Sunday, July 19, 2015

Miss Waniy dan sebuah kerinduan

Seorang Miss Waniy, tak akan pernah sekali-kali melafazkan kata-kata rindu kepada sesiapa saja melainkan dia memang benar-benar teramat rindu atau pun memang betoi-betoi teringat kata orang Kedah kepada seseorang. Kerana sifat yang kurang penyayang mungkin, maka kata lafaz itu tak terlafaz. There’s something about this that remind me of something,  person had ever said to me that I’m not a loving person, it’s just me who feel that way. Sentap juga rasanya. Di aje yang penyayang, sebab dia selalu care pasal orang lain dan Miss Waniy tak pernah care pasal orang lain. Tapi YES, being Miss Waniy, I’ve started to care less of others. Why??? Because others usually know how to manipulate you, but they don’t care about you. I need to be the careless Miss Waniy in order to survive. 

Sesetengah manusia tak faham, sebab manusia tu tak macam Miss Waniy. Miss Waniy is not a person who freely speaks when something out of her will happen to her. So, yes! Being unlovable person is a way to avoid all of that kind of bullies. Nampak kelemahan di situ, tapi nak buat macam mana sepanjang kehidupan ni, jarang sangat Miss Waniy kena menyerlahkan diri. Mungkin sebab membesar dengan kurangnya keyakinan diri, maka Miss Waniy kurang menonjol dan tak suka bercakap juga kurang peramah tak macam orang lain. Oleh kerana itulah, sifat Miss Waniy, tak melafazkan kerinduan.

Tapi, ada waktu-waktunya mungkin terdorong dengan perasaan yang lama tersimpan, saat rindu terlafaz memaknakan sebuah rasa. Bagi Miss Waniy, sayang dan rindu tak perlu selalu terlafaz. Kadang-kadang, bersayang-sayang, hati tak sayang pun. Berindu-rindu, tapi hati tak rindu pun. Jadi, biarlah tak terlafaz rindu, biarlah tak terlafaz sayang, action speak louder than words. Rahsianya hati Miss Waniy, tak ada siapa yang tahu, hanya DIA yang satu.  

Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan ini...

Sudah hampir akhir ramadhan, ramadhan yang berbeza kali ini. Ramadhan bersama tanggungjawab yang semakin bertambah membuatkan ramadhan aku sedikit suram bersama dengan keadaan kesihatan yang kurang baik. Aku dapat rasakan ramadhan ini tak seindah tahun lepas. 

Sebaik aku menerima tugas sebagai seorang warden, bermakna aku turut menyerahkan bersama waktu rehat dan senang lenang di rumah. Bersama dengan tugas-tugas lain, masa di rumah makin kurang dan terus berkurang. Komitment makin bertambah dan aku merasakan terbeban dengan segala yang di berikan kepada aku. 

Hati ini tak bersinar seperti tahun-tahun sebelumnya. Waktu terasa sangat cepat berlalu, dan ramadhan sudah menghampiri 10 malam terakhirnya. Terasa baru saja aku tempuhi ramadhan pertama, dan hari ini ramadhan sudah mencecah hari ke 21. Banyak masa yang aku habiskan di sekolah, boleh di kira dengan jari waktu berbuka di rumah. Malah tahun ini, hambar benar aku rasakan. 

Aku rasa ramadhan ini, ingin aku menarik diri dari segala kesibukan dunia. Pernah bersembang dengan rakan sekerja, katanya ramadhan lah yang patut kita raihkan. Mungkin kerajaan boleh memberi cuti sepanjang ramadhan, sepertimana negara-negara barat bercuti sewaktu musim panas untuk menikmati musimnya. Bukankah ramadhan itulah bulan pesta ibadah umat Islam. Bukan bermakna, bulan-bulan lain itu bulan ibadah, tetapi ramadhan itu lebih istimewa. Pelbagai tawaran terkandung di dalamnya. Indah andai kita tak perlu memikirkan perkara lain ramadhan ini.

Ramadhan ini, banyak yang berubah. Ekonomi yang kian meruncing. Jika dulu, aku tak merasa peritnya nilai matawang yang jatuh. Di usia ini, dengan gaji yang sederhana terasa juga susahnya. Walau aku masih lagi bersama papa dan mama, aku mula fahami kesusahan hidup tanpa harta yang cukup. Ramadhan kali ini, melakar juga pelbaga cerita. Apa yang tak pernah aku lalui tahun-tahun dulu. Kembali mengulang kisah asrama selepas 10 tahun. 

Banyak yang baru tahun ini. Namun Syawal yang bakal datang, aku masih tetap sendiri. Tiada apa yang baru dalam diriku Syawal ini. Masih lagi seperti dulu. Penatkah aku menanti? Janji Allah itu pasti. Seketika nanti pasti ada kegembiraan yang bakal aku lalui. DIA yang maha pemurah lagi maha adil. Diberikan aku sedikit nikmat dah hidayahnya kepada diri ini yang seolah-olah hilang seketika. Rasaku, itulah yang terpenting. 

Moga ramadhan ini, membawa perubahan yang baik buat diri ini. Kuatkan semangatku untuk aku terus berubah kearah jalan yang Engkau redhai.

Tuesday, June 30, 2015

Aku Ingin Kembali

kembali di sini

Lama aku menghilang dek kerana kesibukan yang datang. Aku sangka dalam seketika akan hilang juga kesibukan itu, tapi hampir 3 tahun kesibukan itu seolah tidak pernah surut. Menjadi aku, menanti waktu rehat yang panjang sedikit mustahil. Dan rehat yang ada itu aku gunakan sebaiknya. Betapa aku menantikan cuti hujung tahun ini. Pastinnya aku ingin kembali menulis, menggarap kembali minat dan mungkin juga bakat yang lama terpendam.

