri pun tak tau macam mana. Banyak sangat cerita ada cakap dah boleh buat ‘clearance’ ada yang cakap after 27/7 baru boleh buat orang jauh cam aku ni nak kena ‘confirm’ dulu baru nak boleh berangkat ke sana. Tapi UIA pun sekurang-kurangnya bagi la ‘guideline’ sikit ni apa pun tak dak. Tinggal la students kena figure out by themselves what should be done in order for us to graduate in time.  Susah juga ni, kalau nak settle semua tu maybe abil masa kena cari tempat nak menetap, alang-alang dah sampai sana lagi elok kalau boleh settle semua benda untuk convocation tak payah la nak berulang alik banyak kali. 

Dah buka portal aku pun try la check mana tau tiba-tiba ada compound yang tak bayar ke or compound yang aku tak tau, nasib tak ada yang aku kena. Buka pula dekat result keluar result, siap dengan degree yang aku bakal dapat, second class (upper) honours. This the matter that disappoint me the most. For a very long time I had struggle for my study just to maintain my result in order to get the first class degree just because a mistake during the practical teaching, I only manage to get the second class degree. Terasa sangat sadis. Empat tahun aku hambakan diri hanya untuk belajar tapi akhirnya aku kecewa juga. Setiap kali tengok keputusan mesti aku rasa sangat kecewa, sedih, keliru dan macam-macam perasaan. Aku tak tahu kalau satu nanti ini akan jadi satu peristiwa pahit buat aku. 

Mama selalu kata, nanti bila dapat posting tak ada orang nak Tanya pun keputusan periksa, tapi hati aku tetap tak tenang. Aku tak mampu nak redha, walau aku sedar yang terjadi pasti bersebab. Maka aku banyak berfikir tentang apa yang telah tersurat itu. Mungkin aku terlalu leka dengan belajar hingga aku jadi jauh dengan DIA. Mungkin aku masih belum cukup berusaha maka aku tak berhak mendapat apa yang aku impikan. Mungkin aku terlalu yakin dengan diri sendiri maka DIA ingin aku sedar aku juga perlu menerima apa yang terjadi di luar kemahuan diri ini. Apa pun terjadi kini, aku perlu redha, aku perlu bersyukur dengan apa yang telah dikuriniakan kepada aku Terima kasih kepada Allah yang telah memberi peluang aku mengecapi kejayaan ini.

Saturday, July 7, 2012

Beza aku dan dia

.Aku dan dia banyak bezanya. Ketara bezanya, kerana dia lelaki dan aku perempuan. Dia di lahirkan sebagai anak bongsu keluarga dan aku  seorang kakak sulung. Zamannya juga berbeza, aku di zaman kesusahan dan di zaman yang sudah merasa hidup senang. 

Saat aku dulu menangis mengenang rumah nan jauh di mata, sedih melihat kawan-kawan lain makan dan bersuka ria bersama keluarga namun dia senang di ulit mama, setiap minggu di lawati bersama makanan dan apa saja yang diperlukan. 

Saat dulu permintaan ini sering tertunda dan dia dengan mudah meminta dan menerima. Waktu aku dulu, penat mengejar bas, berebut tempat duduk, bertukar bas untuk pulang ke rumah dan untuk kembali ke asrama dan dia hanya cuma perlu menutup pintu kereta di hantar hingga ke pagar asrama.

Saat aku dulu duka menahan air mata kerana teringin jua di lawati mama, dia hanya perlu menelefon menetapkan waktu dan tempat berjumpa di hari Jumaat dan Sabtu. Aku dan dia, bezanya jauh, 10 tahun membuatkan jurang itu juga jauh.

 Kami yang jauh berbeza, kami yang jauh terpisah zaman namun bernaung dalam satu payung kasih sayang. Kadang muncul rasa cemburu namun apakan daya segalanya telah berlalu. Walau aku menyalahkan mereka, semuanya tetap kenangan yang sama.

 Aku hanya mampu berfikir segalanya sudah tertulis indah, terkarang cerita yang terkandung  makna yang tersembunyi yang aku sendiri tak tahu, namun suatu hari nanti pasti  akan terserlah jua hikmahnya.