Tuesday, July 16, 2013

Betapa beruntungnya saya..

Ramadhan kali ini adalah yang ketiga kalinya aku berpuasa di rumah. Bermula 2011, 2012 dan sekarang 2013. Maybe for the few years later pun akan berpuasa dekat rumah. Bila aku posting dekat dengan rumah dan aku duduk di rumah aku memang sangat beruntung. Beruntungnya aku berbanding kawan-kawan lain yang kena terbang ke Sabah dan Sarawak, berbanding mereka yang kena naik bot pergi sekolah. 

Sebenarnya banyak untungnya aku. Duit gaji aku walau tak banyak cukup untuk simpanan sebabnya aku tak perlu nak sewa rumah, tak perlu nak bayar bil elektrik, tak perlu nak bayar bil air, tak perlu nak bayar bil internet, banyak yang aku tak perlu. Sekarangnya ni apa yang aku bayar hanya bil astro. Ye la bila aku stay kat rumah aku minta papa pasang lagi satu decorder, aku pun nak jugak lepak depan TV bila malam-malam penat dengan kerja sekolah.

Duit makan pun aku selalunya hanya makan kat sekolah saja, makan dekat rumah mama yang beli. Aku hanya tolong tambah sikit-sikit kalau apa yang tak cukup bila aku keluar shopping dekat pekan Jitra. Sekarang aku nak beli satu kereta untuk kegunaan aku sendiri. Sebelum ni memang la aku pakai kereta pi sekolah, tapi kereta mama. Dengan adanya kereta sendiri hidup aku lagi senang, maklum saja bila musim hujan kesian kat papa nak pi sekolah. 

Untungnya aku lepas hampir 10 tahun berjauhan dengan family aku akhirnya balik juga duduk dirumah, barangkali berkat doa mama yang takut anak-anak kena buang jauh dari Kedah. Tahun depan sorang lagi bakal bekerja. Aku tak tau kalau adik pun bernasib naik macam aku, kalau dia pun dapat Kedah dan boleh stay kat rumah, meriah la rumah kami. 

Dengan segala rasa untung ni, aku bersyukur sangat-sangat kepada DIA yang menjadikan semua ini. Memberikan aku kebahagian ini, yang memberikan aku ketenangan ini. Tanpa DIA apa pun tak mungkin terjadi. Walau aku selalu leka, walau aku selalu lalai dan kadang aku jauh dari DIA, DIA tetap memberikan aku kebahagiaan. Ya Allah terima kasih atas kegembiraan ini, semoga aku menjadi hamba yang sentiasa berterima kasih padaMU. Jangan ENGKAU uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Peringatilah aku bila aku jauh dariMU.

No comments:

Post a Comment