Friday, January 2, 2015

Bila tiba- Ungu




Lagu ini seolah kena dengan situasi kini, memujuk dan mengingatkan aku pada kenyataan kehidupan. Tiada sesiapa jua yang mampu lari, saat ketika dan waktunya tiba.

Rasaku saat itu...

Hospital=kematian... Aku tak mahu kaitkan kematian dengan hospital, sebab banyak kelahiran juga berlaku di hospital. Tapi selama hampir 3 minggu papa di hospital, aku dah dikejutkan dengan dua kematian. Ya, kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Kadang aku terfikir mana satu yang lebih menyakitkan, sakit yang lama dan mati atau kematian yang mengejutkan. 
Kematian yang mengejutkan itu adalah satu ketakutan kepada yang di tinggalkan kerana kita akan melalui saat yang sukar untuk mengakui, menerima dan redha dengan kematian itu, Sakit dan mati, untuk yang menghadapi ini, mungkin telah sedikit bersedia menghadapi pelbagi kemungkinan termasuk kematian.
Di hospital, selalunya apabila pesakit tiada lagi harapan untuk hidup, doktor akan memaklumkan kepada waris supaya mengumpulkan semua ahli kelurga terdekat. Anak-anak, isteri atau suami, ibu atau bapa. Bagi yang muslim, mungkin doktor menasihatkan supaya di adakan bacaan yasin dan sebagainya. Namun, saat itu terjadi di hadapan mata, apa yang aku rasakan.
Malam kejadian papa diwadkan, waktu itu pelbagai kemungkinan bermain difikiran aku. Semuanya yang buruk-buruk. Di usia 26 tahun, masih senndiri, aku masih banyak bergantung pada papa walau tanpa aku sedari. Malam itu, aku kuatkan semangat. Sedikit air mata pun tak mampu aku titiskan kerana bagi aku, aku kekuatan buat adik-adik yang lain. Saat mama, setia di samping papa, aku yang harus memainkan peranan. Menjadi utuh walau dalam apa jua keadaan. 
Mama juga saat itu membayangkan kepada kami, supaya bersedia dalam apa jua keadaan, termasuk menghadapi kehilangan itu. Jantung bagai hilang rentaknya, lantai terasa tak terjejak, namun aku gagahkan segalanya. Aku yang sulung, andai aku tak kuat, bagaimana adik-adik. Berada di rumah, masing-masing sepi, aku tak mampu menelah setiap fikiran mereka. Adik yang bongsu sebelum ini belum pernah menunjukkan sikap yang susah hati, jadi sepi. Aku memahami perasaan dirinya. Adik yang tengah menangis sebaik kami sampai di rumah. Seorang adik, masih lagi diperantauan. Fikirku saat itu bagaimana untuk aku sampaikan berita padanya, supaya cepat pulang.
Ternyata pagi itu, dia tenang menerima berita. Aku berdoa dalam hati, walau apa yang terjadi supaya sempat dia pulang. Seolah aku beroleh sedikit kekuatan darinya. Pagi itu, saat panggilan mama masuk dan menyuruh kami 3 beradik segera bertolak ke hospital aku jadi gelisah. Kata mama, sejak sampai di hospital papa di tempatkan di "red zone". Malah dia juga tidak di benarkan masuk menanti papa. Aku mungkin bukan seorang jururawat mahupun doktor, tapi bagi aku merah itu tandanya "alert". 
Melihat wajah murung mama mengkhabarkan berita tentang papa meretakkan hati. Ternyata mama juga mengumpul kekuatan dari kami adik beradik. Masing-masing perlu berdiri teguh, menerima apa saja kenyataan. Kami masuk, seorang demi seorang. Dengan pelbagai wayar di badan papa, aku tak mampu bertahan lama. Seketika cuma aku tega berdiri di situ, dan mengundur pergi. 
Doa tak putus-putus kami panjatkan. Diberikan kesembuhan, di berikan kemudahan segala-segalanya untuk papa. Berat untuk aku memikirkan kematian, hati menepis walau secebis lintasan itu, tapi sebagai muslim yang percaya padaNYA, aku perlu menerima. 
Namun, saat papa diusung ke wad, dengan keadaan yang stabil, aku jadi sedikit lega. Allah berikan masa untuk aku terus berbakti kepada papa. Namun, pelbagai dugaan datang. Satu-satu masalah di kesan dan aku jadi takut semula. Kerana, aku tidak mendapat gambaran yang jelas tentang keadaan papa, kerana saat itu tiada sesiapa pun yang datang untuk menerangkan segalanya kepada kami. Maka kami berserah, kami inginkan yang terbaik buat papa.
Hingga kini, papa masih dalam rawatan. Keadaan makin stabil, tapi aku mahu pun sesiapa saja tak mampu menduga apa yang akan terjadi. Dalam hati perlu bersedia menerima kehilangan. Berita yang satu waktu nanti, akan aku terima juga. Walau sebaik mana pun rawatan, wala sehebat mana pun yang merawat, saat terhentinya takdir hidup kita, tak pasti tak mampu untuk menangguh walau sesaat. 
Aku, mama, masing-masing cuba bersedia. Aku sendiri, yang sakit pasti mati, yang sihat juga akan mati. Tinggal menunggu saat dan ketika. Jangan di fikir yang sihat itu, tak mungkin mati, jangan juga di fikir yang sakit itu yang akan pergi dulu. Sesungguhnya Allah punya rancangan palig sempurna buat kita.
Cuma tinggal kita, bagaimana cara untuk menerimanya. Redha dan berserah. Percaya kepada takdir qada dan qadar yang telah tertulis.